Patin Masak Tempoyak Terbayang Dimata
ASSALAMUALAIKUM salam hari mingu untuk semua nya, hari ni dah 10 hari kaknoor di negara yang sejuk ni, waktu sejuk macam ni memang perut ni lapar sajaa macam2 benda teringin nak makan, termasuk yang tak ada di negara ini, adoiii apa lah selera ni kan, bukan2 saja terlintas di hati ini, tapi ini lah kenyataan nya, walaupun tak dapat makan dapat tengok gambar saja pun cukup lah, gambar patin tempoyak tersimpan dalam draf blog kaknoor, jadi godek2 terjumpa menu ni, pada adik2 yang ada bahan sila lah buat ya memang sedapp patin tempoyak sabo dulu kaknoor tunggu balik Brunei nak lepas geram
INSYA ALLAH KALAU PANJANG UMO...
Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
§ 1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
§ 1 batang serai diketuk
§ 1 kuntum bunga kantan dibelah empat
§ 5 tangkai daun kesum
§ 1 senduk tempoyak
§ 2-3 asam keeping
§ 3 cawan air atau secukupnya
§ Garam dan sedikit gula
Bahan A
§ 1 inci kunyit hidup
§ 10 biji cili padi
§ 3 biji cili hidup
§ 1 inci halia
Cara membuat:
1. Kesemua bahan A di blender kasar
2. Masukan bahan tumbuk dalam periuk dan masukan setengah daripada air dan masak biar mendidih
3. Masukan asam keping, garam dan air biarkan mendidih sekali lagi
4. Sudah mendidih barulah dimasukan bunga kantan ,daun kesum, serai dan tempoyak
5. Masukan ikan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
6. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas
INI pulak cili scotch bonnet yang agak sama dengan cappsicum cuma ia nya agak kecil
http://suzana-ciksue.blogspot.co.uk/
Cuba tengok scotch bonnet ni..
Patin Masak Tempoyak Terbayang Dimata
Reviewed by Unknown
on
August 24, 2014
Rating:
thank you kak noor,baru je mengintai kak noor kat FB.cantik sangat cili tu
ReplyDeleteur welcome dik mmg cantik scocth bonnet ni dengan pedas nya lagi adoiii
ReplyDeletefuh, memang mengancam gambar tu kak noor..^_^
ReplyDeletethnx bb hehee scotch bonnet yg merah menyala
Delete