Cornflakes Pedas


Assalamualaikum dan selamat petang semua adik2 blogger,hari ni masih lagi mood busy
walaupun hari pekerja sepatutnya COTI tapi disini tetap takde coti
malahan terpaksa keluar daerah lagi 
tapi apa nak buat dah tugas RELA KAN SAJA
hehehe banyak pahala tu kan..
jadinya untuk entri hari yang busy ni kak Noor kongsikan
resepi yang sangat mudah senang dan sedappppppp pada yang suka lah ya
pada yang tak suka cornflakes mungkin boring tapi kalau kat umah akak ni buat satu kotak besar tu tahan sehari semalam saja itu pun  hari anak2 sekolah 
kalau hari tak sekolah lagi cepat kosong tupperware cornflakes ni haha


Sangat sesuai untuk jajan petang2 lah sambil tengok tv ke sambil sembang2 kat luar beranda rumah tu  hee
Resepi ni selalu nya kalau hari raya kat Brunei ni dah jadi menu wajib tau setiap rumah mesti ada punya tapi kalau untuk hari raya boleh lah dimasukkan kedalam cup kertas tu supaya cantik dan mudah bila nak santap tu jom semak resepi mudah ni ...

Bahan2nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu  melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang*disini akak guna badam dan kuaci

Cara nya
Panaskan planta atau butter dalam kuali  yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi,masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak,kak Noot tak masukan garam sebab benda2 sampingan tu dah masin ,elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti ,masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup api
masukan cornflakes,bilis,kekacang,bijan dan gaul rata biar sebati
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil2 tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak2 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh2 senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..
tapi kalau malas dah boleh makan lepas digaul tadi tu ok

JOM KAK NOOR nak jajan ni letih balik dari ronda2 kampong tengok KAWASAN konon lah tu hehee
Untuk anak mama Kak Ejah sorry mama buatkan cornflakes fav kakak ni sebab Didi nak makan dan mama pun tumpang 2,3x insyaAllah nanti mama bawa kan dalam sebulan lebih lagi tu hehee,listkan senarai tau yang mana teringin tu ..
untuk adik Sarah dan Nabilah tak kisah lah nak balik jugak time summer ni kan baru full house nanti..


Cornflakes Pedas Cornflakes Pedas Reviewed by Unknown on May 01, 2012 Rating: 5

18 comments

  1. Nampak menyelerakan....raya nanti nak cuba buat la.Tq kak noor berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. sila try Norzie sedap tau anak2 akak suka sangat ni hehe

    ReplyDelete
  3. mmng nmpk sedap..nak cuba jugalah...tq sudi berkongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. thanks Yatie sudi singgah kat pondok akak ni ur welcome dik ...

    ReplyDelete
  5. nampak pun dah sedap.
    t kasih sudi singgah rumah kuning.

    ReplyDelete
  6. terimakasih rumah kuning ya sudi singgah sini jugak alhamdulillah kalau family rumah hijau ni mmg suka snagat ni

    ReplyDelete
  7. sedap cornflakes pedas ni, biasa buat cornflakes madu je. Nanti boleh buat versi pedas cam Kak Noor ni sbb anak2 saya memang suka cornflakes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan dik GErhana boring jugak makan conflakes gitu saja dengan susu,buat macam ni lebih ranggup dan pedas rasanya semua kanak2 suka conflakes ni kan

      Delete
  8. Salam kak noor! kita ada cornflakes kat esbok belum abis lagi, boleh cuba buat nii mesti sedap kan kan ada bijan sume haish! best niii, masuk list, minggu ni rajin kita buat cemil2 :D

    ReplyDelete
  9. wlikmslam IKa sayang,aduh cornflakes masuk esbok jugak ke,akak cornflakes masuk pawe ja hahaha masuk jgn tak masuk buat makan kenyang ok heheee

    ReplyDelete
  10. thanks kak noor kongsi resepi ni.tak penah ina terpikir nak buat cornflakes pedas ni.best2...tq.

    ReplyDelete
  11. Ina, kat Brunei ni sejak akak bermastautin kat sini orang2 sini dah start makan cornflakes pedas ni tu lah akak jadi ikut2an tapi mmg sedap lah try lah ya nak lebihkan apa kacang ke,bilis ke sedap U I tell U hehe

    ReplyDelete
  12. Salam kak Noor cayang... wahh sedapnya nanti sha nak buat. tapi cornflakes takde yang ada cococrunch nanti nak beli nak cuba macam kak noor buat.... kecur dah ni taw....

    ReplyDelete
  13. waalaikumuslam Sha sayang!!!!!! buat lah cococrunch tak mau sbb dia manis sangat,tapi kalau cornflakes ni sedang2 manis lah,bunyi tak ceria je hari ni sabar ye ingat kat abang amin ke NI,akak pun tumpang sedih tau RILEKS LAH SHA MACAM AKAK NI OK...HEHEHEEEE jom gelak sikit..

    ReplyDelete
  14. Salam kak noor..sedap ni..nak try lah,mintak resepi ye...kak noor.

    ReplyDelete
  15. salam Kak Norr hemm menarik ni ank2 pusu makan jajan yg pedas...leh le buat ada bebagai bhn dlm tu...nak pulak letak bijan dan ikan bilis....Tq resepi Kak :-)

    ReplyDelete
  16. ha.. lain dari yang lain. ada kuaci lagitu. nk cuba la raya nanti. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  17. Minta laluan Kak Noor,
    Teringin makan hot cornflakes/cornflake pedas? Lawat kami di resipiummi.blogspot.com

    ReplyDelete