Nasi Kerabu Kelantan Ku


Selamat malam untuk semua nya
Hari ni kaknoor merajinkan diri buat nasi kerabu kelantan ni
Biasa nya menunggu customer order baru kami pun turut menumpang buat lebih
Tapi kali ni sebab lama dah tak makan anak-anak teringin nak makan
Jadi kena lah rajinkan diri membuat nasi kerabu ni
Petang semalam dah siap-siap buat kuah nya
Pagi ni sediakan nasi dan eksesori yang lain lah



Memang lambat menyediakan nasi kerabu ni, dari solok lada nya, sambal kelapa nya, penyedian ayam dan daging nya, sayurannya aduss kalau tak kuat hati memang tak jadi hari ni kan..
Pada yang rajin macam kaknoor WAH!!!!!!!!!!! sila lah ikut resepi di bawah ni ya dan buat memang berbaloii buat sendiri..





Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
 Ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada

Solok lada
Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali cili besar, rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, budu dan sambal.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, dan solok lada.
Nasi kerabu Kelantan sedia untuk di santap.




Kantan fresh dari kebun belakang rumah tau, lari lari pergi ambil dan terus potong, nampak kan "kefreshan" kantan ni heheee bahasa baru tu jangan tak tau..




Disini ayamnya kaknoor goreng je, daging pun sama sebab dah malas jugak berlama-lama kat dapur tu biasalah orang veteren ni kan, kalau orang muda tu lain lah..



Solok lada pun cili fresh dari kebun jugak, kebetulan ada cili hijau berlari-lari jugak pergi ambil kat luar, masuk dan terus korek segala isi nya dan masukkan isi ikan dan kelapa.
OK malam ni masih ada ni kalau ada yang nak singgah makan hehee
SELAMAT MALAM SEMUA NYA YA
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU JUGAK DAH TAK LAMA LAGI NI..


Nasi Kerabu Kelantan Ku Nasi Kerabu Kelantan Ku Reviewed by Unknown on December 29, 2016 Rating: 5

20 comments

  1. Salah satu majanan kegemaran PC ni kak...tapi belum pernah cuba masak sendiri...kalau beli biasanya PC minta dilebihkan ulamannya...kadang ikan atau ayam goreng sendiri..yang lain beli..tu minta lebih ulam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sngt kan nasi kerabu ni
      Dulu-dulu kaknoor pun tk tau jugak
      Tapi bila dh cuba mmg susah nk stop
      Apa lagi bila dapat sambal nya yg sedap dan pedas mmg terangkat hehe

      Delete
    2. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
      beri 4 angka [8895] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

      Delete
  2. Senang je ya kak noor masak sambal kelapa.. Fav reen letak sambal kelapa banyak2 kalau makan nasi kerabu.. Baru puas. Hehheee

    Reen ni pandai makan je kak noor.. Buatnya tak pandai.. Pssstttt. Sebenarnya tak rajin. Hehehee

    http://www.reenri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal kelapa letak ikan banyak lagi sedap Reen
      best kan nasi kerabu kelantan ni sana sini ikan

      Delete
  3. Saya tak makan kerabu sebab tak makan sayur..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja tak letak sayur Wa, makan dengan kuah nya dan ayam atau daging

      Delete
  4. Kak Noor, tabik spring! PH tak larat nak buat Nasi Kerabu. Too much work lah. Lain kali kalau Kak Nor buat lagi, panggil PH ya? hah..hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH tak ramai orang oklah tak larat nak buat
      lagi pun di sana boleh beli je kan
      tapi kalau di Brunei ni mana nak beli ??
      memang takde lah jadi terpaksa lah rajin membuat segala nyaa

      Delete
  5. salam wah kelantan punya nasi keabu dah ada dekat bruneihehehe pandai kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah suka negeri mana punya makanan pun kita akan buat dear heheee

      Delete
  6. Meriahnya kak!
    Nak bawak lari solok lada tu!
    Oppppss!
    Selamat tahun baru 2017 kak. Senyum-senyum selalu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. solok ni kena kuatkan hati nak buat Mie
      kalau tak mmg malas jugak ni
      jangan lah b awa larikkk
      dah lah buatpun sikittt je sekadar nak amik gambar hahaa

      Delete
  7. NASI KERABU KELANTAN MMG SEDAP TAMBAH DGN PRESENTATION MMG MENGAIT RASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih P kalau dah suka mmg terpaksa kena rajin lah jawabnya

      Delete
  8. Terliurnya tengok............lapar dah perut ni tapi baru pukul 4 pagi takde kedai express buka jual nasi kerabu.
    Bunga Telang tak habis-habis fresh stok tapi belum lagi buat nasi kerabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana boleh beli je nanti tunggu kedai bukak haha

      Delete
  9. Betullah kalau tak calang-calang rajin macam KakNoor ni mana boleh hidangan nasi kerabu selengkap macam itu. Kalau kakak dpt ni bestnya hihi...

    Itu ha KakNoor sambal kelapa dia pun dah sedap:)

    ReplyDelete
  10. Alamak.. remeh rupanya..
    Sha beli jelah sis.. hehehe..
    Tak kuat semangat..

    ReplyDelete
  11. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete