Gulai Kambing Batang Pisang Menu Menyengat Kedah Mari
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni 25 disember, hari cuti awam, semoga kenkawan semua sihat dan walafiat hendaknya, sedih mengenangkan mangsa-mangsa banjir di pantai timur kan, tapi apa lah daya kita sebagai insan ini, hanya mampu berdoa semoga ALLAH lenyapkanlah air yang melimpah ruah disana sini tu, mudahan ALLAH mendengar segala doa-doa kita.
Berbalik pada resepi hari ni, ekoran dari kaknoor balik kampong di Kedah baru-baru ni untuk majlis kawin anak sedara, yang menu utamanya ialah gulai daging dengan batang pisang, tapi biasa lah selaku tuan rumah jugak memang sangat terhad masa makan dan nak bersantai-santai dengan gulai batang pisang ni, maka nya hari ni kaknoor masak lagi sekali kebetulan hanya ada kambing dalam frezer jadi kambing pun kambing lah kan, janji ada batang pisang muda hahaha, jom tengok resepi jom!!!
BAHAN NYA
A 1 kg daging kambing
dipotong dan dicuci bersih tos kan.
B 5 biji bawang merah kisar
4 biji bawang putih kisar
1 biji bawang besar kisar
5 kuntum bunga cengkih/lawang
3 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1 inci halia kisar
1 inci lengkus kisar
2 batang serai kisar
1 inci kunyit hidup kisar
2 sudu besar cili kering kisar
5 kuntum bunga cengkih/lawang
3 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1/4 cawan minyak untuk menumis
C 3 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat
garam dan gula
CARA NYA
1. Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis lah bahan B sehingga wangi dan
beraroma.
2. Masukkan bahan D dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan A kacau rata biarkan air dari kambing tu mengering dan kambing
lembut.
4. Masukkan bahan C dengan menggunakan api perlahan masaklah sehingga mendidih
dan santan pekat.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
C 3 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat
garam dan gula
sedikit air asam jawa
1 batang pisang yang agak muda supaya banyak batang yang lembut dipotong dan
direbus kejab
D 2 bungkus serbuk kari daging cap O (jenama Kedah mari )dibancuh dengan air
panas
CARA NYA
1. Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis lah bahan B sehingga wangi dan
beraroma.
2. Masukkan bahan D dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan A kacau rata biarkan air dari kambing tu mengering dan kambing
lembut.
4. Masukkan bahan C dengan menggunakan api perlahan masaklah sehingga mendidih
dan santan pekat.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Ada tak yang tergoda dengan gulai kambing ni memang terangkat U belum makan lagi dah ratah semangkok gulai ni hahaha adoiii cakap pun tak guna, hari ni off day diet hehe
Gulai Kambing Batang Pisang Menu Menyengat Kedah Mari
Reviewed by Unknown
on
December 25, 2014
Rating:
Kak Noor.... menggoda lagi... tergoda lagi... ni kari gulai kambing ni... adeeehhh siap dengan batang pisangnya, siap dengan rempah2ya yang sudah semestinya semerbak satu dapur!
ReplyDeletememang semerbak harum wangi Mie time masak ni pun dah tak sabar dah nk meratah gulai ni
Deletecicah tosei pun sedap ni..hujan2 ni bagus makan kambing buat hangatkan badan..hehe
ReplyDeletekalau gulai gini mmg sedap yanti cicah lah tosei roti canai dan sepupu sepapat dia mmg ngam sngt
DeleteNampak sedap tu....
ReplyDeleterasa nya sngt sedap Scdha susah nk stop kalau dah makan
Delete