Strawberry Homemade Jem Cupcake
Assalamualaikum
Salam hari minggu untuk semua nya
Musim cuti-cuti ni apa kata kalau adik-adik mencuba resepi ni
Mudah je sebab guna tepung segera optima
Bahan-bahannya
325 gm tepung optima ( tepung utk kek span instant )
175 gm mentega
5 biji telur gred A
50 gm air sejuk dari petiais
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya
Semua bahan-bahan diatas dimasukkan dalam mixer dan dipukul sehingga gebu dan putih
Masukan dalam loyang 10" x 10" nak bakar lah didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 220'C selama 30 minit
Ini versi sebiji kek, tapi kali ni kaknoor guna cup-cup kecil mudah nak makan takyah potong
Kurangkan masa membakar sebab kek ni kecil je pandai-pandai kurangkan suhu oven ok
Topingnya kaknoor gunakan homemade jem strawberry je malas nak bercheese lah konon kan
Boleh jugak menggunakan loyang 8" x 8" tapi mesti 2 loyang lah untuk buat dua lapisan.
Dah masak sejukan sekejab
Bahan untuk cream cheese
125 gm cream cheese Philadilphia
375 gm susu segar atau susu cair
35 gm gula
40 gm tepung jagung
1/2 buku cheese cheddar diparut boleh jugak dikurangkan
Campurkan sedikit air kedalam tepung jagung dan gaullah sehingga sebati,masukan susu dan gula dan kacau sehingga sebati masak di atas api dengan api yang perlahan sehingga pekat
Angkat dan tutup api masukan cream cheese dan gaul sehingga rata..
Lapislah kek span tu dengan cream cheese,letakkan kek span lagi sekali dan cream cheese dan akhirnya taburkan cheese cheddar yang telah di parut
Masukkan dalam petiais supaya mudah untuk memotong dan lebih sedap dimakan sejuk
Kaknoor sengaja tak letak cheese sebab nak rasa masam-masam manis jem strawberry dan buah strawberry tu, asyik dok bercheese saja kadang bosan jugak kan, sesekali insaf jugak haha..
Homemade jem strawbeery tu sebenarnya dari UK
Memang banyak botol kaknoor bawa balik dari dulu masa gi strawberry packing
Sedar-sedar berbakul-bakul di kutip tak habis makan maka jadi lah jem ni
Sedap sebab kita guna fresh strawberry lebih manis dan segar..
Untuk resepi jem nya
Kaknoor hanya masak buah strawberry yang di potong kecil lama-lama, takpayah masuk air tau, masukkan sedikit gula perang dan kulit kayu manis, masak dengan api kecil sehingga pekat dan hancur semua nya, itu je cara kaknoor mudah sangat..
Versi kecil macam ni senang nak masuk mulut
Tak payah kotor tangan nak potong-potong haha
Jom sila mencuba jika terbekenan ok..
Strawberry Homemade Jem Cupcake
Reviewed by Unknown
on
December 11, 2016
Rating:
Assalam kak noor
ReplyDeleteMmg lain la tektur jem stoberi h/made ni.Nmpk kaya dgn stiberi sebenarnya..kalau beli yg ready made tu cam pekat ngn tepung jer kan
waalikmuslam Lina
Deletememang sedap lah sbb kita yg buat sendiri ikut citarasa sendiri lah haha kann
terseksa tekak dan mata ni memandangnya kak noor..
ReplyDeletesabar lah duhai tekak Kam hehee
Deletekalau tekak minta diisi rajinkan kedapur lah Kam
Kak Noor... copet seketoi noo... bawak lariiikkk!
ReplyDeletehahahaha kalau hilang kat atas tu mmg Amie lah tu yg larikannn
ReplyDeletehhahaa
Assalamualaikum kak noor...merah stobery tu buat saya telan air lior...huhuuu.
ReplyDeleteassalamualaikum knoor. masakan kak noor tak pernah tak sedap.bilalah boleh kenal kaknoor ni so boleh makan :)
ReplyDeleteAssalam Kak Noor,
ReplyDeleteermm nampak sedap strawberry jem kak noor tu..
nampak pekat boleh terbayang kefreshness nya dan kesedapan rasa strawberynya tu..
memang strawberry kat luar negeri tu manis2 belaka..
kenapa yang datang kat negeri kita mostly masam2 eh..huhu
Nampak sedap kak noor ...
ReplyDeleteKak Noor, kek kecik2 gini senang nak makan. Just masuk mulut ngap gitu. Kerja tukang masak pun lebih senang.
ReplyDeleteCantik jadinya KN, kuning campur merah.....sedap dah tentulah kan.
ReplyDeleteSampai sekarang saya belum dapat aura rajin KN ni. Bilalah agaknya ek?