Orchid From My Little Garden


ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari minggu untuk semua, hari ni CUTI  MASAK  nama pun hari MINGGU  kan mesti  lah rileks ja santai2 ambik angin luar rumah, kebetulan masa ni banyak bunga orkid akak yang sedang berkembang mekar, jadi  why not akak kongsikan kesegaran orkid ni dengan adik2 blogger semua, sekadar untuk jamu mata saja lah ya jangan pegang2 ~  boleh pandang2~  jalan melenggang2 ~ HAHA...




INI BORNEO ORKID 
Dah lama akak tanam tapi hingga sekarang tak pernah  putus berbunga
ALHAMDULILLAH



INI JUGAK BORNEO ORKID
Jugak tak pernah putus berbunga dan tahan lama bunga nya 




MASIH  LAGI BORNEO ORKID
Tapi yang ni agak jarang berbunga, tak tau dimana silapnya
Alhamdulillah syukur musim ni ia mampu menonjolkan bunga nya yang cantik tu




BORNEO ORKID  ni versi yang banyak kuntum, kalau tak silap dalam satu ranting ni ada sepuluh kuntum tapi kembang nya tak sama masih lagi ada kudup yg belum berbunga




INI MINI BORNEO ORKID 
Agak kecil dan mempunyai kuntum yang sangat banyak
SESUAI untuk hiasan di meja kat koridor je sayang nak letak kat luar
HAHA pilih kasih lagi tu...



BORNEO ORKID ni baru kali ke dua berbunga sejak beli, agak liat jugak lah kan





NI ORKID JENIS MOKARA MERAH
Orkid ni jenis tanam di tanah tapi kak Noor tanam dalam pasu je 
TAPI memang tak pakai tanah lah, hanya sabut dan arang je, syukur masih jugak berbunga
ASALkan ada baja yang cukup




MOKARA RINTIK HARIMAU  tak pernah putus jugak berbunga jenis ni asal habis bunga mesti ada lagi tumbuh yang baru memang GILA bunga lah ni




MOKARA oren ni memang banyak kat rumah, tapi oren nya tak sama lah, ada oren tua dan oren muda, yang ni versi muda yang tua kali ni tak nak berbunga lah pulok 
dah M kot kan heee




INI JENIS MOKARA KUNING BESAR  yang sangat besar bunga nya
KALAU nak  bandingkan dengan tapak tangan kita memang lebih besar bunga ni
TAK PERCAYA!! kena datang sendiri kat rumah heee




MOKARA KUNING lah pulak ni
PUN selalu berbunga ALHAMDULILLAH




Yang ni pulak jenis ORKID KAMPONG
BERBUNGA non stop memang meriah lah sebab satu pokok orkid tu bunga nya 
akan lebih dari satu tangkai....




INI JENIS ORKID DENDROBIUM  
Harga nya murah lah, kalau dulu akak beli 3 pokok tu hanya 10 hengget je
Tapi orkid jenis ni  bunga nya taklah se kuat orkid2 yg di atas tu 
jangka hayat bunga nya lebih pendek lah



YANG NI DAN YANG KE BAWAH- BAWAH TU 
SEMUA NYA ORKID DENDROBIUM 
CUMA BERLAINAN WARNA DAN BENTUK JE
LEBIH MURAH DAN  MUDAH UTK DI TANAM...















YANG NI  tak pasti dari jenis mana tapi daun nya macam pensil kecil dan panjang
TAPI  bunga nya menariksss













SEBENARNYA  DI RUMAH  KAK NOOR  ada banyak lagi orkid yang masa ni takda berbunga seperti ORKID VANDA, ORKID MOKARA, DENDROBIUM &  ORKID HUTAN yang masih "MOGOK" haahaa tapi takpe tuan nya sabar menunggu sehingga orkid2 ni berbunga lagi

AMACAM ada tak adik2 akak yang berminat nak tanam ORKID!!!
INSYAALLAH lain kali kasi chance yang belum berbunga pulak masuk blog haha

Orchid From My Little Garden Orchid From My Little Garden Reviewed by Unknown on December 22, 2012 Rating: 5

20 comments

  1. Replies
    1. hai Sweetie, cantik macam Sweetie jugak kan, heeee bila nak gi UK tu, best kan dpt terbang tinggi lepas tujumpa anak kat sana akak ni mmg tergedik jugak nk gi tapiiii kena tunggu time grad baru berbaloiii sbb dah banyak kali jugak pergi sebelum ni..

