Ayam Goreng Ala KFC


Assalamualaikum dan salam sabtu
Kat rumah kaknoor kalau takde ayam hari-hari memang tak sah lah
Anak bujang sorang tu mesti ada gorengan bila makan nasi
Kalau tak ayam, nuget ke, sosej ke, kadang fish ball pun kaknoor fryer kan 
Bila time rajin jadi lah ayam goreng ala kfc ni
Resepi nya tak lah susah sangat pun jom semak mana tau ada yang terbekenan..



Kaknoor bila dah jemu makan ayam ni kaknoor hanya ambik tepung nye saja yang crispy tu
Lepas tu tulang lembut di ayam ni, my pak haji memang tak suka tulang-tulang segala ni, jadi bini nya tukang gigit tulang haha..




Nampak tak "kecrispyan" ayam ni 
Jangan tiru bahasa tunggang langgang tu ya adik-adik kaknoor




BAHAN PERAP AYAM
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili *Kaknoor tambah 3 sudu

sedikit lada hitam tumbuk Kaknoor tambah1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto *Tak letak gantikan dengan sedikit gula
secubit soda bikarbonat
 2 sudu teh garam
 sedikit air

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah,





Kalau nak tau daun hijau atas ayam tu ada lah pokok thyme yang dipetik dari kebun kaknoor, wangi jugak bila di letak kat atas tu dan kalau  suka boleh buat ulam haha daun orang putih pun kita ulam kan je kan cicah sambal belacan..




Kalau ada ayam goreng macam ni anak-anak kaknoor biasa nya suka cicah dengan sambal kicap
Alah hanya sambal simple-simple je just potong-potong cili padi, bawang merah cikit dan perahkan limau kasturi, jika suka boleh potong kulit limau sekali, masukkan kicap manis dan masin.
Dah jadi sambal kicap ala kaknoor heee..



OKlah selamat menjamu mata untuk yang jauh ya
Yang depan mata boleh lah jamu selera
Andai salah silap mohon maaf di pinta
Jumpa lagi di lain ketika..


Ayam Goreng Ala KFC Ayam Goreng Ala KFC Reviewed by Unknown on December 17, 2016 Rating: 5

11 comments

  1. wah menjilat jari tu noor kalah ayam kfc n ayam goreng upin ipin yg disukai budak2 la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menjilat jari P
      Dapat gigit tulang ayam sedappnya
      Tpi isi tk mau hehehe

      Delete
  2. Macam nak cuba buat aje masa cuti nanti. =)
    Dan buat rasa nak pi cari ayam KFC aje ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha Faarihin sebelum buat mkn dulu lah yg Kfc betul2 tu, lepas tu baru buat yg mcm ni ok

      Delete
  3. Wah sedap ni kak noor ,nak cuba juga lah buat ayam goreng ala KFC ni.Tentu lebih sedap makan dengan sambal kicap tu....

    ReplyDelete
  4. Wah sedap ni kak noor ,nak cuba juga lah buat ayam goreng ala KFC ni.Tentu lebih sedap makan dengan sambal kicap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cuti2 bolehlah try Saniah gerenti anak2 suka ni kalau buat kepak ayam lagi best tauu

      Delete
  5. Sedapnya. Memang kena cuba ni. Sementara anak-anak sedara Rose ada kat rumah. Hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Thanks kak noor for the recipe. Nampak sedap ni! Hihi

    ReplyDelete
  7. Sambal kicap KakNoor tu aje yg sama style kakak tapi ayam goreng KakNoor aduhai kalau dah macam ini menggoda tak payahlah ke McD, Marybrown atau KFC lagi.

    ReplyDelete
  8. Abg Haji walaupun makan sedap tiap tiap hari tp body abg Aji tetap maintain ye KN. Perut pun kecut je hihi...Jangan marah ye KN, adik terskodeng dlm FB yg KN post hari tu hihi....Son and Dad katanya...

    ReplyDelete