Selamat Hari Minggu & Berehat Dari Segala Tugas
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
DOA HARI AHAD
08/11/2015
(26 MUHARAM 1437H)
08/11/2015
(26 MUHARAM 1437H)
بسم لله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Tuhan kami, ketika kami sekeluarga berhimpun seperti mana biasa kami lakukan di hujung minggu dalam mengeratkan perasaan kasih sayang dan silaturrahim , pada hari Ahad 26 Muharam yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan.
Ya Allah, Bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama-sama keluarga kami. Perindahkanlah hari ini dengan berita yang membahgiakan dan mnceriakan kami.
Ya Allah, izinkan kami menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar utk kami ikuti, perkara yang bathil agar kami jauhi.
Ya Allah, corakkan akhlak kami dengan sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak anak dan pasangan kami, kaum keluarga kami dan dosa dosa guru guru kami yang masih ada lagi mahu pun yang telah tiada. Dosa dosa jiran jiran kami. Dosa dosa sahabat sahabat kami serta seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
MUTIARA KATA
"Islam itu thabat (tetap), tetapi pada waktu yang sama ia bersifat murunah (fleksibel) . Ianya keras tetapi boleh dilembutkan, walaupun tegap masih boleh dilentur namun tidak berubah tetapi boleh disesuaikan".
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatNya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin...
Mari Berzikir:
(BERSIHKAN HATI)
YA HAYYU YA QAYYUM
(BERSIHKAN HATI)
YA HAYYU YA QAYYUM
Mulakan Langkah Pertama anda dengan Zikrullah pada hari minggu ini dengan kebaikan dan Keikhlasan. Hargailah sesiapa sahaja yang ada disamping kita walaupun jasanya tidak sebanyak mana. Yang membuatkan kita Kuat adalah DOA. Yang membuatkan kita Dewasa adalah MASALAH. Yang membuatkan kita Maju adalah USAHA KERAS. Yang membuatkan kita Hancur adalah PUTUS ASA. Yang membuatkan kita Semangat adalah HARAPAN dan IMPIAN. Yang membuatkan kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dengan Keheningan Jiwa dan memperbanyakkan SUJUD kepada ALLAH swt dengan memperbanyakkan sedekah serta Senyuman yang Ikhlas.
Salam kasih sayang

Jom senyum ☺ sedekahkan pada ahli keluarga dan sesiapa saja yg berada disamping kita masa ni.
Selamat Hari Minggu & Berehat Dari Segala Tugas
Reviewed by Unknown
on
November 08, 2015
Rating:
Tak dpt rehat jugak hehe..
ReplyDeleteada aktiviti ke Linda??
Deletegudnite dear..
selamat berhujung minggu noor...susunan kata yg terbaik memotivasi diri...tq.
ReplyDeletesama jugak utk u P
Deletegudnite dan selamat berehat jugak
Happy weekend Kak Noor, moga sihat & ceria2 selalu ^__^
ReplyDeleteJom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)
happy weekend jugak ya KK
DeleteMotivasi yang menarik...satu persatu bait2 ayat saya baca dan fahami agar dapat laksanakan dgn keikhlasan.
ReplyDeleteMotivasi yang menarik...satu persatu bait2 ayat saya baca dan fahami agar dapat laksanakan dgn keikhlasan.
ReplyDeletemudahan ada manafaat utk semua Saniah insya Allah
DeleteSelamat beristirehat Kak Noor...
ReplyDeletethanks SS hari minggu mmg hari santai tk payah kerja keras sngt kan
DeleteAaamiiin....semoga kita semua dalam rahmat Nya....
ReplyDeleteamin....amin...amin..
ReplyDeletesalam hujung minggu kak :-))