Apam Yogurt Kukus



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi isnin semua adik2 bloggers
Pepagi gini tentu dah sarapan kan maklum kalau disini matahari dah tinggi segalah
Kalau belum sarapan memang perut keroncong dan berdondang sayang lah
Hari ni ter rajin sikit nak buat apam yogurt ni sebab yogurt dah nak expired tapi belum lagi kena guna
So daripada kena bagi kat Cik Pah baiklah Cik Noor yang makan dulu hahaha

Bahan2 nya

1 1/3 cawan gula
2 cawan tepung
1 cawan yogurt asli
1 sudu teh ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
pewarna kuning dan hijau,boleh jugak nak gantikan dengan warna lain,biasa lah orang Kedah memang tak dapat lari dari warna hijau dan kuning heeee

Caranya
Sediakan kukusan yang telah dipanaskan
Masukan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mixer dan pukul sehingga gebu dan putih
Asingkan 5 sudu besar dan masukan pewarna kuning
Yang selebihnya letakan warna hijau dan masukan dalam piping bag dan paipkan 3/4 kedalam cawan,kemudian paipkan warna kuning di atas nya dan kukuslah selama 15 - 20 minit sehingga apam kembang dan masak

KEMUDIAN DAH BOLEH SANTAP LAH DENGAN SECAWAN KOPI KE, TEH KE OR MINUMAN FAV MEMASING SEDAPPPPP NI DIMAKAN TIME PANAS-PANAS..



Apam Yogurt Kukus Apam Yogurt Kukus Reviewed by Unknown on May 28, 2012 Rating: 5

30 comments

  1. ina sekalipun tak penah lg wat apam.ni tengok pulak resepi kak noor buh yogurt...teringin teringin...ntah bila nak buatnye.warna cantik lembut yg pasti rasa sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina,memang lembut sangat apam ni tau tak sedar satu2 lesap kat dlm pingan tu,buatlah resepi yg sempoiiii je tu

      Delete
  2. Wah pagi pagi tengok dah ada apam. Cara membuatnya pun mudah, nanti boleh lah buat resepi Kak Noor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie memang mudah sngt blend je semua pastu di kaler kan pagi2 tk boleh complikated sngt tkde masa heee

      Delete
  3. fuhhh..mmng terliur tengok apam ni.....kaler pun cantik......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulutpayau,alhamdulillah secantik kaler nya sedapnya boleh tahan lembut bangatttt

      Delete
  4. Selamat pagi Kak Noor...
    wah..kaler ijo n kuning memang kaler kesukaan Rahel jugak walau pun Rahel bukan asal Kedah..tapi kan..pepagi macam ni memang ngam la pekena apam mekar gitu..ada yogurt..lagi la power tekstur dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi kembali rahel cayang!!!1
      pepagi gini tak boleh trlampu heavy biar ringan2 dulu nnt kalau heavy sangat jadi malas nak kekuntau kat dapur ,alhamdulillah rahel sangat lembut tekstur dia confirm tak cukup satu

      Delete
  5. wah elok je apam tu merekah...menawan ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cikwan yan buat mesti lebih menawansss sbb orang muda kan mestilah lebih terer dari akak yg dah tuttttttttttt n i heee

      Delete
  6. morning kak noor.. sedap apam tuh! cantik je merekah.

    aiskrim tu, dia x keras masa masuk fridge 30 minit tu, bila masuk frigde semalaman baru dia keras.
    mcm mana nk ckp ye...
    mula2 mix high speed 5 minit, pastu sejukkan dlm fridge setengah jam.
    pastu mix lg sekali high speed 5 minit, fridgekan sekali lg setengah jam.
    then mix high speed 5 minit, pastu guna wisk utk campurkan bhn2 lain dan perasa, lepas tu fridgekan semalaman =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Tun,sudi bagi maklumat lagi kat sini insyaallah macam dah faham dah lah ni pasti akak nak buat suatu hari yg rajin nnt,rasanya bahan2 semua dah ada kecuali biskut oreo je sbb oreo tu kalau beli mesti cepat habis punya heee
      thanks lagi sekli ya hehee syang Tun...

