Deviled Egg With Alfalfa Sprout Nest


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat berhari minggu untuk semua nya
Happy breakfast pada yang sedang breakfast ya
Menu hari ni yang simple lagi,  sedap dimakan cantik di pandang hehe
TERANGKAT BAKUL LA PULOK NI...


Terpulang citarasa sendiri lah nak gandingkan dengan nasi ke roti deviled egg ni
ATAU 
Meratah gitu saja pun sodapp sangat mudah menolan takde tulang kann




BAHAN NYA
4 biji telur saiz A direbus keras
1 biji ubi manis di fryer//dipanggang//rebus dilenyek *kaknoor fryer je 
Boleh guna kentang kalau tak suka manis
3 sudu mayonis
4 batang crabstick di rebus dan di hiris kecil
sedikit lada hitam tumbuk
sedikit garam dan perasa

CARA NYA
1.  Telur  yang telah di rebus di belah dua dan keluarkan kuning nya.
2.  Susun telur yang telah di belah didalam bekas yang sesuai.
3.  Campurkan telur kuning, ubi manis, mayonis, crabstick, lada hitam, garam dan perasa.
4.  Gaul rata dan rasa lah ikut kesesuaian sendiri.
5.  Masukkan dalam piping beg yang bernozel dan picit lah di dalam telur tadi.
Boleh saja sudukan je adunan dalam telur putih kalau tak nak masuk piping bag
6.  Hidanglah ikut kreativiti sendiri.

DISINI KAKNOOR GUNA ALFALFA SPROUT SEBAB MEMANG KEBETULAN DAH ADA DALAM PETIAIS, KES NAK MENGHABISKAN LAH NI...





Cepat je laris kat rumah kaknoor sampai terpaksa simpan sikit sebab ada yang puasa semasa kaknoor membuat deviled egg ni, kalau tak memang lesap semua nya haha
SELAMAT  MENCUBA YA MEMANG SENANG SANGAT PUN
PEJAM MATA PUN BOLEH SIAP ..


Deviled Egg With Alfalfa Sprout Nest Deviled Egg With Alfalfa Sprout Nest Reviewed by Unknown on December 18, 2016 Rating: 5

10 comments

  1. NAMA RESEPE PUN SECANTIK HASILNYA...KALAU NK RASA KENA CUBA RESEPI NOOR NI

    ReplyDelete
  2. menarik sama dengan namanya kaknoor

    ReplyDelete
  3. Kak Noor, sedap jugak telur buat macam ni. PH pernah dengar lah, devilled eggs tapi tak pernah makan atau buat. Lepas ni, kena cubalah. Sebab PH suka makan telur hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap PH kalau PH suka telor mmg tk cukup ni semua yg dlm gmbr tu, nnt kalau PH buat lebihkan telor ok hehe

      Delete
  4. Taugeh alfalfa tu makan terus dgn telur cantik KakNoor
    Kalau kakak dpt tak payah nasi pun tak apa:)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah terpikir nak buat telur mcm ni KN. Mmg kreatiflah KN ni. Bahan pun simple je ye KN.
    Cuma kena tunggu mood rajin mailah nampaknya

    ReplyDelete