Donut Labu Bakar


Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya
Ni pun gambar lama dalam laptop time blur dan moody nak berblogging
Biarlah gambar berbicara ya, dalam resepi ni kaknoor cuma ubah di bakar je 
Yang lain semua nya sama dengan resepi Izah
Thanks Izah resepi donut yang lembut dan sedap..


DONUT LABU RESEPI II ( Donut keledek oren )
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 
olahan : kak noor

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu *kak noor pun guna labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dengan bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Kaknoor tak goreng tapi bakar masuk oven je suhu nya ikut oven masing2 lah, kalau oven kaknoor 120'C untuk api bawah dan 100'C untuk api atas selama 12-15 minit
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.





Alhamdulillah donut pun dah habis, yang rajin boleh try resepi ni memang tak menghampakan percaya lah cakap kaknoor hehe, tunggu lah bila ada labu lagi pasti nak buat lagi..


Donut Labu Bakar Donut Labu Bakar Reviewed by Unknown on November 15, 2018 Rating: 5

9 comments

  1. boleh cuba ni kak noor..mudah sangat..::)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Gelang ni makan sedap Seri tak beeminyak hehe

      Delete
  3. Kak Noor, baguslah donut ni boleh bakar dalam oven. Selalunya donut deep fry, leceh. Satu lagi resipi Kak Noor yang PH mesti cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best PH masuk oven dah boleh rileks berbanding goreng kan

      Delete
  4. cantik betul kejadian nya ya kak, msti lemak manis nya sedap ni sbb pakai labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap lemak merdu gitu dana boleh try lepas ni

      Delete
  5. KN ...hihi KN siap bagi peringatan tu ‘siapa rajin’ hihi.... saya 2 hari lepas pun buat donat tp donat biasalah.... Teringin punya pasal.
    Nampak sedap tu KN .... saya jugak labu ni tp jarang beli, kalau beli pun cari yg dah kopek hihi

    ReplyDelete