Puding Roti Salted Karamel Yang Marbeles
ASSALAMUALAIKUM dan salam manis semanis puding karamel untuk semua adinda-adinda blogger semua nya. Puding ni ada lah menu tertangguh sebelum cuti baru ni, tak sempat nak update, hanya mampu masuk draft saja, alhamdulillah hari ni dapat mengupdate resepi puding karamel ni, sedap dan lembut tekstur nya akak intai dari blog FIZA thanks Fiza dan ramai lagi yang telah mencuba resepi ni dan mendapat feedback yang sangat baik. Boleh lah cuba pada yang lain ya.
PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
sumber : K.Nor
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je
Makan masa sejuk memang mengasyikkan
Jangan tunggu lama-lama untuk nak buat ni memang sedap dan lembut, tak lama dapat simpan dalam petiais percaya lah haha..
Puding Roti Salted Karamel Yang Marbeles
Reviewed by Unknown
on
December 20, 2014
Rating:
No comments