Tortilla Telur Menu Breakfast Yang Sangat Simple
ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula untuk semua, kurangkan manis dalam masakan dan lebihkan manis dalam senyuman hahaa...
Hari ni kaknoor nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat di sediakan, jom tengok resepi, kalau ada lebihan tortilla dan telur kat rumah kenapa tidak mencuba resepi ni sangat mudah dan pasti nya sedapp
PERCAYA LAHHHHHH...
BAHAN NYA
2 keping tortilla di potong kecil
2 biji telur di pukul
2 biji pisang di hiris
1/4 cawan susu segar
1/2 biji bawang besar hiris kecil
sedikit baby spinach
sedikit minyak zaiton atau mentega
sedikit garam
CARA NYA
1. Pukul telur bersama bawang besar, susu segar, baby spinach dan sedikit garam.
2. Panaskan kuali tak melekat letakkan sedikit minyak zaiton, celupkan tortilla dalam telur dan goreng.
3. Biarkan kedua belahnya kuning kemudian angkat, dan buat lah sehingga habis tortilla.
4. Hiris pisang susunkan di atas tortilla goreng dan buat lah ikut kreativiti sendiri.
5. Sedap di letakkan peanut butter atau nutella terpulang selera masing-masing.
6. Boleh jugak dimakan begitu saja ketika panas- panas.
Yang ni versi gulung sama lah cara nya cuma kita kembarkan je masa menggoreng dan lepas tu gulung lah dan potong kecil supaya senang nak makan.
SELAMAT MENCUBA RESEPI MUDAH NI
SANGAT SEDAP KALAU MAKAN RAMAI-RAMAI
MEMANG BEREBUT REBUT PASTI NYA.
Tortilla Telur Menu Breakfast Yang Sangat Simple
Reviewed by Unknown
on
August 27, 2014
Rating:
Nak buat lah...menarik ni!
ReplyDeletemenu simple yg mudah sngt idzwa sila buat dan jamu selera
Deletenanti saya nak buatlah Kak Noor tentu sedap ni,bawa bekal gi bertugas malam.
ReplyDeletethnx Su boleh aja utk bekal malam siang no problem :)
ReplyDelete