Pulut Kuning ~ Pulut Kacang ~ Sambal Bilis ~ Rendang Daging Iftar Ke 10


Assalamualaikum semua sahabat maya 
Suatu hari jenjalan City Of Bath ni anakanda kaknoor bawa ke kedai Thai untuk beli cilipadi hahaa mencari cili jugak walau dimana berada sebab kalau tak pedas tu makan memang tak bersemangat, walaupun time puasa ni. Berbalik tajuk asal dah pergi kedai Thai tu terjumpa pulut ni yang di jual disana, terus teringat nak makan pulut kacang, cari-cari kacang putih yang untuk pulut tu takde lah pulak, yang ada hanya kacang merah kecil ni, tiada rotan akar berguna ye dak!!
Kaknoor kebas je kacang merah ni untuk masukan dalam pulut sebab dah terHINGIN SANGAT..



Tapi kacang ni punya lah lama sangat di rebus susah nak lembut walaupun dah rendam berjam-jam  sebelum tu, tak pe lah asalkan ada kacang memang terasa jugak makan pulut kacang ni. Sebelum tu memang dah rendam pulut ni, cari-cari kukusan takde lah pulak kat umah ni, jadi last option pakai je rice cooker untuk masak pulut ni. OK jugaklah masaknya, kaknoor terus masukkan santan, pulut dan sedikit garam jugak kacang yang telah di rebus tu, ON kan tak sampai 10 minit pun dah masak haha
Rasanya ALHAMDULILLAH bagi yang cerewet ni oklah..



Memang lauk sebenarnya pulut ni nak makan dengan rendang daging je, tapi anakanda sorang tu taknak daging, nak sambal ikan bilis, nasib baik masih ada ikan bilis lagi sedikit jadi teruslah menyambal bilis tu, mudah sangat kan sambal bilis ni.
Untuk yang nak merujuk resepi sambal bilis tu 
DISINI cuma disini kaknoor tambah dengan petai.



Untuk resepi rendang dan pulut kuning boleh lah di klik 
Cuma tukar lah dari ayam ke daging bahan yang lain sama je..
Tapi pulut kuning di Bath sebab takde kukusan kaknoor masak dengan menggunakan rice cooker je
ALHAMDULILLAH asalkan masak oklah tu



Mesti teruja tengok pulut kuning time ramadhan ni kan, dah tak sabar nak nunggu rayo ni tuan tanah ni puasa baru je 10 hari dah terhingin pulut haha layan je lah selera time sihat ni kan



Mana tau ada yang terhingin jugak macam kaknoor bolehlah rujuk resepi kaknoor ya
ALHAMDULILLAH dah dapat makan pulut baru lah lega rasa nya.
Macam orang ngidam lah pulak...
Agaknya orang tua memang macam tu kot kan teringin macam-macam haha...

Pulut Kuning ~ Pulut Kacang ~ Sambal Bilis ~ Rendang Daging Iftar Ke 10 Pulut Kuning  ~  Pulut Kacang ~ Sambal Bilis ~ Rendang Daging Iftar Ke 10 Reviewed by Unknown on June 16, 2016 Rating: 5

41 comments

  1. Lama dah tak makan pulut kuning ni kak..alahai...lemak santan tu..ermm...

    ReplyDelete
  2. Knoor, jelez tau..rajin sgt ni nape? Takpe, dlm peti sejuk saya ada pulut tu, ikan bilis pun ada, heee..

    ReplyDelete
  3. Knoor, jelez tau..rajin sgt ni nape? Takpe, dlm peti sejuk saya ada pulut tu, ikan bilis pun ada, heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rajinkan diri zimah
      Benda dah ado tu
      Tk susah punn

      Delete
  4. Jarang makan pulut ngan kacang tu KN kecuali dlm daun palas.....tp arwah abah suka guna kacang soya / kacang tempe....

    Saya kurang suka pulut KN.... tp bedal tetap bedal hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sepatutnya pakai daun palas lah hainom tpi mana nk carik? Buatlah pulut bodo2 mcm ni heheh

      Delete
  5. Oh myyyyy.... Kita pantang pulut setaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh Nini pantang setaun why??
      Ada baby tecik ke ni

      Delete
  6. Assalam Kak Noor,
    wah sedap pulak nampak pulut & kacang merah tu..
    siap dengan sambal tumis ikan bilis..nyum nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalam Ayu
      Selera tk sama sambal bilis lah
      Rendanglah tukangmsk ikut je janji ada yg mkn ye dak

