Cara Mudah Semai Daun Sup // Sederi Hanya Di Tepi Sinki
Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua nya.
Apa kabar semua nya hari ni agaknya ya
Mesti ramai yang outing hari ni kan sebab holiday kan.
Jadi hari ni kaknoor nak kongsikan tips menjimatkan pada yang rajin sikitttttt je
Cara nya mudah je
Bila kita beli daun sup tu, kita jangan terus buang akar nya tu tau!
Tinggalkan agak-agak 1 inci dari akar tu dan rendam lah dalam bekas yang muat-muat je
Jangan terlalu besar pulak, masaalah nya bila bekas nya besar batang daun sup dia akan senget.
Biarkan batang tu lurus menegak ke atas dan kalau boleh biarlah padat macam yg kaknoor tu.
Penuh dalam satu bekas, masukkan air sehingga 3/4 penuh, kalau kurang tambah lah.
Letakkan je dekat dengan tingkap di dapur kita tu kalau dapat dekat dengan sinki.
Mudah untuk kita siram supaya tak lupa bila nampak takde air.
Nampak tak dalam masa seminggu daun sup tu sudah tumbuh panjang macam dalam gambar tu.
Kalau masa perlu dah boleh potong tu, tapi kalau masih belum perlu bolehlah biarkan saja.
Sehingga semua batang nya tumbuh daun.
Agak panjang daun ni tumbuh dalam masa seminggu, lebihkurang 6-8 inci
Akar nya pun dah mula tumbuh tu, lepas ni kalau kita nak tanam kat tanah pun insya Allah
Akan tumbuh sebab dah berakar pokok nya.
Mudah kan!! nak tanam daun sup ni, tapi bagi yang rajin lah, kalau tak rajin tu bolehlah sekodeng je kat pasar setiap kali nak buat sup no hal ...
Nampak tak tempat yang kaknoor tanam tu ? hanya di atas sinki tu je supaya mudah nak siram, bekas nya pun kecik je, tak menyemakkan mata kita jugak, bila perlu dah boleh potong dan insya allah dia akan tumbuh lagi lepas tu..
Cara Mudah Semai Daun Sup // Sederi Hanya Di Tepi Sinki
Reviewed by Unknown
on
October 04, 2015
Rating:
terima kasih kak kongsi tips ni... memang ada daun saderi kat umah tu. bolehlah batangnya sy semai balik senang tak yah beli sebab nak pakainya sikit, belinya secekak.. hehehe
ReplyDeletebetul tu Seri, kadang beli banyak dok membusuk je dalam petiais, sebelum dia membusuk eloklah kita semai je yg penting bekas tu mesti sesuai kalau dia bergoyang sana sini takut termasuk air akan lembik batang nya Seri, pastikan bahagian akar nya saja yg kena air dan sedikitlah batangnya kalau terkena pun ya..
DeletePernah cuba buat..tapi batangnya busuk dan tak tumbuh...agaknya sebab bekasnya terlalu besar..lain kali nak cuba bekas yang kecil sedekit..muat2 batang sup
ReplyDeletemungkin jugak yan, lepas ni kena cari bekas yg sesuai yg muat2 batang nya biar menegak jgn senget sikit pun tau, try la insya allah dpt makan hasil tanaman kebun sendiri tepi sinki heheee
DeleteSalam Puan Norrsiah, TKasih berkongsi ilmu. Saya memang suka bercucuk tanam dan dah beberapa kali tanam pokok daun sup ini terus kedalam pasu. Nasib tak menyebelahi, tak hidup pokok tu. Boleh cuba nanti ...
ReplyDeletewaalikumuslam FHA
Deletesama lah minat kita, akak pun suka tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan
yeke boleh lah try kaedah macam ni
insya allah yg pasti jgn terlalu banyak air, biar kita tambah sikit2 asalkan jgn kering dah lah
Mudahnya, kak. Nanti saya nak cubalah :)
ReplyDeletememang mudah utk yg suka farah kan
Deletetapi kalau orang tak minat memang payah ni rasa nya hehee
selamat mencuba farah ya
Dah cuba banyak kali buat bila nak pindah ke pasu terus mati..huu
ReplyDeleteyeke wani, kalau macam tu kena letak dalam pasu tecik ni saja lah gamak nya ya
Deleteselalu gak buat kak noor, cuma iar kena tukar selalu kan supaya tak busuk .
ReplyDeletebetul tu Ana, tukar selalu dan tak boleh banyak jugak air nya kan
Deletesenang , ambil potong letak dalam nasi goreng.suka aroma daun sup ni ...wangi saja
ReplyDeletememang senang nieda tambahan kita ni selalu dok ambik gambar makanan, kadang2 nak yg hijau kat atas makanan kita takyah lagi keluar cari daun kan, potong ja daun sup dah boleh ambik gambar keje kita pun senanggg
Deletemuddah utk dicuba ni rajin sikit jer...
ReplyDeletesenang je P potong ja masuk dalam bekas letak air dah siap kannn
DeleteJimatkan
ReplyDeletesangat menjimatkan ziela try lah
DeleteRajinnya akak....air paip sahaja ka akak guna
ReplyDeletemmg air paip saja Fida tak susah pun sebenarnya kan
DeleteSalam singgah sini kak noor...senang nya kan kak noor....bila nak guna tinggal petik jak...hihi
ReplyDeleteda cuba banyak kali.mest batangnye lembik busuk.walaupun dgn akar nya saja terendam...tapi kegagalan tak mematahkan semangat ni
ReplyDeleteda cuba banyak kali.mest batangnye lembik busuk.walaupun dgn akar nya saja terendam...tapi kegagalan tak mematahkan semangat ni
ReplyDeleteJgn banyak sngt letak air Hairi
DeleteAsalkan tak kering je
Jgn besar sngt bekas nya nnt pokok tkdpt menegak biar muat2 je ok
Cuba lagi insya Allah boleh dan berjaya
Kita nak tanam gak
ReplyDeleteoo. terima kasih kak. saya dah cuba cara akak. sebelum ni selalu tak jadi.rasanya, daun sup paling susah nak tanam. batang dia cepat busuk. saya malas nak ke market. jauh. tu yg cuba tanam. hairan pulak, mcm mana akak punya boleh jadi. bila saya eksperimen, rahsianya, akarnya saja yg boleh kena air. kalau kena sikit pada batang, terus rosak.����. dan daun sup tak boleh terkejut kalau baru balik dari market. kena buat mcm akak dulu, selang beberapa hari baru boleh perlahan-lahan kena matahari. terima kasih.
ReplyDeletekaedah sama saya buat pada ketumbar. sepupunya..
Delete