Pulut Pagi Ikan Masin

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Alhamdulillah dapat bersiaran di alam maya pagi ni
Selepas breakfast dengan pulut pagi ni, terus ada semangat nak update blog hehe
Tak ngantuk pulak tu kan! Biasa nya makan pulut jadi ngantuk kan!!
Hehe apa apa lah kan mungkin sebab dah dua hari tak update jadi semangat berkobar sikit
Rasa mengantuk pun hilang lah kan..





Dah lama sebenarnya nak makan pulut pandan ni, sebab nak habiskan pulut, asyik dok postpone dengan benda lain je, biasa lah selera tukang masak memang selalu last sekali bila dah takde yang request nak itu ini baru lah boleh masak untuk tukang masak, nasib lah..

Resepi paling senang kan kalau nak makan pulut macam ni, cuma kena lah rendam pulut tu 1/2 jam awal sebelum kukus. Semasa rendam kaknoor letak paste pandan je sebab teringat nak makan ni waktu subuh masih gelap kat pokok pandan tu, dan jadi al malas lah nak keluar haha.
Oklah tu kan janji hijau je pulut tu.  Lepas 1/2 jam kukus lah pulut tu, kaknoor campur sedikit garam dalam pulut dan gaul rata, baru lah kukus sehingga masak.  Dalam 1/2 jam jugak lah nak bagi pulut tu kembang dan masak, bila pulut dah masak, keluarkan dan gaulkan dengan kelapa parut yang jugak di letakkan sedikit garam, kaknoor kukus lagi sekali dalam 5 minit gitu nak bagi kelapa tu masak sikit dan keluarkan lah. Boleh di makan dengan ikan masin apa - apa lah..
Kebetulan ada acar buah dalam petisejuk boleh jugak di gandingkan dengan pulut tu kan..
Alhamdulillah lama sangat tak makan pulut macam ni, kalau dulu dikampong memang selalu sangat pepagi sarapan macam ni, sekarang ni sebab nak makan sorang je jadi malas nak buat.  Pelanggan dalam rumah memang tak gemo sangat lah kalau macam ni..




Ikan masin tu free hehe ole-ole dari KK sedap tak masin sangat dan yang best rangup krup krap bila makan meratah pun sodap tu..




Yang nak resepi acar buah kaknoor letak lagi sekali ya

RESEPI ASAL ACAR BUAH
BAHAN 
 2 biji limau nipis direbus sehingga lembut campur gula dan garam sikit
Buah2 kering sukahati je nak letak, kat sini akak letak
Sedikit prun, limau kering, kismis
10 ulas bawang putih di belah dua
10 ulas bawang merah atau lebih di belah dua atau tiga
2 inci halia dihiris memanjang 
sedikit biji sawi dan bijan
1 sudu ketumbar yg sudah digoreng dan di mesin 
1 sudu jintan manis digoreng dan di mesin
1 sudu jintan putih di goreng dan dimesin
2 sudu cuka makan
2 sudu serbuk cili
3 sudu gula merah
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
5 biji cili padi


CARA
  • Buah limau yg sudah di rebus dibelah 4 *kalau tak suka isi nya boleh lah dibuang tinggalkan kulit nya,akak buang sikit lah supaya tak pahit sngt
  • Masukan 3 sudu minyak dalam periuk dan tumislah bahan hiris,bawang merah, putih, halia dan kulit kayu manis,  bunga cengkih dan bunga lawang jugak biji sawi
  • Kacau biarkan layu sekejab masukan bahan mesin jintan manis, putih dan ketumbar dan kacau selalu supaya tak hangus
  • Kalau perlu tambahkan sedikit air bersama - sama  serbuk cili  dan masukan bersama bahan tumis, kacau lah biar sebati
  • Kacau sehingga serbuk cili pecah minyak
  • Masukan buah2 an kering jugak limau yang telah di belah tadi.
  • Tambahkan cuka, air, gula merah dan garam dan bijan
  • Masak lah dengan api yang perlahan dan boleh lah di tambahkan dengan cili padi atau cili besar pada yang tak suka pedas
  • Tambahlah air kalau ia nya terlalu kering, acar ni lebih sedap kalau ada kuah sikit2
  • Dah cukup rasa masam manis pedas dan masin boleh lah ditutup api
  • Acar limau ni elok di biarkan semalaman baru di makan.

OKlah lepas ni boleh lah gi jalan blog kenkawan :)


Pulut Pagi Ikan Masin Pulut Pagi Ikan Masin Reviewed by Unknown on November 13, 2018 Rating: 5

5 comments

  1. Huiiiii...seeeeeedapnya.Lama tak makan pulut dengan ikan masin ni kak.

    ReplyDelete
  2. Kenapa sampai hati menyiksa jiwa dan raga sy, hahaha.
    Betullah kak noor, kita ni asek dulukan selera orang aje, selera kita last sekali, hihi

    ReplyDelete
  3. Saya ni kalau masak pulut mmg fail KN hihi.... Sebeum ni saya masak pulut tanak je KN tp bila dah try kukus pulut sedap pulak.

    KN kalau kita tak makan dengan kelapa nak kena buh santan tak kukus pulut tu?

    ReplyDelete
  4. aduhai sedapnya kak noor, siap ada color lg.... sgt menyelerakan lah tengoknya

    pernah bt jgk tp paling sedap yg mil buatkan heheheh

    ReplyDelete