Lopes Ku Ala Sushi


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang untuk semua nya, sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan kuih lopes ni, disebabkan hanya tukang masak yang teringin, yang lain agak kureng suka, jadi masa untuk membuat lopes asyik dok postpone je sehingga lah ke hari ni, kaknoor rajinkan diri, tak sihat sebenarnya selsema dan batuk tapi macam mengidam lah pulak nak makan macam-macam, nak beli lopes ni memang takde jual,jadi dah barang semua ada berkuntau lah kaknoor didapur usangku hari ni.
ALHAMDULILLAH dah dapat makan baru lah hilang rasa kempunan tu haha adoiii macam-macam saja perut ni kan..

Tak lupa kaknoor ucapkan ribuan terimakasih pada blog INTAI DAPUR dimana kaknoor dapat resepi lopes ni sebab ini lah pertama kali kaknoor buat lopes se umur hidup, dan untuk LIZA izinkan kaknoor letak di blog kaknoor jugak ya






RESEPI KUIH LOPES

Bhn2:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

  • Cara-cara

    1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula

    Untuk resepi ni kaknoor letakkan pulut di satu tray, tekan-tekan kan, kemudian taburkan kelapa parut di atasnya dan gulung, biar kemas dan padat. Kemudian letakkan sekejab dalam petiais supaya senang untuk memotong, jadi ala sushi lah sikit kan..kita yang buat dia kan terpulanglah nak cara mana, ikut kreativiti masing-masing .



    Lopes Ku Ala Sushi Lopes Ku Ala Sushi Reviewed by Unknown on December 26, 2014 Rating: 5

    14 comments

    1. Lain kali kalau tak da orang yang nak temankan kak Noor makan lopez tu, ajaklah saya... saya suka gak makan kuih jeniffer lopez ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau kuih pesen lama ni anak-anak tak reti nak makan, mamaaaa sorang je sendiri buat sendiri makan sweetie kesian kan

        Delete
    2. Dah lama tak makan lopes kak noor.. sedapnya tengok lopes kaknoor tu.. telan air liur jer petang hari ni..

      ReplyDelete
      Replies
      1. kaknoor pun kalau tk sebb ngidam mmg malas nak buat yatie hahaha

        Delete
    3. Sedap ni Kak Noor.
      Kalau di kampung kakak dulu bila ada majlis kahwin mereka buat balut daun pisang buat bentuk segitiga dah tu kukus. Sedap juga Kak Noor. Cara makan sama letak kelapa+ garam dan curah air gula melaka.. sedaaaap hihi...

      ReplyDelete
      Replies
      1. lopes ni boleh macam2 bentuk kan kakzakie terpulang lah pada kita sendiri yg nak makan best jugak cara kakzakie tu cantik jugak segitiga

        Delete
    4. First time dengar lopes ala sushi ni... Menarik jugak... He He He...

      ReplyDelete
      Replies
      1. tapi susah jugak nk gulung ni Scdha sebab pulut tu berat tak mau jalan kalau di gulung kecuali dipaksa betul2 hahaha

        Delete
      2. Kalu macam tu kena tukar nama... Lopez ala Sushi Ku Paksa... Gurau je... He He He...

        Delete
      3. HAHAHAA Scdha boleh jugak tu or lopez kerana terpaksa pun ok gak tu

        Delete
    5. hijau mu menawan..buat hati ku tertawan..jikalau tiada kawan..yan sudi temankan..

      ReplyDelete
    6. MasyaAllah, pandainya kak noor me-lopes...favourite saya ni (sambil tadah mangkuk hehe)

      ReplyDelete
      Replies
      1. syahida, kaknoor pun dah tunjukkan mangkok yg berisi lopes jugak ni nampak tak??

        Delete