Ronda - Ronda Tempat Orang

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
SEMALAM ronda-ronda Bath, tempat nya agak berbukit-bukit dan ada sungai yang cantik, di UK ni memang kena tahan  kaki tu, berjalan sana sini, sebab orang-orang sini memang biasa nya berjalan kaki je walaupun orang-orang tua, jadi kasut tak boleh yang ada tumit lah, kalau tak memang melecet kaki tu.

Semasa berjalan kaki dari rumah anak kaknoor, melintas lah sungai yang cantik ni.




Sempat jugak snap gambar sungai ni walaupun ada yang lalu lalang akak buat dono je, bukan diaorang kenal kita kan hahaha boleh gituuu...



Ronda-ronda bersama anak ketiga Nabilah, bagi anak-anak memang biasa lah, hanyak 10 ke 15 je untuk sampai ke town Bath ni, tapi jalan dengan kaknoor ambik masa setengah jam ooo hahaa, orang tua jalan lambattttt kan...



Pantang tengok bunga-bunga bergantung macam cantik je kan, walaupun orang tua tu dah tak berseri sebab lenguh kaki hahaha..



Dah dapat barangan dapur dari Lakeland, itu yang sebenarnya tujuan ke town ni, barangan dapurnya memang cantik dan kelass, sempat jugak hangkut, sudu sudip, muffin tray, tart tray yg silicon punya hehee, nanti akak tunjuk kalau ada masa ya..



Dah ronda-ronda lapar lah pulak dengan cuaca yang agak sejuk tu, maka nya kaknoor  ajak singgah kat Jimmy's ni, sebelum ni memang pernah kesini, memang sedap dan ditanggung halal, per person hanya 
8 paun je nak makan apa saja, dari dessert, makanan berat ringan ke plus air lagi hanya 8 paun je, agak murah lah dibandingkan dengan restoren lain.


Makan macam-macam nasi briani ayam, mee goreng yang digoreng on the spot, kita ambik je bahan-bahan apa letak dlm pinggan lepas tu ada sorang chef yang gorengkan, yang ni memang larisss, orang putih pun sanggup beratur uttuk makan yang panas-panas ni..

Oklah nanti kita sambung lagi ya...

Ronda - Ronda Tempat Orang Ronda - Ronda Tempat Orang Reviewed by Unknown on August 16, 2014 Rating: 5

No comments