Strawberry Salsa With The Gang Resepi Tertangguh
ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua, hari ni masih lagi kaknoor di bumi UK yang sejuk ni, dengan cuaca diluar 18'C membuatkan malas nak keluar kemana-mana, tapi memandangkan ada benda yang wajib di beli jadi terpaksalah meredah suhu sejuk, nasib baik sepanjang hari ada matahari memancar membuatkan kuranglah sikit sejuk tu, apa nak buat kena ikut resam lah kan dimana bumi di pijak disitu langit di junjung, ALHAMDULILLAH so far so good takda apa yang membimbangkan cuma nya kena kuatkan otot-otot kaki tu sebab kaki memang amat penting untuk berjalan kesana sini bukan macam di Brunei sana sini guna kereta, parking pun kalau dapat parking dalam kedai memang tak kan lepas peluang.
Berbalik pada resepi hari ni adalah resepi tertangguh dua tiga hari lepas, terlewat untuk mengupdate, jom tengok resepi jom!
BAHAN NYA
6 biji buah strawberry di belah
3 biji tomato ceri di belah
1 biji cili hijau di hiris
1/2 biji bawang merah hiris
1 batang daun bawang hiris
sedikit hiris timun
garam dan gula sedikit
sepotong hirisan limau
CARA NYA
Campurkan semua bahan didalam satu bekas besar dan gaul rata dan rasa lah ikut kegemaran masing2, boleh lah dihidangkan segera bersama nasi goreng atau nasi lemak atau mee goreng, kita yang nak makan, selera di tangan sendiri kan hehee..
HASIL berjalan-jalan seharian di sekeliling Bath Town snap mana yang cantik di pandang mata.
Strawberry Salsa With The Gang Resepi Tertangguh
Reviewed by Unknown
on
August 22, 2014
Rating:
looks lovely, never tried using strawberries in a savory dish
ReplyDeleteu must try it nammi, yummy
DeleteSdapnya ni...elok utk org diet kut kan kak...
ReplyDeleteG becuti ke ada urusan kak..syok ler dok tgk tmpt org ...:)
urusan anak2 ni syifa, kesian kalau temankan sorang2 kt tempat orang..
Delete