      Delete
  7. Nur suka letak santan sikit dlm pulut kak noor...baru lembut
    selalu buat bulat2...sekejap dh licin
    ada gak plan posa ni nk buat, sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kaknoor pun letak santan baru sedapp kan

      Delete
  8. org brunei mmg msk plt ngn kacang gitu ye kak noor n mkn ngn rendang?

    tgk plt kuning kak noor nih trs rasa lak nk bt... tp tunggu ujung minggu kot hehehhe... dsr mls nk msk mcm2 time keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kaknoor suka kacang itulah teringt msa kt malaysia dulu ketupat pulut yg ada kacang tu sdp sngt jd buatlah ala2 ketupat gitu dana

      Delete
  9. Pulut Thai memang tak ada tandingannya KakNoor
    Kakak tak pernah lagi masak pulut dgn kacang macam tu - cantik pulak bila nampak berbelang.
    Boleh dicuba juga ni:) Tapi rendang KakNoor memang mengancam:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sdp kakzakie lembutt je pulut Thai ni cedappp
      Rendang mmg best friend dgn pulut kan berpisah tiada

      Delete
  10. Saya suka makan ketupat kacang ...wah dah kecur air liur ni..sedapnya

    ReplyDelete
  11. Saya suka makan ketupat kacang ...wah dah kecur air liur ni..sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng Has suka ketupat kacang,ketupat ni sinonim dgn org utara ni kan

      Delete
  12. Nampak sedap pula pulut tu .. kuningnya menyerlah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmdulillah raaanya boleh tahan jugak ni Mia

      Delete
  13. Kat negara org putih pun teringat menu tradisional ya kak noor?.
    Kalau ada masa nanti nak buatlah pulut kacang seperti kak noor ni...teringin pulak nak makan bila baca n3 kak noor ni.Anak2 saya semua suka pulut .

    ReplyDelete
  14. Kat negara org putih pun teringat menu tradisional ya kak noor?.
    Kalau ada masa nanti nak buatlah pulut kacang seperti kak noor ni...teringin pulak nak makan bila baca n3 kak noor ni.Anak2 saya semua suka pulut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini mmg kuat sngt nk rasa menu kita sbb dikelingi menu barat jd rindu menu kmpong lah Saniah

      Delete
  15. Suka makan pulut, tapi sebab tengah pregnant, takut angin pula nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dulu lah AIN tunggu baby besar sikit kot baru boleh berpulut2 ni

      Delete
  16. Bertambah lapar nengok Pulit & rendang tu kak Noor.. cari juga cili walau dimana ye kak?? haha
    rendang daging mmg peberet kami..hihi..
    nak cuba nti resepi.. TQ kak Noor.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welcome Atie,tkde cili mcm tk puas lah Atie walaupun dimNa berada nasib baik ada kt sini

      Delete
  17. siqah sama dengan anakanda kak noor. suka sambal ikan bilis. hehe. sedapnyaaaaa kak noor!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan siqah boleh geng dgn anak kKnoor ni suka sambal bilis kalau mkn dgn pulut

      Delete
  18. samalah..dah tua2 ni teringin masakan mak dulu yg kita pernah mkn masa kecik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan emak kita mmg tiada tandingan nya kan KY kalau semua chef hehe

      Delete
  19. Kat sana pun ada pulut ye kaknor. Senang lah begitu, rasa teringin terus rembat aje.
    Tengah badan sihat ni lah kita nak makan macam2 kaknoor. Kalau dah sakit nanti apa pun tak boleh. Pandang org makan je lah jawabnya.
    Saya pun suka pulut cicah sambal bilis. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disini pun ramai org belah Asia kita Kb cuma kita kena pandai cari kedai lah,anak kaknoor dah lama disini tau dimana kedai yg jual barangan Asian yg selalu kita jdi senanglah nk mkn apa pun ok cuma sayuran kmpong tu tkdelah tpi yg basic tu mmg tk susah mencari

      Delete
  20. Sedap nya kak noor! aina suka pulut kuning makan dgn rendang daging. mmg mabeles sgt! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor pun sama kalau pulut mesti nk gu dgn daging baru best kan Aina

      Delete
  21. Ya Allah sedapnyaaaaa kak noor.....makan di tempat org degn lauk kampung kite lain rasanya kan...yummyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa nikmatnya Irda makan mcm ni disini syukur dpt jugak mkn walaupun ditempt asing

      Delete
  22. Perrrhhh ni baru nama chef terhebat...

    Okay je guna apa yg ada...

    Hihihi

    ReplyDelete