      Delete
    2. Mana kak Noor tau Sweetie ni cantik... takut2 kalau jumpa nanti pengsan tengok.. indah nama dari rupa.. ha..ha..

      Kalau tak ada apa-apa halangan 24 Jan 2013 ni... Dengarnya sejuk melampau dan menurut kawan kat sana, sheffield tempat anak saya tu tersangatlah sejuknya... Ni yg buat risau ni, takut tak tahan sejuk. Hotel pun belum dapat lagi... sebab sampai di Heathrow nanti saya nak bermalam di London 2/3 malam, nak jalan2 sekitar London dulu lepas tu baru bergerak ke Sheffield. Dari London ke Sheffield perjalanan ambik masa 3 jam. Hu..hu.. kalau lah kita dapat terbang sama-sama ya kak Noor.

      Delete
  2. Huaaa. . Banyakkkknya bunga orkid. Cantik2 pulak tu. Ni klu mak sue nampak ni mau dia xtra lg geram dr sue. Hehehee
    Sue geram stakat cium dgn laga2 kat pipi ja. He3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, tu belum lagi masuk yg majuk tak mau berbunga tu , tapi masa ni rasa nya mmg ramai yg nak show off bunga masing2 tu lah yg best tu, setakat laga pipi tu ok lah tak luak pun hee

      Delete
  3. wahh.. cantek sungguh semua orkid kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah akibatnya gila bunga Sheila selain dari gila memasak,pengubat dikala duka tngok orkid rasa lebih tenteram heeeee

      Delete
  4. waahh kak noor... canteekk sungguh bunga2 orchid tu... bagi la tips cam mana penjagaan nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mori...
      sebenarnya takde lah sangat tips pun,akak cuma kasi baca seminggu atau dua minggu sekali, yg spray tu, pastu air mesti cukup lah siram sehari 2x pagi dan petang, insyaallah berbunga

      Delete
  5. Assalamualaikum K.Nor,

    Tabik toing toing la..
    Sham.. merajuk la nak tanam orkid dah.. suma x menjadi. Dah la orkid bkn-nya murah.
    Tobat la Kak Nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Sham..
      dah nampak Sham tabik toing toing tu, sampai macam tu sekali sampai dah tobat segala, sebenarnya tak susah sangat lah nak tanam dan nak kasi dia bunga ni akak tklah seharian kat luar dok belek dia cuma seminggu sekali kuar lah belek2 bagi makan dia, minum tu pasti lah hari2 senang kan Sham...

      Delete
  6. banyaknya.....kita hitung 23 semuanye....rajinlah...pandai masak,pandai pula taman munga..muaaaah...thumb up 4u....

    ReplyDelete
  7. Terang biji mata saya tengok bunga orkid kak noor... cantek2 semuanya.. dan yg penting tuan tanahnya tak ada angin M tu yg cantik berkembang bunga tu :D

    ReplyDelete
  8. mmg cantik sgt ni kak noor dulu pun KA penggemar orkid2 ni. lepas tu xde masa orkid terbiar dah skang ni hehehe

    ReplyDelete
  9. aduhh... kak noor boleh genglah dgn mak saya.. dia pun suka tanam bunga especially orkid & gervera.. memang minat dialah kumpul bermacam2 jenis..

    orkid borneo tu sama spesis dengan orkid phalaenopsis kan kak noor? memang cantik2 bunganya kan.. tahan lama pulak tu...

    ReplyDelete
  10. macam nak tanam orkid kat rumah pulak...nasib baik boss srh cari fresh orkid lau tak tak terserempak dengan blog k. nor..thanks for info

    ReplyDelete
  11. Boleb beritahu baja ape yang digunakan...

    ReplyDelete
  12. byknya orked k noor....
    sy ada 3 pasu pon tak rajin munge...
    sy suka orked bunganya tahan lama
    kak noor guna baja apa ye?

    ReplyDelete
  13. Im no expert, but I believe you just made an excellent point. You certainly fully understand what youre speaking about, and I can truly get behind that. Buy WoW TBC Classic EU

    ReplyDelete