Ayam Penyet & Nasi Hujan Panas
Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semuanya.
Mesti waktu ni ramai yang dah masak dan makan, tapi untuk yang belum masak dan belum makan boleh lah try resepi ni, walaupun agak simple tapi menyengat jugak ni. Cuma ayam nya agak terlebih perang, tapi sedap jugak macam gitu, malas nak cakap hitam hahahaa.......
Jom tengok resepi boleh try kalau dah cukup bahan..
Thanks AMIE diatas resepi yang sedap
Nasi Hujan Panas & Ayam Penyet
Bahan-bahan:
3 cawan beras wangi
3 cawan air
½ cawan susu segar
1 inci halia hiris
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 batang serai dititik
2 sudu planta
Garam secukup rasa
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan
lawang
Sedikit saffron, pewarna merah dan hijau
Cara membuatnya
1. Panaskan
planta, tumislah bahan hiris sehingga wangi dan kekuningan.
2. Masukan
serai, rempah tumis dan beras kacau sehingga rata.
3. Tambahkan
dengan susu segar, air dan garam kacau
sebati dan masukan dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
4. Bila
nasi dah tanak, letakkan sedikit saffron, dan pewarna, tutup tudung periuk
lebihkurang 10 minit.
5. Buka
semula tudung periuk dan gaul rata dengan menggunakan garpu supaya beras tak
patah.
Ayam Penyet
Bahan-bahannya
1 ekor ayam
4 cawan air
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit segar
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara membuatnya
1. Ayam
dibersihkan di potong 4
2. Didihkan
air dalam periuk dan masukan bahan kisar dan ayam.
3. Tambahkan
dengan garam dan gula merah.
4. Biarkan
mendidih lebihkurang 20 minit tutup api, dan tos kan ayam.
5. Ketukan
ayam biarkan penyet dengan lesung batu dan panggang lah sehingga masak.
Sambal Ulek
Bahan-bahannya
15 biji cilipadi
3 biji tomato
1 biji bawang besar
2 sudu ikan bilis
Minyak secukupnya
Garam dan gula
Cara membuatnya
1. Goreng
cili, tomato, bawang dan ikan bilis sehingga layu.
2. Toskan,
tumbuk sekadar pecah-pecah saja.
3. Masukan
garam dan gula.
4. Sedia
untuk dihidangkan bersama dengan nasi hujan panas, ayam penyet jugak ulaman
pilihan sendiri.
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa
pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi
kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Boleh kurangkan cilipadi tu kalau nak kurang pedas, atau lebihkan kalau nak terlebih hot, selera masing-masing tapi bagi tuan umah ni lebih pedas lebih
Ayam Penyet & Nasi Hujan Panas
Reviewed by Unknown
on
December 19, 2014
Rating:
kak noor entri kak noor ari jumaat..tapi tarikh kat atas khamis...blog yan pun alami masalah yang sama..pukul 4 petang baru masuk ari jumaat...
ReplyDeletethanks yanty nanti akak betul kan, masaalah teknikal ni kena cari mekanik dulu,akak kurang arif jugak ni
Deletealhamdulillah adda confem sedappp
ReplyDeletesiap cari mekanik..hehe...kalau jumpa jalan penyeselaian bg tahu ok..
ReplyDeleteinsya allah hari ni mekanik dtg yanty ahaha
ReplyDelete