Nasi Carrot ala Nasi Lemak Berjagung Bako


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk pengunjung setia yang sudi datang ke dapur kak Noor hari ni
dah lama tak bersiaran rasanya rindu lah pulak dengan semua adik2 yang comey lote kat sini  resepi simple je yang ingin dikongsikan  yang ala2 nasi lemak gitu
cuma nasi carrot ni ditumis dengan sedikit planta dan dtambah
jagung yang lama kesejukan dalam dalam petiais tu di bakar sekejab untuk menambah seri nasi carrot ni
walaupun hari minggu mesti jugak tak boleh off memasak biasalah semuanya tak suka makan kat luar mesti nak makan yang kat dalam umah jugak,tapi alhamdullillah lebih berkat masak dengan hati yang suka dan gumbira orang yang makan pun mesti SEDAPPP
orang lain tak puji tak kisahlah  janji  bakul ni akan naik sendiri  HEHEHEHEE...


Kalau hati senang bangun se awal pagi pun tak kisah untuk memasak makanan kegemaran family betul tak???? mesti ramai yg sokong akak kan heheee....


Bahan2 untuk nasi
2 cawan beras basmathi dibersih kan dan ditoskan
1 cawan carrot yang telah diparut
2 1/2 cawan air
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang
planta untuk menumis
sedikit garam

Cara nya
Bahan yang bertanda * di tumbuk halus 
Tumis bahan yang bertanda * dengan sedikit planta sehingga wangi,masukan kayu manis,bunga cengkih dan lawang ,beras,garam dan carrot jugak air secukupnya
pindahkan ke rice cooker dan masak lah nasi macam biasa dan jangan lupa tekan punat ON tau hehee

Bahan untuk sambal bilis

1 cawan ikan bilis goreng
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas  bawang putih tumbuk
sedikit ikan bilis tumbuk
garam dan gula merah
minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar dimayang
sedikit tomato sos untuk mengantikan asam sebab kehabisan hehe

Cara nya
Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak,masukan cili kisar kacau sehingga pecah minyak,masukan   garam dan gula merah jugak bawang besar yg dimayang
dah  cukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi kacau kejab dan boleh angkat
* Kak Noor guna gula merah untuk mencantikan dan memerahkan sambal,sebenarnya gula merah lebih cepat habis kat umah ni sebab  akak suka sangat masuk gula merah dalam kebanyakan masakan akak heheeeee

Bahan acar timun
Sedikit timun,carrot dan dan nenas dihirs kecil dan digaulkan dengan bawang besar,cili merah,perahan limau,garam dan gula
Jagung tu di bakar je kat pemanggang yg ada kat umah masing2 masa masih panas tu sapukan dengan sedikit planta,sosej comey tu sebenar nya akak dah panggang  sedikit tapi dah kena makan oleh SESEORANG so bila time nak bergambar sosej ku hilang hahaha nak cepat rebus je sikit aduiiyaii
apa nak buat takpe esuk2 panggang lagi banyak2 ekk supaya tak cepat hilang..


Nasi carrot bersambal,berjagung bakar,beracar dan ber sosej SIAPPPPP
JOM MELAYAN SELERA PAGI  NI....


Lepas makan ni kena CAU  kejab round2 kedai cuci mata JOM sapa nak ikut!!!

Nasi Carrot ala Nasi Lemak Berjagung Bako Nasi Carrot ala Nasi Lemak Berjagung Bako Reviewed by Unknown on May 13, 2012 Rating: 5

12 comments

  1. bila tengok nasi lemak akak ni...rasanya nyesal lak saya tak beli kat pasar malam jumaat lepas...nak buat sendiri malas...lagi pun nanti mesti makan berulang...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hai Q,nasi y gini mmg tak jemu dimakan apa lagi kalau smpainya pedas2 hahaha mau dua tigak kali tambah ni tapi mesti kena sedar diri selalu jgn over snagat kan bahayo tu,tkyah nyesal meh umah akak free U...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor..terima kasih pagi2 dah jenguk blog cikwan ye..selamat hari ibu untuk kak noor,.. turn cikwan insyaallah bila dah sampai seru nanti.kak noor doa2kan cikwan ye.. :)

    rajin betul kak noor ye..macam2 tu..sepinggan tu semua ada :) cikwan belum bfast lagi ni.. lapar pulak tengok nasi lemak dan jagung bako tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah cikWan cayang mesti ada tu nnt akak doakan ya sebelum jadi ibu pun dah terer masak mamcam2 dah jadi ibu nanti mesti lebih hebat kan Wan..

      Delete
  4. Mewah dalam sepinggan tu, semua ada....selamat berhari minggu kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zana,hari minggu kena lebih makan sikit sbb lebih kerja kan selamat malan zana..

      Delete
  5. Selamat HAri Ubu buat Kak Noor... Lain fesen sikit nasi Kak Noor ya.. nak kata alal2 western ... ada pulak traditionalnya... Fusion I guess..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucapan yg sama utk ogyep jgk rajin memasak lagi ya dan kalau boleh pos utk akak nak rasa,ala2 hentam gitu lah ogyep kan apa yg terlintas kat hati

      Delete
  6. lengkap dah menu kak noor..jom serbu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rohah,silakan serbu akak lagi suka tau boleh panggang lagi jagung tu meh cepatttttttttt

      Delete
  7. Noorrrrrrr!!!! sedapnyer...
    Sampai dah tak terkata dah ni.

    ReplyDelete