Nasi Kerabu Daun Mengkudu //Nasi Kerabu Hitam


Assalamualaikum dan selamat petang
Petang yang hujan di Brunei hari ni
Kalau makan mesti terlebih ni sebab sejuk dan sedap hehe
Sebenarnya semalam hari jumaat dah buat nasi kerabu ni tapi nasi kerabu biru lah 
Sebab takut ada yang tak makan kalau buat yang versi hitam ni
Lagipun semalam jugak ada kawan kaknoor yang datang jadi sangat lah sibuk
Tak sempat nak ambik gambar lawa lawa hehe
Sebenarnya tak lah lawa sangat pun kan cuma nak bagi sedap hati sendiri je



Disebabkan banyak lagi lebihan eksosoris nasi kerabu tu jadi hari ni kaknoor buat lagi versi hitam pulak, sebab teringin nak merasa, lagipun ada jugak yang cakap sedap versi hitam ni..

Nasi Kerabu Hitam
Kali ni kaknoor guna beras basmathi
Kaknoor kisar 4-5 helai daun mengkudu, ambil air nya
Kemudian cuci beras basmathi sehingga air nya jernih baru lah di rendam dengan air mengkudu
Agak-agak dalam 30 minit lepas tu masaklah macam masak nasi biasa, boleh letak garam sikit dan daun limau purut untuk wangikan nasi tu..



Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.


Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
 Ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada

Solok lada
Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali cili besar, rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, budu dan sambal.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, dan solok lada.
Nasi kerabu Kelantan sedia untuk di santap.




Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.




Disebabkan takde solok lada jadi kaknoor masak lemak daging bakar ni je
Kisar cilipadi campur bawang merah dengan serai, kemudian masak dengan santan pekat, letak garam dan gula merah sikit, masak sehingga mendidih kemudian angkat..

Untuk Daging Bakar//Ayam Bakar
Selepas di bersihkan daging atau ayam, perap dengan lada hitam kisar, halia, bawang putih, madu dan garam, perap lebihkurang 1 jam atau lebih, barulah di panggang di oven atau masukkan dalam air fryer, kalau kaknoor masukkan dalam air fryer je daging dan ayam jadi lebih lembut disamping tak payah guna minyak save dah tu kan..



Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 
Disini kaknoor tak buat sambal cili tu cuma tambah sambal budu je
Hiris bawang cili dan perahkan limau kasturi, kalau terlalu masin boleh letak gula merah sikit bagi seimbangkan rasa nya ok



Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.
Disini kaknoor tambah kobis purple untuk variasikan nasi kerabu tu 


Alhamdulillah kalau dibandingkan dengan nasi kerabu biru tu, rasanya yang guna daun mengkudu ni lebih ada rasa herba nya dan lebih sedap bagi kaknoor lah tak tau lah pada orang lain. Lagipun nasi kerabu biru tu bunga telang nya takde rasa sangat tapi khasiat nya memang banyak lah..


Nasi Kerabu Daun Mengkudu //Nasi Kerabu Hitam Nasi Kerabu Daun Mengkudu //Nasi Kerabu Hitam Reviewed by Unknown on January 26, 2019 Rating: 5

8 comments

  1. Sedapnya Kak Noor, biru ke.. Hitam ke. . Dua2 mnambat selera

    ReplyDelete
  2. alahai..tgk nasi pun dah sedap..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Nor,

    Lama tak berblogging hehehe...baru sempat nak jenguk dapur Kak Nor.
    Terus terkeluar air liur ni sungguh amat menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. ns kerabu hitam sbb pakai daun mengkudu ye kak, dana ingatkan mmg warnanya itam betul2 hehehe...
    melihat segala lauk sampingan tuh... alahai bestnya

    ReplyDelete
  5. numpang promote ya min ^^
    buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete
  6. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  7. Thanks for your article brother

    ReplyDelete