Kerabu Mangga Kantan

Assalamualaikum dan selamat malam
Hari yang sibuk sangat hari ni
Sempat buat kerabu ni je jom tengok resepi mudah dan simple mimple ni..




Bahan nya
Mangga muda secukupnya di cincang
Bunga kantan di hiris kecil 
Bilis goreng ranggup 
Cilipadi/cilibesar tumbuk
Tomato dihiris dadu
Serai di hiris kecil
Sedikit jus limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara nya
Gaulkan semua bahan kecuali bilis goreng, rasa lah masam manis nya, hidangkan dan taburkan bilis goreng, sedia untuk dimakan atau di ratah begitu sahaja, menu buang kolestrol pulak ni haha.

Kuantiti terpulang lah pada selera masing-masing nak banyak ke sedikit ya ~  kantan banyak lebih wangi ~ bilis banyak lebih sedap ~ cili padi lebih sedap sebab pedas ~ serai hiris lebih halus lebih sedap sebab tak terasa sangat bila gigit tu ~ 





Dalam menu kaknoor tak letak bilis goreng sebab dah nak cepat 
Biasalah mengejar masa ye dak!!
Boleh saja letak bilis banyak lebih sedappp..




Kalau masa takde selera nak makan
Ratah je kerabu ni mesti lepas tu teringin nak makan nasik haha




Yang jauh layan mata je ok
Yang dekat layan selera ni
Cepat siapa cepat dia dapat
Menu mudah ni jangan lupa cuba tau!!
Takde mangga? 
Boleh je letak apple hijau sebab kita yang buat dia kan !!


Kerabu Mangga Kantan Kerabu Mangga Kantan Reviewed by Unknown on December 01, 2016 Rating: 5

30 comments

  1. Lepas buat terus makan...perrrrrhhh...rangup lagi...memang nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti terus makan baru rangup mangganya kan PC krup krap krup krap bunyi dia haha

      Delete
  2. Meriahnya kerabu kak! Saya boleh ratah semangkuk ni tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa Mie suka benda cenggini masam2 hahaha

      Delete
  3. suka kerabu!! sedap.. tp bl x buat with out kantan??

    ReplyDelete
  4. tak abis lg resepi berasaskan bunga kantan akak ye?.. hihi

    ReplyDelete
  5. terlior..terfikir mna nk cari mangga muda. idea noor guna apple hijau tu yg tak patah selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ky apple hijau anytime ada
      Jadi boleh lah try rasa apple lah taklah rasa mangga haha

      Delete
  6. sedapnye kak.. e'in mmg suke kerabu mangga..

    ReplyDelete
  7. Kak Noor, berselera PH tengok kerabu mannga kantan ni. Boleh ratah gitu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH kat ganu ada tak manga ni
      Kalau ada dah boleh buat ni

      Delete
  8. Oh my goodness! Sedap sangat tengok gmba ni! Nak bookmark terus website ni!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. alamakkk kecur lidah kak noor oii haha

    ReplyDelete
  10. Yang simple2 macam ni lebih sedap sebagai pembuka selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sngt bunda
      Utk membuka selera tk perlu yg complicated sngt
      Yg simple dimple pun dh ok

      Delete