Masak Lemak Cilipadi Tempoyak Petai Pucuk Kayu


ASSALAMUALAIKUM
HARI ni kaknoor tunaikan resepi yang kaknoor janjikan semalam, ada tak yang suka masak daun-daun ni, pada selera veteren memang suka sangat dengan benda ni, sebab dah jemu dengan segala daging dan ayam, kalau makan ni memang tak pandang dah ayam daging ni.

Daun-daun kayu ni seperti, pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk mengkudu dan daun kunyit memang di ambil di sekitar rumah je, maklum lah rumah kampong memang banyak lah ditanam segala daun-daun tu, hatta cili tu pun di ambil dari pokok jugak. Petai tu sebenar nya dah lama beli disimpan FREZER untuk tahan lebih lama dan tahan warna hijau nya.  Terung pun dah lama jugak membeku dalam petiais tu, bila nak masak ni baru teringat, kalau kita gabungkan petai dengan terung, bila kita makan mulut kita kurang bau tau!!!
BETUL NI jangan tak percaya pulak..




BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..



Ada tak yang teruja tengok se kuali masak lemak tempoyak ni...



Kalau nak merasa kelazatan nya mesti kena try sendiri tau, tak mahal pun sebenarnya sebab hanya daun-daun kayu di sekeliling rumah je



Sebab dah alang-alang buat kaknoor memang masak lebih, lagipun masakkan ni boleh di frozenkan, lepas dah siap masak boleh masukan dalam bekas yang sesuai dan masuk je dalam frezer, bila nak makan kita panaskan je.
Mudah tak kerja tukang masak ni hahaha...


Masak Lemak Cilipadi Tempoyak Petai Pucuk Kayu Masak Lemak Cilipadi Tempoyak Petai Pucuk Kayu Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

49 comments

  1. Kak noor buat wawa terliur je pagi2 ni.. Hihi

    ReplyDelete
  2. Gulai tempoyak pekat!! Sedapnya! Baru saya tahu klu kita makan petai sekali dgn terung mulut tak bau. Thanks, Kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye farah makan petai dgn terung apa2 pun insya Allah molot tk bau sngt, kalau ada terung pipit lg best

      Delete
  3. wah...sedap nampak...kekuningan pula tu...saya pertama kali makan pucuk labu masa berusia 24 tahun....sedap pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk labu susah nk dpt Fida, lgipun kaknoor tkde tanam kalau tk mmg lgi bestt ni jd 4 jenis daun kayu

      Delete
  4. Yalah kak noor sedapnya,lagi lah selera veteran spt saya ni tentunya pucuk2 kayu spt ni yg menyelerakn.Tapi saya tak pernah lagi makan pucuk mengkudu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Saniah makan daun2 kayu ni rasa nya lebih sedap dri ssyur mahal2, mengkudu banyak kt umah kaknoor kalau Saniah nak

      Delete
  5. Aduhai Kak Noor, boleh mimpi lauk ni tidur tak lena. Ada petai dalam freezer tapi tak ada pucuk2 orang veteran makan, melainkan daun kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai maklong jgn lah sampai mimpi2 pulak mkn pucuk2 ni nnt ada yg meleleh kang hehe

      Delete
  6. tumpang tgk je laa sbb sy x mkn petai ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak tk letak petai Rin kalau tk suka

      Delete
  7. Replies
    1. serupa lah tu Acik kita suka bangatt dgn sayur mcm ni

      Delete
  8. Rasa mcm terbau bau harum tempoyak tu keluar dari screen PC saya ni kak...punyalah saya terliur ....lauk ni jer dah cukup buat saya bertambah-tambah nasik kak...nak2nya nasi panas2 tu.....akk ni kannnnn!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Aini mmg best sngt kalau trkeluar wangi tempoyak dri Pc ni dpt amik bau dulu sebelum dpt rasa yg betul2 kanmm

      Delete
  9. masak tempoyak daun2 kayu ni mmg amat menyelerakan noor xperlu ada lauk lain dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan benar belaka P kalau campur lauj lain mmg dh serabut dah biarlah lauk ni ja dgn sambal atau ikan pekasam kah kann

