Udang Goreng Tiga Daun
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya
Kesibukan yang melampau membuatkan kaknoor stop sekejab untuk berblogging dua tiga hari ni
Petang ni Alhamdulillah ada ruang masa boleh lah berjumpa rakan-rakan alam maya disini.
Resepi yang sudah selalu jugak kaknoor masak kalau beli udang, selain dari buat sambal udang memang akan masak dengan segala daun ni.
Lagi banyak daun lagi wangi udang kita ni tau!! Tapi kalau ada yang kurang suka segala daun ni boleh lah letak sesuka hati asalkan ada wangi cikit kan..
Bahan
500 gm udang
Bahan perap
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar tepung jagung & sedikit garam
Bahan cincang
6 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai daun kari
3 tangkai daun kesum
6 tangkai daun selasih ( suka wangi daun ni )
Segala daun tu kalau nak kurangkan pun ok je kaknoor memang fav daun jadi memang letak banyak
1 biji bawang besar
1 biji cili merah atau beberapa biji cilipadi
minyak untuk menggoreng
Caranya
Buang kulit udang dan kotoran di belakangnya, tinggalkan bahagian ekornya saja, bersihkan
Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 2 sudu besar sahaja.
Tumis bawang putih dan bawang besar dan halia sehingga agak garing
Masukan cili merah atau cilipadi diikuti daun kesum, daun selasih dan daun kari yang telah dihiris kecil
Sentiasa kacau supaya tidak hangus, goreng sehingga garing
Masukan semula udang dan gaul rata.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih
Kalau masak udang macam ni memang sedap meratah ni, tak sedar dah habis sepinggan apa lagi kalau udang tu agak besar aduh cakap pun tak guna hehe..
Udang Goreng Tiga Daun
Reviewed by Unknown
on
November 10, 2018
Rating:
Mesti harum jer setiap kali menggoreng, tambah lagi ada daun selaseh tu, Kak Noor
ReplyDeleteSebab tulah kaknoor suka letak selasih tu banyak2 Seri biar harum sedapur sebadan dan se se galanya hehe
DeleteMmg lah wangi kalau ada daun selasih tu kan KN.... Saya ni apa pun boleh telan KN hihi ....
ReplyDeleteCuma tulah bila nak masak lain dari biasa, takut anak tak berapa makan...