Pulut Noxxa Sambal Bilis IKan Goreng
ASSALAMUALAIKUM
Selamat petang pada yang masih sudi singgah sini ya
Hari ni menu lentok ni
Jom berpulut-pulut jom!!
Betul ke kata orang makan pulut boleh jadi ngantuk???
PULUT KUNING NOXXA
Bahannya
5 pot beras pulut (anggaran setengah kilo)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Daun pandan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kunyit serbuk untuk rendam pulut
2 keping asam keping
Caranya
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam dengan sedikit kunyit dan asam keping. Ikut petua orang tua bila letak asam keping ni bila masak pulut kita akan berkilat dan bersinar. Kaknoor rendam dalam 30 minit je.
2. Kemudian tos kan beras pulut dan masukkan ke dalam inner pot. Masukkan sekali santan, air, garam dan gula jugak daun pandan.
3. Tutup periuk noxxa, pusingkan tombol ke HP dan tekan 4 kali bermakna 4 minit. Bila dah cukup 4 minit noxxa kita akan berbunyi, sila keluarkan wap tekanan periuk tu, dan kacau pulut kemudian tutup lagi sekali dan steam kan selama 1 minit kemudian keluarkan inner pot tu supaya pulut tak berkerak.
4. Dah siap pulut kuning noxxa kita dan bolehlah dihidangkan dengan lauk pilihan.
MUDAH DAN CEPAT SEKALI KALAU MASAK DENGAN NOXXA NI KAN
Kebetulan ada ikan tamban fresh kaknoor goreng tepung, untuk makan dengan pulut ni, sedap rangup dan crispy hee, yang best tepung nya tu..
Untuk tepung goreng ikan ni kaknoor hanya campurkan tepung gandum, air sejuk petiais agak-agak je, sedikit kunyit dan garam jugak mentega/planta sedikit. Bancuh biar pekat sedang saja jangan terlalu pekat nanti tepungnya tebal dan tak crispy sangat. Celupkan ikan didalam bancuhan tepung ni dan gorenglah sehingga keperangan dan rangup.
Sambal bilis pulak mesti semua dah tau kan!!!
Resepi kaknoor lagi simple dimple ni hahaha
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan ikan bilis yg digoreng
4 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula
Hanya tumis dan masak je sehingga pekat dan likat memikat haha
Rasa lah ikut kesesuaian family, bagi kaknoor sambal bilis mesti ada rasa masin manis dan pedas baru kick kann, sedika untuk dihidangkan bersama nasi putih atau pulut atau apa saja roti pun ok jugak kan..
Memang sedap sesekali makan macam ni kan
Menu kampong yang tak lekang dek panas\
Tak lapok dek hujan lebat hahaa...
Pulut Noxxa Sambal Bilis IKan Goreng
Reviewed by Unknown
on
December 14, 2016
Rating:
sedapnya mkn plt.... mmg selalu org kata pas mkn plt msti ngantuk heheheh...
ReplyDeletelg2 klu ada santan kn
yalah tu memang benar lah tu kan Dana kata orang tua2 tu
Deletelepas makan pulut ni pakat2 tidoqqq hahaa
yum yum sedapnyer kak nor...:)
ReplyDeleteMesti geng suka pulut ni Sheila kannn
DeleteAmboi kaknoor.. Kita baru berangan nak buat pulut dia dah siap terhidang... :p yummy yummy
ReplyDeleteTkyahlah buat dinda Hazel mai makan sini je lah
DeleteDah terhidang jgn malu2 cepat2 lah ngap hehe
Sedapnya, Kak Noor! PH suka makan pulut tapi tak boleh banyak2 sebab nanti bertambah gempal hah..hah... Ikan crispy2 tu pun PH suka tapi tak pernah buat. Nantilah bila lebih senang, PH nak cuba masak. Sambal ikan bilis pun tak pernah masak. Since Kak Noor punya resipi nampak simple, PH test drive dulu ye hee..hee...
ReplyDeletePH mana gempal pun rasa nya kaknoor kot lgi gumuk dari Ph tpi tk takut pun mkn pulut selamba je maktok makan hahaha
DeleteTpi jgn ikut org tua dh tk sedar diri ni hihii
guna NOxxa mesti cepat dimasak, sedap dimakan...pulut kuning..
ReplyDeleteTulah yg best dgn noxxa ni Nohass semua nya cepat dpt save masa kita didapur
DeleteSaya suka pulut yang di kukus dari di tanak kak Noor.
ReplyDeleteSelera kita berbeza Sweetie hehe
DeleteTpi kaknoor asalkan cepat dimasak suka saajalah ahhahaa
aritu buat pulut kuning ni mcm x sedap pulak pakai noxxa jugak..nti nk try lg
ReplyDeleteKaknoor ok je pun El
DeleteMungkin El dh biasa guna kukusan kot
Air tk boleh bnyk sngt kalau noxxa ni nnt lembek
Senangnya ada noxxa, 5 minit jer siap, knoor, belanja piuk noxxa sebiji, mwehwhe..
ReplyDeleteHahahaa Zimahhhhh
DeleteAlahaiii kaknoor pun pak haji yg belanja ni hihi
Mmg best utk yg nk cepat dan to mau lama2 didapur Zimahh, kena pujuk2 darling zimahhh tu hehe
MAKAN PULUT CARA KAMPUNG GOI NYOK KUKUQ MKN DGN TAMBAN KERING GORENG NOOR HMM DAPTU
ReplyDeleteItu lgi nostalgia P
DeleteTpi kalau buat mcm tu kita saja yg mkn
Anak2 tk sentuh punn
Assalamualaikum kak noor.
ReplyDeletedatang sini je rasa lapar.
hihihi
Waalikmusalm Huda
DeleteAmboii lama tk singah sini
Lapar ke niii hahaaha
kelmarin makan pulut gak, tapi dengan ikan kering je. sedap kan kak
ReplyDeleteDgn ikan kering lgi sedap Rai
DeleteNnt kaknoor nk try mkn dgn ikan masin mesti power ranger habis ni
laparnya :'(
ReplyDeleteSilakan Unni jgn malu2 hehe
DeleteBerbunyi semula perut ini minta diisi.
ReplyDeletePulut kuning dan sambal ikan bilis semua tahu KakNoor
ReplyDeleteTapi cara hidangan KakNoor itu yg buat yg tengok telan airliur berkali-kali:)
kak nor, cantik hias makanan tu dengan skill tangkap gambarnya..bila tengok, berselera rasa..
ReplyDelete