My Koleksi Cucur Udang & Kuah Kacang Azie
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni memang busy dengan majlis jemputan kawin, biasa lah time cuti sekolah memang orang kawin disana sini setiap minggu. Resepi simple je yang kaknoor nak kongsikan hari ni cucur udang yang selalu jadi fav di rumah ni, ini ada lah antara koleksi cucur udang kaknoor, memang selalu guna resepi di bawah ni dan setiap kali buat mesti tak pernah cukup hahaa...
BAHAN NYA
2 cawan tepung gandum
20 ekor udang dibersihkan *nak kurang atau lebih terpulang pada kolestrol masing-masing ya
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah
sedikit daun kucai atau daun bawang di hiris panjang 1"
sedikit serbuk kunyit
sedikit baking powder
sedikit baking soda
sedikit cili flakes
air secukupnya
minyak untuk menggoreng,garam dan gula sikit
Campurkan kesemua bahan-bahan dan agak-agak lah bancuhan tu, biar agak kental sikit, jangan terlalu cair, untuk meranggupkan cucur udang tu semasa minyak sedang panas tu, masukan sesudu minyak panas dalam bancuhan, dan gaulkan biarkan rata baru digorengkan dengan menggunakan sudu atau senduk terpulang lah, sehingga kekuningan dan agak memang sedaplah kalau time panas-panas tu dihidangkan, apa lagi di gandingkan dengan secawan kopi kaw-kaw punya terbaikkk lah.
UNTUK kuah kacang kaknoor intai dari blog AZIE JAYA, untuk adinda Azie izinkan kaknoor kongsikan resepi kuah kacang Azie kat blog kaknoor ya, memang sedap dan marbeles..
Kuah Satay
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
600 gm kacang tanah - disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 sudu besar gula pasir - saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
2-3 cawan air
Garam secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halus
Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.
Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.
Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.
Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.
Pada yang tak pernah makan cucur udang dengan kuah kacang, boleh try ya, cuba sekali mesti nak berkali-kali insya ALLAH memuaskan hati semua..
My Koleksi Cucur Udang & Kuah Kacang Azie
Reviewed by Unknown
on
December 07, 2014
Rating:
fuh..puas hati makan cucur udang tu..nampak mewah dengan udang..heheh..macam best pula kuah kacang tu kak..x penah makan cucur udang dengan kuah kacang..menarik!!
ReplyDeleteorang utara semenanjung suka makan cucur udang dgn kuah kacang BB boleh try mmg sedap
DeleteSalam Kak Noor,
ReplyDeleteBaru pagi semalam saya buat cucur udang untuk sarapan hihi
walikmuslam dear honey, sma lah kita ya mesti ada extra udang kan
Deletesedapnya kak...hm...terliur jer klau ke blog akk...heheehe
ReplyDelete