      Delete
  10. Assalamualaikum Kak Noor...sedapnye kak nor masak lemak cili padi..tp sy spesis orang perak yg tak pandai makan tempoyak..huhuu...tp suka je masak lemak ni sgt2.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erny, aduhh kenapa org peghak tk reti mkn poyak, org kedah brunei pun pandai mkn ni camno tu, tpi ok je tkyh letak lah kalau tk mkn kang pengsan naya tu

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. alahaiii sedap nya nampak kak nor... sllu dok makan pucuk ubi jer..yg pucuk2 lain tu tak pernah makan... hihi..
    boleh belajar ni sesuatu yg baru.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kombinasi semua pucuk2 tu lgi sedap Atie wangi nya macam2 kat dlm sayur ni

      Delete
  13. Kalau style orang nogori memang tak letak bawang kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih sedap tk letak bawang Sweetie laris ingt nk simpan frozen tpiiii tk sempttt

      Delete
  14. Mak saya tak letak terung tu Kak Noor. Tapi gulai tempoyak memang sedap sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Aini, mmg yg ori tk campur terung tpi versi kaknoor campur terung sbb sekaligus nk hilangkan bau petai kt molot kalau makan sayur ni bersama terung

      Delete
  15. Terliur kak Zai dibuatnya. Tengok dalam kuali ala sedapnya. Klau pergi Brunei boleh naik bas kena gagah juga ni kihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kakzai bestnya kalau dpt jumpa kakzai, itulah kan Brunei ni jauh sngt hee, kakzai tinggal kat mana ni? mana tau bila saya balik kampong boleh lah kita jumpa heheeee itu pun kalau kakzai sudi lah

      Delete
  16. Salam Nooriah, bila masuk blog Nooriah baru perasan. Rasa2nya saya pernah cuba resepi biskut crystal Nooriah punya Raya lepas...sedapp..cucu suka makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Mala, oh yakah, tak ingtlah la pulak ada kah saya pernah biskut crystal tu, lepas ni nak cek tengok..

      Delete
  17. Dah lama tak makan menu ni disebabkan durian.. :(

    ReplyDelete
  18. Perghhh cili padi... Mahu berasap ponggong SS ni... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berasap belakang kira SS yg penting sedapppp

      Delete
  19. Wa memang suka makan macam ni k noor..tapi..tak reti nak masakkkk...sedapnyaaaas.....nak sikitt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa, kalau berjiran boleh lah kaknoor antr semangkok ni

      Delete
  20. Masyaallah sedapnya Kak Noor....
    Tp saya kena ada protien jugaklah kak Nor kalau tak de , tak jalan jugak nasi panas pun hihi..... Ikan masin pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gu nya ikan masin atau pekasam ni hainom tpi kalau time lapau ini pun dh rahmat sngt janji kenyang kann

      Delete
  21. Bunda kalu pergi makan kat gerai Kak Non orang n. sembilan kat tempat bunda ni, mesti ambil sambal ni... kadang beli bawa balik juga...sedap, pembuka selera....nak buat tak tahu, lepas ambil resipi K.Noor ni boleh lah cuba masak nanti....terima kasih, bunda ambil resipi nyer tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik je resepi nya Bunda tambah mana yg kurang ya, sbb selera kita mungkin tk sama, tk suka petai boleh lupa kan je kalau kaknoor mmg hantu petai msk sambal apa pun nk letak petai je

      Delete
  22. Alolo..sedapnya Kak Noor. dah makan tadi. tapi lapar balik nih...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sayur ni berhantu Fidah boleh laparkan org yg dh kenyang hahaha

      Delete
  23. kak noor!! masakan mcm ni is my feveret!! masak lomak pastu pedas sikit letak lak tempoyak..waduhh..mkn nasi bertambah kalau gini...kenapa x letak bawang kak noor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hantu tempoyak jugak keJM? lagi pedas lagi best ni sayur ni ..
      pasal bwg tu sbb sayur ni style nogori mmg org nogori tk letak bawang nk save
      bawang kot haha

      Delete