Tahniah Untuk Ishaizal & Noorsham Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua adik-adik blogger, alhamdulillah hari ni dapat bersiaran semua setelah bercuti selama seminggu di Kulim, Alor Star dan Kuala Lumpur. Syukur semua nya berjalan lancar.  Sila lah cuci mata saja dengan gambar-gambar yang tak lah seberapa sangat sebab cameraman pun yang ala-ala je pun haha...



Ni kaknoor tolong busy body adik akak sedang buat kuah bihun sup untuk salah satu hidangan kenduri yang sangat laris pada hari kenduri tu.


 Menu daging gulai dengan umbut pisang yang tak boleh miss disetiap kenduri di sebelah utara istimewa sekali Kedah dan Penang


 Acar limau menu nostalgia kegemaran semua.



 Ayam masak merah yang begitu menyerlah merah nya, tak tau macamana nak buat pilihan yang mana satu idaman kalbu.


 Tetamu sedang menjamu selera.


 Alhamdulillah selesai majlis kenduri yang sederhana tapi meriah.


 Bersama kekanda tuan punya kenduri dan adinda sepesen je kan hahaha..


 Alhamdulillah dapat berjumpa sanak saudara yang telah lama tak berjumpa abang, adik dan anak-anak saudara dan cucunda.


Alhamdulillah bertambah lagi sorang anak sedara baru Noorsham yang cute semoga kekal hingga ke jannah..


Tahniah Untuk Ishaizal & Noorsham Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat Tahniah Untuk Ishaizal & Noorsham Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat Reviewed by Unknown on December 18, 2014 Rating: 5

8 comments

  1. salam kak, balik kampung ye....tengok gulai batang pisang tu terus rindu keluarga angkat kt padang serai sana...bila tah nak pergi jenguk diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam nasa, mmg tak dpt lari dgn gulai batang pisang kalau kenduri kat kedah ni nasa, macam dh jadi wajib pulak, dan memang terlaris gulai ni, last sekali batang pisang tu yg kena cari yang ditinggalkan daging ja dlm pinggan haha

      Delete
  2. semoga pasangan pengantin berbahagia sehingga ke jannah..amin..amboi, rajin kak noor ya..menu tu semua nampak sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amennn BB mudahan ya sangat sedap BB terlaris di pasaran

      Delete
  3. Salam KakNoor,

    Cuti seminggu ni balik kampung kenduri kahwin rupanya ye kaknoor.. memang sedap gulai daging umbut pisang tu.. kakak saya baru ni kenduri kahwin anaknya, mak mertuanya siap bawa umbut pisang ni utk buat gulai kawah ni.. memang sedap...

    Selamat Pengantin Baru buat pasangan tersebut .. semoga kekal hingga ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yatie, terimakasih ya, memang kalau di kedah menu ni mmg tak dpt ditinggalkan tetap ada dalam mana2 kenduri, kaknoor pun tak puas makan mcm nak buat lagi je

      Delete
  4. Betullah selalu kakak perhatikan Kak Noor di utara punya kenduri mesti ada gulai batang pisang tu. Kakak teringin sebenarnya sebab tak pernah rasa dan tak ada pulak org yg jual di JB ni.

    Moga pasangan berbahagia hendaknya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya kakzakie kita berjauhan saya pun teingin lagi nk buat kalau tak boleh lah hantar semangkok, sedang skodeng pisang ni kalau ada yang boleh di umbutkan hahaha

      Delete