Carbonara Pasta Alahai Sedapnyaaa..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Hari ni mood berpasta lah pulak
Dah dua tiga hari dok tengok pasta tu tapi dek kerana sibuk pendamkan dulu lah
Pagi ni ada sedikit waktu terluang, jadi berpesta pasta lah pepagi ni
Dah study resepi dari pinterest orang putih dah beberapa hari
Alhamdulillah pagi ni sampai lah hajat di hati
Bahannya pun dah beli lama kan!!
Kalau selera sendiri mesti tertangguh tangguh je..




Bahannya
1/2 peket beef rashers//beef slice dihiris agak kecil
1/2 peket spaghetti atau linguine
3 ulas bawang putih dicincang
1 cawan parmesan cheese*lebihkan sikit untuk tabur atas pasta nanti
3 biji telor saiz A
sedikit hirisan capsicum dan tomato
Boleh jugak letak mushroom kalau ada stok
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam//lada putih

Cara nya
Masukkan air secukupnya dalam kuali, bila dah mendidih masukkan sedikit garam dan pasta.
Masakkan sehingga ianya al dente 
Al dente maksudnya tak keras dan tak lembut sangat sedang-sedang gitu lah
Dalam mangkok lain pecahkan telor, masukkan parmesan cheese, garam dan lada sulah//lada hitam kacau sehingga rata dan ketepikan
Dalam kuali non stick atau kuali apa-apa lah yang kat rumah, masukkan sedikit air dan beef rashers ni dan masaklah sekejab agak-agak seminit dua, sebab beef rashers ni dah nipis tak perlu masak lama sangat.
Dah agak keperangan angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama masukkan sedikit minyak zaiton, masukkan bawang putih dan capsicum jugak tomato kacau sehingga bawangnya wangi, masukkan pasta yang telah al dente tu, kacau rata dan masukkan lah campuran telor dan cheese jugak beef rashers yang telah dimasak tadi.
Kacau rata dan taburkan sedikit lagi parmesan cheese dan pasli, kaknoor takde pasli letak je basil biar ada wangi sikit, dan sedia untuk di santap masa sedang-sedang panas tu.





Ada tak yang teringin pasta pagi ni?? Jom cepat kedapur tak susah sangat pun tak sampai setengah jam pun dah dapat makan pasta ni..




Alhamdulillah akhirnya sampai hajat kaknoor nak makan spaghetti carbonara ni, adoiiii tak payah cakap lah memang sedap sangat kalau nak kick lagi letaklah cili flakes kat atas tu, tapi ni versi melayu lah ya, orang putih hanya cheese parmesan saja diaorang letak ...


Carbonara Pasta Alahai Sedapnyaaa.. Carbonara Pasta Alahai Sedapnyaaa.. Reviewed by Unknown on November 07, 2018 Rating: 5

11 comments

  1. Replies
    1. sangat menyelerakan Nor dah lama tak makan homemade ni

      Delete
  2. dh time tgri nampak lak pasta akak ni, mmg terliur...
    udahla kita mmg peminat tegar pasta.... ni yg rsa2 mcm nk bt pasta mlm ni.... ke esok hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dah keletihan makan pasta ni kan Dana sorry ya terlambat respond

      Delete
  3. Nampak menggoda sgt tu Kak Noor, kalau dapat kat sy sepinggan alangkah bahagianya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hantu pasta ni Seri kan, kalau nak berbahagia buat lah Seri dapat makan berpinggan2 lagi bahagia kannn

      Delete
  4. ya Allah sedapnya makktokkk masakkk...nasib la dok jauh2..kalau dekat, mau memanjang order jer dr maktokkk nih..hheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik jugak dok jauh kan Juls kalau tak maktok memang tak menang tangan ni asyik terima order je hehe

      Delete
  5. Wah! Kak Noor punya carbonara, kalah yang Itali punya! Teruja PH nak try masak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha PH ni resepi asli diaorang juga guna telor dan parmesan cheese sedappp sangat PH boleh try lepas ni

      Delete
  6. It was thinking about whether I could utilize this review on my other site, I will connect it back to your site though.Great Thanks. Eminem net worth 2020: Eminem is a multi-platinum selling American rapper, producer and actor who has a net worth of $230 million. He is consistently one of the highest-paid entertainers in the world.

    ReplyDelete