Asam Pedas Ikan Pari Merah Menyala
ASSALAMUALAIKUM
SALAM hari minggu untuk semua nya.
DAH masak ke belum ni??
HARI NI kalau ada yang belum ada resepi nak masak apa kata masak asam pedas ikan pari, boleh jugak ganti dengan ikan lain yang fav, sebab ada jugak yang tak suka ikan pari ni kan.
Dulu arwah bonda kaknoor memang tak suka ikan pari dimasak berkuah macam ni, yang arwah suka di panggang dan cicah air asam. Aduh sedap kan...
Tunggu bila mancing lagi ikan pari kita panggang pulak ya..
Halba campur pun wangi kalau suka nak letak dalam asam pedas ni.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
§ Beberapa potong ikan pari yang sederhana
§ 5 tangkai daun kesum
§ 1 kuntum bunga kantan
§ 1 batang serai
§ 1 sudu air asam jawa
§ 1 cawan air
§ Minyak untuk menumis
§ Garam dan gula secukupnya
Bahan A
§ 10 biji cili kering
§ 5 ulas bawang merah
§ 3 ulas bawang putih
§ 1 inci kunyit hidup
§ 1 sudu ketumbar
Cara membuat:
1. Kisar bahan-bahan A
2. Panaskan kuali dan masukan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukan air dan air asam jawa, garam, gula, daun kesum dan bunga kantan.
4. Rasalah ikut kesesuaian masing-masing dan akhirnya boleh lah dimasukan ikan pari
5. Jangan terlalu kacau biarkan ikan masak dengan api yang kecil sahaja.
6. Bolehlah dihidangkan panas-panas bila dah masak
Untuk mewangikan lagi asam pedas kalau suka boleh blender sikit daun kesum dan jintan putih bersama dengan Bahan A di atas. Ikut selera veteren memang suka sangat dengan jintan putih dan daun kesum yang di blender, tapi anak-anak kurang gemar, sesekali ikutlah selera tukang masak kan.
OK dulu ya selamat menjamu mata.
Bila dah kenyang boleh lah kedapur memasak .
Kita yang buat dia kan lagi ringkas lagi best lagi save masa kita berkuntau!!!
Asam Pedas Ikan Pari Merah Menyala
Reviewed by Unknown
on
November 22, 2015
Rating:
assalamualaikum...selamat pagi.kak...
ReplyDeleteslmt ptg yan apa kanarr
Deleteasam pedas feveret yan kak..biasa kalau kuahnya ada lagi yan buat cekodok bilis...sedap kak
ReplyDeleteboleh makan dgn cekodok jugak ke asam pedas yan belum penah try lgi kaknoor
DeleteKuah asam pedas buat cicah cekodok kak...penganti sos
Deletewow menyelerakan sekali..ikan merah buat sup sedap juga.
ReplyDeleteikan merah mmg sedap buat sup tpi klau pari mmg tk best kena as pedas je
Deletewahh memey sedap asam pedas ikan pari merah menyala nihh., ;p
ReplyDeleteasam pedas yg pedas kaw2 ni wak
Deletepedas berapi tak kak noor ... tengok warnanya mengancam sangat
ReplyDeletemmg berapi ni Nieda sbb dlm umah ni mmg hantu pedas kecuali sorang je yg tk suka pedas hehe
DeleteArwah bapak saya pun suka panggang ikan pari cicah air asam kak noor...
ReplyDeleteNak juga buat asam pedas ikut resepi kak noor ni tambah jintan putih,belum pernah rasa lagi
sama lah kalau gitu Saniah dgn selera arwah emak kaknoor suka panggang pari cicah air asam
DeletePeerggh..gambar tahap menusuk kalbu ni Kak Noor. Nyum2
ReplyDeletedah tertusuk ke tu Fidah sakit tak ?? hehee jgn marahhh
Deletehuihhh....menyala2 warna nyer...hirup sedap nihh kak noor...hehehhe
ReplyDeletekalau merah mcm ni tk digalakan hirup Deanna nnt habis tisu sekotak nayaaaa
Deletesaya suka makan asam pedas
ReplyDeletetapi masih belum mahir masak asam pedas...hehe
jujur betul!
aduhhh YY asam pedas masakan yg paling simple belum mahir tk caya lahhh kaknoor
Deletedulu2 saya tak reti makan asam pedas, takut nak mencuba. tapi bila sekali cuba rasa.... perghhhh menyesal tak makan dari awal dulu
ReplyDeletehahaha tau tkpe kan EE
Deleteasam pedas ada bnyk versi
versi tumis or rebus tpi dua2 pun sedapppp
Agak ganjil sikitlah cara masakan KN ni .... KN buh ketumbar yee....
ReplyDeleteNak cuba masuk ketumbar ke tak? Nak ke tak? Maklumlah lari dari kebiasaan kena pikir banyak kali hihi
kaknoor mmg suka buat yg lain sikit hainom pelbagaikan rasa asam pedas tu cer try mesti sedap, asam pedas kaknoor tk letak belacan yalah kaknoor letak ketumbar dan jintan putih sedappp tau
DeleteSedapnya asam pedas dari dapur kak noor.. Aiza suka asam pedas, ikan apa pun tak kisah..
ReplyDeleteasam pedas kepala ikan pun sodap Aiza pendekata yg ikan2 ni di asampedaskan mmg terbaik
DeleteSaya kan.... tak pernahlah balik rumah dengan tangan kosong selepas jenguk dapur Kak Noor tau.... sebab bawa lioq meleleh-leleh sepanjang jalan ha ha haaa... ada-ada aje hidangan yang mengecurkan di sini! Haduh!
ReplyDeleteTerliur-liur tengok asam pedas ni Kak Noor.
ReplyDeleteKalau campur dengan batang keladi agaknya boleh ke?
hmm sedapnya..
ReplyDeletesaya suka ikan pari..
tapi sepertinya di Indonesia tak ada bunga kantan
kalau warna kuning bukan asam pedas namanya kak Noor kih kih kih kih
ReplyDelete