Rainbow Cake Testing For Birthday Next Month...
SELAMAT MALAM semua adik2 blogger wah hari ni semangat sikit nak show rainbow cake yang baru first time buat SE UMUR hidup akak hahaha aduhh dah setengah abad baru lah sampai hajat dihati ini, walaupun kureng kemas dan masih comot - mot tu tapi dalam hati ini gumbira sangat2 sebab dah berjaya rainbowkan kek tu, INSYAALLAH next month akan buat lagi dengan lebih menariksss lagi chewah, bukan ape tak sabar nak potong dan tengok rainbow tu...
RESEPI ni akak sekodeng dari blog ITA MASAM MANIS, tapi akak cuma ikut resepi untuk kek je, yang cream nya belum cuba sebab yang ni baru testing yang penting rainbow tu dah jadi kan heee, akak cuma guna nutella je di atas setiap lapisan kek tu. Untuk ITA MASAM MANIS izinkan akak kongsikan resepi ni kat blog akak ya untuk rujukan anak2 nanti THANKS banyak2 sangat sedap kek ni dapat pujian dari Tuan Haji hahaha..
Resepi yang telah di alih bahasa oleh kak Zu.. hehe TQ kak Zu..
RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
AKAK hanya buat 5 lapisan je sebab loyang tu ada 5 je malas nak tukar2 lagi, dalam rajin tu ada jugak malas nya haha..
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
WALAUPUN comot kelihatan kek ni tapi rasa nya sangat sedap heee takde yang nak puji kan pasti adik2 blogger cakap sangat tak cantik dan comot, takpe akak terima bulan Januari dah tak lama pasti nak buat lagi untuk busday boy akak yang sorang terkonteng2 tu
KALAU hati dah suka comot pun nampak cantik je pada orang yang se umur hidup baru nak mengtest buat kek ni KESIAN KAN orang lain dah sampai jauh akak baru nak merangkak2 macam baby hahaha, tkpe janji belajar kan...
Rainbow Cake Testing For Birthday Next Month...
Reviewed by Unknown
on
December 18, 2012
Rating:
Assalmkum kak Noor.
ReplyDeleteOk la tu kak. Cantik jg. Sue pun first time jg buat rainbow cake ni. Kesian kan kat diri sendiri jg. Org lain kemain cantik deco. Sue mendeco comot kemain lg. Hahahaa
waalikumuslam Sue, mmg kesian lah kat kita kan nak mendeco pun tak pandai hahaha, tulah tangan kot salah Sue, tkpe kalau rajin pasti akak cantik macam orang lain jugak nanti hahaha, nk sedap hati sendiri ni Sue
Deletex penah cuba lgi buat kek nie kak...teringin gak nak mmbuatnya...:)
ReplyDelete5 kaler pun kira ok je nmpk kak...ttp kalerful !!!
akak pun first time ni mencuba Syifa, aduhh dok teragak2 lama dah baca resepi bagai nak rak seminggu lebih baru jadi hari ni hahahaa
Deletesalam syg kak nor..
ReplyDeletewahhh testing2..klu leh testing rasa best nie kak..zila x pernah buat lg..tunggu ler rajin nnt..he hehe cantik dah akk buat tue..tabikk springg..cantik layer dia.
sayang disayang Zila..
Deletetulah akak sendiri yg tengok macam bnyak yg kureng lah tapi nak jugak tunjuk kekurnagan tu, sbb baru first time lain lah orang terer first time pun dah cantik molek kan,kalau dekat nak suruh zila rasa lah..
Selamat malam kak nor, hehe...cantik juga hasilnya rainbow cake tu, bersemni bila dah potong, pasti sedapppp!!
ReplyDeletealahai Evelyn malu akak ni sifu2 kek dtg tengok kek yg comot tu sedap tu ok cuma tkde rupa je
DeleteAssalam Kak Noor.. sedapnya nampak kek rainbow tu.. nak sikitt.. :b
ReplyDeletewaalikmuslam Sheila.. alahai akak budak baru belajar ni Sheila aduii boleh kasi tapi jgn tengok tau terus je ngap dlm mulut tu hahaa
Deleteyang penting mencuba kak..sy terdelay je nak mencuba..hihihi
ReplyDeletetak susah snagat kalau kita dah buat Hasidah akak pun sama delay manjang tapi last2 berjaya lah jugak heeee
DeleteOkey... pass Kak Noor... next month cubaan kedua mesti lagi cantik
ReplyDeleteinsyaallah dik next month akan buat yg terbaik dari ini lah harusssss tu
Deletenampak pun dah sedap...
ReplyDeletenampak sedap sbb ada nutella tu Su tapi akak mmg tak puas hati sbb kecomotan dia tu hahaa
DeleteJanji sedap kak noor... comot belakang kira... bagi lah sepotong ehe :D
ReplyDeletekalau dekat dah bagi lah Yati ni jauh sngt kena naik belon lagi pasti kek ni dah tak sedap hahaa
DeleteAs'salam Kak Noor..walau pun testing tapi menarik kak..pelangi sudah semestinya cantik. tak sabar gak nak tunggu bulan January nanti hehehe
ReplyDeletewalaikmsalam Ct alahai malu lah kat Ct yg dah terer ni akak ni baru belajar nak buat kek lah Ct, dok geram lah tengok Ct buat macam2 nk cuba lah jugak insyaallah jan ni pasti lebih cnatik kot insyaallah hee
Deletepercubaan yang menjadi...cantik dah tu kak... selalunya yg comot itu ler yg jadi rebutan hehehe
ReplyDeletetulah dia Mas mmg jadi rebutan lagi comot lagi jadi rebutan sbb comot tu disebabkan oleh nutella haha rasa kecomotan dan kecoklatan tu bercantum heeee
Deletemmg terbaik ni kak noor, nak sikit !
ReplyDelete