      Delete
  7. salam k.noor.. 1st nak beritau, panggil nor aje dah la ya.. segan sgt sbb k.noor lebih tua dr nor tp duk panggil k.nor pd nor.. hehe...

    2. rasanya ni resipi asal apam yogurt yg k.noor buat kut http://www.secubitgaramnor67.com/2011/05/yogurt-steamed-cupcakeapam-yogurt.html resipi yg nor amik kat rumah rima, dan dah ditukar nama lak tu :)

    mmg cantik mekar apam k.noor buat tu.. lama nor tak buat apam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Nor,hehee tu lah serba salah jugak jadinya mmg akak dah veteren gak ni heee
      tulah akak cek kat internet tengok ada nama rima tu,tapi tak tau lah sama ada siapa yg dulu buat ni so akak copy lah,jgn marah hah Nor,lagipun adik akak Balqis pun dah buat jugak apam yogut ni kat blog dia dah lama dah..
      tk kisahlah kan siapa yg buat dulu janji resepi di sharing2 dpt pahala jugak tu kan Nor..

      Delete
  8. Salam kak noor...mengapam lak kak,kali ni letak yogurt..mesti sedap,nak kena try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmlsam Iza,sesekali mengepam lah dik sedap dan lembut tau apam ni Iza try lah..

      Delete
  9. hmm.. apam yougart. tak pernah makan lagi ni. mesti sedap kalau try buat. asyik beli je kan, kalau buat sendiri leh menjadi ke ni?
    tak pe "practise make perfect" la katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah wantie buat sendiri lebih berbaloiii utk latihan jadi isteri solehah heeee get well soon ya wantie....

      Delete
  10. amboi gebunya..
    gebu dan lembut. Dah habis ke nor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibundo sayang,confirm dah habis sbb dah malam ni heheee esuk buat lagi ekkk ...

      Delete
  11. salam kak noor..
    sedap nampak apam tu kak noor.. elok naik merekah2 jadinya... lama gak tak buat apam2.. mcm teringin nak mkn apam kg tp malasnya nak buat tapai nasi tu.. alahii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Madiha..
      memang sedap apam ni lembut dan gebu tulah yg tak tak cukup sebijik dua mesti nk lebih heee
      sama lah akak malas nak buat tapai tu kalau ada yg jual lebih rela membeli lagi heee

      Delete
  12. Salam Kak Noor cayang wahh ni best ni.. cantiknya... terus teringin... Insyallah nanti sha nak cubalah.. tunggu bonda ada baru leh cuba kalau tak tak ada kawan nak makan.. sekarang jamu mata aje dulu kat sini :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmsalam Sha cayangggggggg
      bonda belum dtg ke?? ingat kan dah ada kat umah tu
      apam ni mmg sesuai lah utk bonda Sha hee kak noor pun dah masuk golongan orang2 yg suka apam ni sbb dia lembut dan gebus,jadinya makan mesti banyakkkkkk

      Delete
  13. As'salam Kak Noor

    kalau bagi ct apam tu ct boleh makan 5 ketul sekali ngadap, sebab sukaaaa hihihi. warna yang sangat cantik. ct pun kadang2 suka guna kaler hijau dan kuning :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmlsam CT,makasih sudi singgah dapur akak..
      dulu2 tkde kueh lain yg baru2 mmg kerj adok makan apam je hari2 kan,skrg ni baru lah macam2 menu timbul apa lagi kalau CT masak mmg ngancam..

      Delete
  14. Nampak soft apam tu kak...warna pun cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Love,thanks sudi singgah sini ya,memang soft dan sedap Love boleh try nnti..

      Delete
  15. Assalam kak Noor, sedapnya tgk apam akak tu...sana sini org tayang apam ni terliur lak tgk..bila nk merajinkan diri buat apam pun tak taula..hehe

    ReplyDelete
  16. Niezaa cayang apam ni yg paling mudah,pejam mata pun boleh buat ni mesti jadi punya heee

    ReplyDelete