Kuih Kasturi @ Kuih Kacang Idaman Kalbu


ASSALAMUALAIKUM dan salam ahad untuk semua bloggers
Selamat bersantai dan bercuti di hari ni ya.
Rasa nya sejak kebelakangan ni jerebu dah semakin menjauh dan langit pun dah kembali cerah, alhamdulillah dapat lah semula kita membuat aktiviti di luar rumah.  Kadang tu bila jerebu nak keluar kat corridor pun malas.  Ni sekarang ok lah dah boleh minum pagi atau petang di luar rumah. misal nya di verandah rumah dengan menikmati 
KUIH KASTURI  IDAMAN KALBU NI

Kuih ni ada jugak yang letak kelapa parut tapi dalam rumah kaknoor ramai yang tak suka kelapa parut jadi memang tak letak lah termasuk jugak Si Tukang Masak ni tak suka kelapa parut, nak original rasa kacang hehe




KUIH KASTURI @KUIH KACANG

Bahan nya
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan gula nak kurang atau lebih terpulang lah
  • 1 secubit garam
  • Tepung gandum secukup nya
  • Air secukupnya untuk merebus kacang sehingga lembut
Cara nya
  1. Kacang hijau dicuci dan direndam 1/2 ke 1 jam tujuan supaya merebus tak lama sangat save gas kita sikit.kemudian rebus sehingga kembang.
  2. Bila kacang dah lembut masukkan gula dan garam.
  3. Masaklah sehingga kacang tu kering dengan api yang perlahan.
  4. Bila dah kering masukkan sedikit tepung gandum dan kacau rata. tujuannya supaya senang membentuk kuih kacang nanti tak pecah.
  5. Biarkan sejuk dan bentuk lah ikut besar yang di kehendaki sehingga habis adunan.

Bahan untuk batter

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 secubit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air sejuk dari petiais
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng
Cara nya
  1. Blender semua bahan-bahan batter kecuali minyak. Kita akan dapat adunan yang pekat dan likat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan kacang yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan batter dan gorenglah sehingga kuning


Lebihan batter// tepung celup tu boleh kita goreng jugak sayang utk di buang rangup tau sedap, kaknoor suka jugak makan tepung yang rangup sebab tu lah kaknoor tak buang lebihan dapat di goreng makan makan...



Oklah selamat menjamu mata..
Orang dekat menjamu selera 
Hidup ni umpama roda
Jadi bersyukurlah apa yang ada 


Kuih Kasturi @ Kuih Kacang Idaman Kalbu Kuih Kasturi @ Kuih Kacang Idaman Kalbu Reviewed by Unknown on November 01, 2015 Rating: 5

35 comments

  1. kuih kasturi buat sarapan r minum petang mmg sedap...terasarasa di lidah kesedapan kasturi noor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa fav kacang hijau mmg tak dapat nak larik kalau tengok kueh kasturi ni P kannn

      Delete
  2. Bagus pula tips akak tu....rendam lama kacang tu sebab nak jimat gas.....kalau saya jawapannya satu jer....nak bagi cepat lembut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab cepat lembut lah jimat gas Fida 2x5 5x2 heheee

      Delete
  3. Kak rose pulak suka yg ade kelapa....memasing punya citarasakan, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakrose yalah selera berbeza tk kisah lah tu boleh letak je apa fav masing2 kan

      Delete
  4. Salam singgah hujung minggu kak noor...sedapnya...

    ReplyDelete
  5. Antara kuih kegemaran saya ni, Kak Noor. Sekali buat, simpan sbg frozen kasturi sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kaknoor farah mesti buat banyak, simpan difrozenkan pastu nak makan amik je kan

      Delete
    2. assalamualaikum.
      klau kasturi ni kita frozenkan, perlu kah digoreng setengah masak atau benar2 masak.
      klau nak makan perlu ke kita goreng lagi?

      Delete
  6. nama yg unik.. hehe. teringin nak cuba masakan ni.. tq kak nor sudi kongsi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik ke kasturi ni Busyra? akak rasa biasa je pun

      Delete
  7. Paling mencabar waktu nak membentuk...Terlebih tepung, takut pulak kurang rasa kacang nya. Kena belajar lagi ni. Terima kasih resipinya Kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fidah, jangan terlebih tepung nnt tak manis tak sedap, kalau kaknoor memang lebihkan gula sikit sbb kalau terlembik, kita tambah tepung still manisss

      Delete
  8. Kuih kasturi ini kegemaran nombol satu. Zaman sekolah dulu kalau ada jual kuit ni, itulah yang dibeli. Betul kata Kak Noor, rendam dahulu sebelum rebus kacang hijau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita mak long, suka snagat kuih ni pendekata apa saja kueh yg ada kashang ni mmg fav ni maklong

      Delete
  9. Kalau family yan memang letak kelapa..kadang letak lempuk durian...
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye kalau letak lempuk sedap tu yan tapi tkde lempuk la pulak

      Delete
  10. Salah satu kuih yang kak Zai suka tapi jarang buat sebab anak2 tak berapa suka. Kak Zai suka ada kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakzai, disini anak2 saya pun tak suka tapi mama nya cintan habis dgn kuih ni jadi nya sendiri buat sendiri makan, kadang kalau banyak terpaksa bagi jiran kesiannn kan

      Delete
  11. Saya panggil kuih rengas kak Noor!. Ingat lagi masa dalam tingkatan 2, dlam kelas masakan, inilah kuih yg pertama cikgu ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah lain sngt ni nama nya sweetie rengas lah pulak, aduhhh ingat lagi time masak masa tingkatan 2 tu sweetie, kaknoor dah lupa semua apa yg dimasak haha

      Delete
  12. ohhh panggil kuih kasturi jugak ye kak...hihi.. yg sy tau kuih kacang je.. sbb en suami suka sgt makan..klu terjumpa psti beli.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Atie, kaknoor pun pantang jumpa orang jual mesti nak beli hehe

      Delete
  13. alamak rindu kat mak.. dia selalu buat, sebab kami satu family suka makan tambah2 abah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiiiiiiiiii syida, terharu kaknoor sbb syida rindukan mak sbb tengok kuih kacang ni, kuih orang lama ni kannnn

      Delete
  14. ini kuih kegemaran sy ni kak noor....hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh geng ni deanna suka kuih kasturi aka kacang ni besttt kan kalau kaknoor sepinggan tu mmg cepat je licin

      Delete
  15. samalah..saya suka kalau rangup.tak pernah buat sendiri lagi..tahu makan je

    ReplyDelete
  16. Macam best je. Hehe nak jugak rasee

    ReplyDelete
  17. Ini antara kuih kegemaran papa Tukang Kebun.

    ReplyDelete
  18. JM mmg suka sgt kuih ni...pg tadi baru mkn...kenapa perlu isi air sejuk dari peti tu eh..supaya rangup eh

    ReplyDelete
  19. Saya boleh jer makan Kak Noor.....tp kalau saya buat ni, confirmed saya sorang yg syok sendiri Ksk Noor....

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum.
    klau utk frozen perlu kah kita goreng kue tu setengah masak atau betul2 masak?
    klau nak makan perlu tak goreng semula?

    ReplyDelete