Sambal Belacan Goreng
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang
Yang tersuka tengok sambal belacan ni bolehlah try untuk tenghari ni kalau ada yang terlewat masak tu ya, sambal belacan goreng memang best lagipun bila kita sudah masak masak ni ianya lambat sikit rosak walaupun agak lama diluar, tapi kalau sambal belacan biasa yang tak dimasak akan mudah berbuih kan!! Bila dah berbuih tu memang rasa nya pun dah tak sedap lagi betul tak!
Weekend yang paling sibuk dengan macam- macam aktiviti
Preparing untuk tempahan laksam esuk lusa, preparing kuih untuk majlis bertunang cousin hubby, jadi masak untuk tuan rumah pun ala kadar saja lah janji kenyang. Disamping sejenis lauk, sambal belacan goreng pun dah cukup lah kan untuk digandingkan dengan nasik putih ye dak!!
Ada yang tak tau buat samnal belacan ke disini?
Haha mesti semua dah tau kan! Cuma mungkin versi sorang sorang tu tak sama, sebab selera kita mungkin berbeza..
Jom tengok versi sambal belacan goreng versi kaknoor.
Kaknoor memang ulam apa pun masyuk je tak pernah tolak, kalau ulam untuk jadi ubat memang pejam mata makan haha...
Lagipun segala ulaman ni sangat berkhasiat nanti lah kaknoor share khasiat segala ulam ni ya..
Ulam apa saja pun boleh kita gandingkan dengan sambal belacan ni kita yang nak makan ye dak!! Janji happy je
BAHAN
10 biji cili Thailand merah * nak lebih atau kurang terpulang tahap kepedasan masing2 ya
10 biji cili Thailand hijau
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 sudu air asam jawa pekat
sedikit minyak
garam dan gula
CARA
1. Panaskan sedikit minyak, dan gorenglah cili merah, hijau, bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan layu.
2. Kemudian masukan belacan yang telah di hancurkan dan goreng lah dengan api yang agak perlahan sebab kalau api yg kuat belacan ni akan kehitaman dan hangus nanti tak sedap pulak sambal kita tu.
3. Dah masak semua boleh lah di angkat dan tos kan
4. Masukan bahan goreng ni dalam blender kering tu kisar lah sekejab je, kalau lama akan hancur sangat pun tak sedap jugak.
5. Akhirnya boleh lah di tambah dengan garam dan gula jugak air asam jawa, dan rasa lah ikut pilihan sendiri, bagi akak lebih suka sambal tu ada sikittttt manis memang menambat selera.
6. Hidangkan dengan ulam kegemaran dan ulam apa yang ada kat umah lah, semua ulam2 kat atas tu di tanam di sekitar rumah akak so senang lah teringat nak makan ulam berlari je kuar rumah...
Yang tersuka tengok sambal belacan ni bolehlah try untuk tenghari ni kalau ada yang terlewat masak tu ya, sambal belacan goreng memang best lagipun bila kita sudah masak masak ni ianya lambat sikit rosak walaupun agak lama diluar, tapi kalau sambal belacan biasa yang tak dimasak akan mudah berbuih kan!! Bila dah berbuih tu memang rasa nya pun dah tak sedap lagi betul tak!
OK SELAMAT MENCUBA YA KALAU SUDI LAH
Sambal Belacan Goreng
Reviewed by Unknown
on
November 03, 2018
Rating:
Waduh! Bikin awet muda ni Kak Noor! Jom makan ulam-ulaman.
ReplyDeletejom jom MIe, nak muda jugak ni macam Amie hehee
Delete