Mee Rebus Maktok Noor

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semuanya
Salam hari ni minggu dan selamat beristirehat di hari cuti ni 
Apa menu hari ni? Hari cuti ada ke yang rajin memasak? 

Ini menu kaknoor dan anak-anak hari jumaat.
Hari jumaat memang hari berkumpul anak cucu jadi sebab ada yang request mee rebus makan tukang masak pun masak lah seadanya saja, disamping nasi goreng bodo-bodo sebab ada jugak yang tak suka mee, macam-macam kan selera budak-budak ni..



Sila jamu mata saja lah untuk yang bertandang hari ni ..



Bahan-bahannya 
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel direbus lembut
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar kaknoor guna udang hidup
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua 
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar, kemudian masukkan daging.  Kaknoor tak suka kuah mee ni terlalu pekat sangat, jadi kaknoor tambahkan air rebusan daging tadi. Kacau rata dan masaklah sehingga mendidih dan ikut kepekatan yang diingini. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.






Ini lah menu hari jumaat tu ada cekodok labu, nasi goreng, ayam goreng, biarlah takde yang merajuk kan jadi nya kaknoor masak je apa fav diorang semua..






Agak banyak songeh lah kalau nak buat mee rebus di hari yang sama jadi nya untuk tak letih sangat kaknoor masak kuah nya sehari sebelum, makna kalau nak makan hari jumaat, petang kamis kaknoor dah siap masak, panaskan je atas api selalu on off lah, alhamdulillah laris semua nya, mee kuning biasa habis licin di kebas anak-anak terpaksa rebus mee kuning kering 2 kali haha, takpe lah sesekali makan biarlah anak-anak ni puas hati kan..

Jangan tunggu lama nak cuba mee rebus ni ke ada yang pergi ke restoren saja untuk nak cepat hahaha apa-apa aja lah kan, tapi kalau kat restoren sekali je boleh makan, kalau kita buat sendiri dua tiga kali boleh kita ulang lagi tak habis mee tu kannn

Mee Rebus Maktok Noor Mee Rebus Maktok Noor Reviewed by Unknown on November 04, 2018 Rating: 5

5 comments

  1. kecur air liur tgk menu k.noor.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena cari lah ni Nor kalau dh kecur ai lio hehe

      Delete
  2. Aduhhh terliur tengok masakan KakNoor... sekarang ni jugak rasa macam nak pergi cari mee rebus! Hehe... :)

    ReplyDelete