Ayam Goreng Ala KFC Ranggup & Spicy
ASSALAMUALAIKUM
Semoga sihat sejahtera hendaknya ya, ada seorang rakan fb pm minta resepi ayam goreng ni, kata nya cari-cari dalam blog kaknoor takde lah pulak, sebenarnya belum sempat menulis dalam blog, selalu jugak buat, tapi rasa nya resepi kali ni lebih up sikit sebab rasa nya betul-betul macam KFC kata anak-anak lah, resepi ni kaknoor jumpa kat blog BabyG, untuk Puan punya blog izinkan kaknoor letakkan resepi kat blog akak jugak ya sebab memang marbeles resepi ni boleh buat berulang-ulang kali rasa nya.
BAHAN PERAP AYAM
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili *Kaknoor tambah 3 sudu
sedikit lada hitam tumbuk Kaknoor tambah1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto *Tak letak gantikan dengan sedikit gula
secubit soda bikarbonat
2 sudu teh garam
sedikit air
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah,
Lebihan tepung kaknoor salutkan dengan brocoli dan caulifflower dan goreng tapi jangan lama sangat memang sedap di cicah dengan sos pedas.
Masa panas meratah gorengn ni memang marbeles sangat, rasa macam tak cukup je ayam dan sayuran tu hahaha..
Ayam Goreng Ala KFC Ranggup & Spicy
Reviewed by Unknown
on
December 03, 2014
Rating:
salam kak nor insyallah leh try nie..macehh share..ank2 suka aym goreng
ReplyDeletesama sini zila kalau ayam goreng kat sini pun larisss
Deleteyan nak paha 2...sayur tak nak... :-))
ReplyDeleteok yanti dua paha free satu sayap ok haha
DeleteSalam Kak Noor,
ReplyDeleteOh tidak... sedapnya ayam goreng rangup macam ni..
walikmuslam Iera thanks ya nanti akak berkunjung balas
ReplyDeletewalimusalam honey mmg terlajak laris honey gorneg cam ni tak cukup sektoii
ReplyDeleteAlhamdulillah Tak, husna boleh cuba kat budak2 ni...diorang mmg suka ayam.kfc ni.
ReplyDeleteAduhaiii,...sedapnya krup krap! Nak kena buat ni, Kak!
ReplyDelete