Karipap Roti Sessi Pembersihan Petiais


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM sejahtera untuk semua nya, sebelum bercuti seminggu dari dapur, eloklah kaknoor update kan resepi yang senang ni, dah buat dulu frist time masa kat UK, masa menunggu anak kaknoor exam, memang sedap sangat, apa lagi cuaca yang sejuk disana menjadikan lebih sedap lah makan benda ni, hari ni sebab nak clearkan stok roti tu, jadi kukus gelek dan letakkan inti karipap yang dah ada, mudah kan kalau nak makan segera karipap, kaknoor syorkan buat lah karipap roti ni, memang berbaloiii sedap dan rangup.





BAHAN NYA
Beberapa keping roti
Secukupnya telur putih untuk melekatkan
Inti karipap secukupnya

CARA NYA
1.  Kukus roti lebihkurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis.
     Apabila kita kukus roti akan jadi lebih senang di gelek dan lebih nipis berbanding roti tanpa kukus.
2.  Letakkan inti karipap di atas roti, tutupkan dan potonglah tepi2 roti yg keras dan kepitkan dengan garpu.
     Ikut resepi Reen dia guna acuan karipap untuk buat karipap roti, tapi akak kat Uk ni takde acuan jadi 
     pikir punya pikir guna pisau dan garpu je.
3.  Dah lepas buat akak testing goreng malangnya karipap ni terbuka, lepas tu akak gam kan dengan putih
     telur dan goreng alhamdulillah karipap nya tak lah terbuka.
4.  Jadi sesiapa yang teringin boleh lah buat resepi mudah ni hanya guna roti je untuk kulit karipap dan
     sangat sedap dan  ranggup.



BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.


Kalau banyak roti dalam petiais yang lamaaaaaaaaaa tak ada yang makan elok lah buat karipap ni memang cepat je habis, inti nya boleh saja di tukar ke inti sardin ke, ayam or daging terpulang lah, hatta inti sayur pun ok gak, next time akak nk try inti sayur mesti lebih besttt.


Karipap Roti Sessi Pembersihan Petiais Karipap Roti Sessi Pembersihan Petiais Reviewed by Unknown on December 08, 2014 Rating: 5

10 comments

  1. sesekali perlu juga rehat...seminggulah mata yan tak menjamu masakan kak noor..

    ReplyDelete
  2. Balik kg kedah ke kak noor..
    baguih kak noor clearing stock roti tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah yatie, balik kedah anak sedara kawin kat kulim

      Delete
  3. Replies
    1. bukan rajin sngt pun cheqda tapi daripada bagi kat cekpah baiklah bagi kat cheq ot hahaha

      Delete
  4. Kreatifnya kak Noor... karipap roti tu comel je...

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak noor
    Wah dapur cuti seminggu...seronoknya..nak balik
    Kampung ya....selamat bercuti kak noor....
    Roti ni memang sedap for snacking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak noor, kak ruby pun nak balik kedah gak ni, balik gurun dan langgaq...
      sdp nmpak roti tu, bila nnti nak try gak lah mesti sdp....

      Delete
  6. yummyy..jimat masa tak perlu buat doh,kan kak..nak cuba lepas ni..tapi bab roti ni jarang ada baki nya..huhu

    ReplyDelete