Honey Garlic Chicken - Ayam Madu Bawang Putih


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk yang masih sudi berkunjung disini
Memasak memang dah rutin kaknoor, sesibuk mana pun memasak tetap nombor 1
Jom tengok resepi yang dimasak untuk hidangan di rumah dua tiga hari lepas
Baru bekesempatan mengupdate resepi disini
Resepinya di kutip dari pinterest lagi
Kalau kehausan resepi memang kaknoor akan cari di pinterest
Sebab lebih banyak resepi-resepi baru disana ...



Gambar tu hanya suka suki letak pegaga dilaman kaknoor
Thyme jugak dikutip dilaman usangku
Begitu jugak cili merah purple tu
Asal nak ambik gambar makanan mesti berlari-lari kat luar cari bahan deco haha..
Imagine lah sendiri cemana maktok ni berlari-lari haha




Bahan nya
1 ekor ayam kecil atau secukupnya part ayam yang di gemari
3 ulas bawang putih cincang
1 ulas bawang merah cincang
2 sudu besar kicap masin cair
2 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar madu
cili flakes secukupnya
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula merah

Untuk Sos nya
2 sudu kecil tepung jagung
Lebihan cecair dari ayam selepas di panggang

Cara nya
Panaskan oven 150'C ikut kepanasan oven masing-masing
Massukan kesemua bahan kecuali ayam dalam satu bekas dan gaul rata.
Letakkan ayam di dalam dulang pembakar
Curahkan bahan tadi diseluruh bahagian ayam
Boleh jugak di gaulkan dengan ayam sebelum dipanggang, ikut keselesaan masing-masing ok.
Bakarlah didalam oven 30-40 minit atau sehingga masak.

Untuk Sos nya
Ambil lebihan sos diatas ayam tadi
Masukkan dalam kuali, tambah dengan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih.
Kalau nak cair boleh lah tambah sedikit air atau sebaliknya
Nak sos yang sedikit pedas boleh tambah sedikit cili flakes
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan sayuran.



Suka sangat mengambil gambar makanan
Kalau ada yang boring tengok cara yang sama je
Sorry ya ini je yang kaknoor reti hehe..



Hubby kaknoor dah faham sangat, kalau tengok dalam pinggan lawa-lawa tu
Mesti dia tanya dah ambil gambar ke belum??
Sebab dia nak makan haha
Kalau belum mesti dia sabar menunggu 10-15 minit permaisuri dia sedang berfoto-foto dengan makanan haha..


Honey Garlic Chicken - Ayam Madu Bawang Putih Honey Garlic Chicken - Ayam Madu Bawang Putih Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

14 comments

  1. Nampak sedapnya...boleh cuba buat nanti...

    Terima kasih kak Noor. :)

    ReplyDelete
  2. KakNoor punya masakan dah sedap ditambah hiasan menggoda mata tambah terliur dibuatnya
    Cili purple tu kakak cari belum jumpa di Nursery. Org tu kata hujung bulan ini dia ada stok baru datang.

    ReplyDelete
  3. waduh2 sedapnya kak noor...
    terus perut rasa lapo... sedangkan baru td mkn ns lemak sebungkus kecik...

    ayam kak noor tu menggoda lh

    ReplyDelete
  4. Wah noor menarik sekali cara hidangnya boleh tiru ni..hias cantik2 mkn pun berselera.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ayam tu, Kak Noor. Untunglah ada banyak bahan2 deco kat laman. Cantik pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Kakkkkk..sedapnya..

    then chilies tuuuu.. wallahi. cantik dan tempting lah nampaknya.

    ReplyDelete
  7. Segar dan sihat pegaga kaknoor tu.. kalau buat urap tu sedap kak.. :)

    ReplyDelete
  8. Alahai kak noor. Makan lagi. Hehe. Sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  9. Hihi ....tabik spring kat abg Aji. Sporting betul. Mau jugak melayan. Maklumlah suri hati abg aji katanya hihi...

    ReplyDelete