Mee Kering Sup Tulang Gear Box Dengan Sambal Baik Punya...




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi jumaat untuk semua yang sudi singgah kesini, samaada meninggalkan jejak ke tidak, tak jadi masaalah, ni ialah menu tertangguh minggu lepas, tak sempat nak update di atas sebab2 yang tak dapat di elak kan, menu  cuti sekolah lah ni kalau ramai2 kat umah memang anak2 akan minta mee yang berkuah2 gini mungkin boring jugak bergoreng2 je kan...
 Untuk senang kerja mama buat mee sup tulang gear box ni je, rebus lama2 dan tunggu sampai lembut sangat mudah








BAHAN

1 bungkus mee kuning kering,rebus sampai agak lembut toskan dan gaul dengan minyak bijan
1/2 kilo tulang daging direbus sehingga lembut
Yang ni akak guna gear box rezeki masa gi umah kawan dia kasi percuma heehe rezeki jangan di tolak kan...
Halia 1 inci + 3 ulas bawang putih + 1 biji  bawang besar dikisar
1 sudu rempah sup +sedikit jintan putih goreng dan kisar kering
Kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkeh secukupnya
sedikit kicap manis dan garam

CARA NYA

Rebus tulang sehingga lembut.
Masukan bahan kisar, rempah sup, jintan putih, bunga cengkih, lawang dan kayu manis dalam periuk tulang yang direbus tadi dan biarkan mendidih dan boleh lah dimasukan garam secukup rasa
Kak Noor suka campur sedikit kicap manis untuk mencantikkan kuah sup tu agak kehitaman dan rasa pun lebih ummpphhhh, dah cukup rasa boleh lah ditutup api

SAMBAL  SERBUK CILI

Untuk buat sambal cili tu,panaskan sedikit minyak, masukan sedikit halia dan bawang putih yg ditumbuk, tumis sehingga wangi, baru masukan cili serbuk, garam dan gula,masaklah  dengan api yg perlahan dan kalau perlu tambah sedikit air, dah pekat boleh lah diangkat.

BAHAN TABUR

Sedikit daun bawang, taugeh, limau kasturi dan lobak masin yang dihiris kecil di rendam dgn air panas dan ditoskan
Bolehlah dihidangkan dengan mee yang dilumur minyak bijan tadi. + 1 sudu sambal cili + daun bawang  + bawang goreng + kuah tulang gear box SEDAPNYAAAAAAAAA...




GEAR BOX  ni akak dah potong supaya senang nak makan kalau tidak tak muat mangkok comel tu hahaaa




MEE yang jenis berkuah macam ni, memang fav sangat budak2 kat umah ni, sanggup diaorang tak makan nasi  kalau ada mee kuah sup ke kuah pedas ke, apa saja jenis mee memang fav diaorang termasuk pasta dan spaghetti jugak macam2 jenis lagi, pokoknya yang selain dari nasi memang dia orang suka sangat, terbalik lah pulak dengan tukang masak ni, nasi tetap nasi walaupun makan benda lain.
TU LAH BADAN TUKANG MASAK MAINTAIN GEMUK HAHAHAHA...

Mee Kering Sup Tulang Gear Box Dengan Sambal Baik Punya... Mee Kering Sup Tulang Gear Box Dengan Sambal Baik Punya... Reviewed by Unknown on December 21, 2012 Rating: 5

15 comments

  1. salam kak noor, ngancam...sop pun nampak nipis dan tak berlemak...suka sgt..:)

    ReplyDelete
  2. tengok daging tu buat tergoda betul ni kak noor.dengan mee kering tu yg menarik coz tak penah rasa ni

    ReplyDelete
  3. tengok sup itu.... terliur nye...

    ReplyDelete
  4. Pagi2 dah terliur tengok mee kering n sup gear box...nak semangkuk sup..

    ReplyDelete
  5. Saat 'mulut masih tak sedap' ni, kalau dapat sup panas mungkin boleh memberikan kelegaan buat kakcik. :)

    ReplyDelete
  6. sedap nie kak nor,
    last raya haji aritu dapat makan nie..sampai skrg duk teringat nie..he heheh sedapnya.

    ReplyDelete
  7. kat umah nani plak.. feveret mr mama.. suka sangat dia sup2.. sejak2 nandong ni asyik buat sup je.. dia makan ngan bihun or mee...

    ReplyDelete
  8. Waa... setelah beberapa hari x ke dapur... kak Noor buat airliur saya meleleh... sungguh! mana kawan-kawan ni... tolooooong! bawa aku pergi makan bihun sup...

    ReplyDelete
  9. sedap2...sib baik semalam dah pekena sup tulang...hehe..kurang la rasa teringin sngt tu......:)

    ReplyDelete
  10. Salam...kak nape akak suke masak best2...hikhik...jeles tgk....

    ReplyDelete
  11. Salam jumaat kak noor...sedap ni..ala2 mee kolok..kite ade mee kuning kering ni..plan nk buat mee kolok..sbb lme dh x mkn..tapi x buat2 jgk..hee

    ReplyDelete
  12. tak perlu kata apa2..tgk pic mmg dah kompem, kompem..dan kompem...meleleh ni kak nor..kalau kita makan, khusyuk tunduk mengalah..heheee

    ReplyDelete
  13. Terliur weh..sup gear box ter..hihi..nak order..

    ReplyDelete