Kuih Pisang Gulung Ubikayu Ala Sushi
ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, selagi masih ada selera nak makan, biar lah kan hanya nak merasa kuih ni sejak kak Wan letak di blog terus jatuh cinta, tapi memandangkan takde pisang, takde ubi sabo dulu lah, kebetulan ubi kat umah kaknoor dah terbenjol keluar minta di korek, maka nya tukang masak teruja sangat nak buat, pisang dah beli awal sampai dah hitam pun, jadi memang tak tunggu lama hari ni terus beroperasi.
Terimaksih untuk Kak Wan dari Resipicitarasawan izinkan saya letak kat blog jugak ya utk rujukan anak-anak
BAHAN NYA
650 gm parutan ubikayu
100 gm kelapa muda parut
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang tanduk/pisang nangka
100 gm parutan kelapa + sedikit garam dikukus sekejab untuk salutan
pewarna kegemaran
secukupnya daun pisang untuk menggulung
CARA NYA
1. Kukus pisang bersama kulit sebentar, biarkan sejuk, buka kulitnya.
2. Satukan ubikayu, kelapa muda, gula pasir dan garam, gaul rata.
3. Warnakan ikut kegemaran sendiri.
4. Ratakan 3-4 sudu di atas daun pisang yang telah dilayur, letakkan pisang di tengahnya dan gulung dengan menggerakkan daun pisang ke depan seperti menggulung sushi.
5. Gulung dengan padat dan sematkan dengan lidi di kedua hujungnya.
6. Kukus dengan api yang besar selama 15-20 minit.
7. Angkat dan keluarkan daun pisang dan golekkan di atas kelapa parut.
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pisau plastik.
9. Kuih pisang gulung ubikayu ala sushi sedia untuk di hidangkan.
Pencinta ubikayu memang sedap lah kuih ni di tambah dengan rasa pisang yang manis, memang sedap pada yang suka, yang tak suka sila pandang-pandang, jangan pegang-pegang haha..
Kuih Pisang Gulung Ubikayu Ala Sushi
Reviewed by Unknown
on
December 01, 2014
Rating:
Sedap tu kak noor...rajinnya pelbagaikan colour
ReplyDeletekaknoor fav ubi cheqda suka snagat kuih yg ada ubi haha
Deleteknoor……..kuih ni cheq pernah tgk gak dlm buku resepi org brunei ni. ingatkan kuih asli brunei. laaaa, pi mai pi mai dr malaysia tercinta jugak rupanya asal kuih ni.
ReplyDeleteohya ros, makna nya orang brunei dah try dulu lah dari kaknoor hahaha, sedap tau kuih yg ada ubikayu apa pun suka ni orang veteren ni
ReplyDeleteAssalamualaikum kak noor..
ReplyDeletecantiknya kuih gulung ni.. tak penah makan.. sebab ni pun festime tengok.. kalau anak2 kecik tengok mesti diorang suka..
sebab warna warni kan.. :) macam teringin pula nak rasa..
>> kak.. kalau masih berminat jubah yang nani promote tu.. masih available.. kalau nak akak boleh add nani kat fb atau wassup.. 016-5015451. TQ kak.. :)