Chocolate Strawberry Tart The Second Yummylicous
ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu adik-adik bloggers yang sudi singgah sini samaada meninggalkan komen tau just lalu ambik bau je, tak kisah lah tu, apa pun kehadiran anda sangat-sangat di alukan.
HAPPY WEEKEND pada semua nya, walaupun keadaan masih jerebu, banyak lah berdoa mudahan ALLAH menghapuskan jerebu jauh-jauh, memang tak buat aktiviti luar waktu ni, jadi apa kata kalau kita buat aktiviti dalam rumah saja, jo try buat chocolate strawberry tart ni, memang sedap ni, kali ke2 ni kaknoor buat guna biskut marie sebab oreo takde stok malas nak kuar haha, tapi kena adjust lah sebab biskut marie ni agak kering, kena banyak guna mentega cair. Tapi kalau ada oreo senang guna oreo sebabkan oreo ada krim nya tu jadi kita tak payah guna mentega yang banyak.
CHOCOLATE STRAWBERRY TART
Bahan nya
Strawberry segar secukupnya
330 gm biskut oreo di hancurkan
110 gm ( 1/2 cawan ) butter dicairkan
200 gm milk chocolate
100 gm bittersweet chocolate
200 ml heavy cream
Tart Pan yang sesuai
Cara nya
1. Biskut oreo yang dihancurkan dicampurkan dengan butter cair, gaul sebati.
2. Masukkan adunan oreo dan butter dalam pan tart yang panjang tu, tekankan supaya rata.
3. Letakkan dalam petiais dalam 20 minit untuk menyejukkan nya.
4. Milk chocolate dan bittersweet chocolate di potong kecil letak dalam satu bekas.
5. Panaskan heavy cream kemudian tuangkan heavy cream didalam bekas chocolate.
6. Kacau sebati kemudian tuangkan di dalam pan tart oreo tadi.
7. Susun lah fresh strawberry di atas nya, taburkan dengan sedikit badam dan sejukkan.
8. Potong dan boleh lah di hidangkan.
Honestly kaknoor suka yang guna biskut marie ni lebih rapuh, kalau guna oreo agak liat sikit, terpulang lah nak guna oreo atau marie ya.
Ini yang first time kaknoor buat memang resepi nya dah viral dalam fb suatu waktu dahulu, kebetulan kaknoor dah ada tart tin itu lah yang rajin sangat nak mencuba.
MEMANG sedap sangat gerenti tak cukup sepotong tart ni, tambahan dengan strawberry yang masam-masam manis memang marbeles, boleh try pada yang rajin hari ni or esuk ya.
Chocolate Strawberry Tart The Second Yummylicous
Reviewed by Unknown
on
October 24, 2015
Rating:
Sedapnya..mtk sepotong
ReplyDeletedua potong pun boleh kalau dkt cheqda
DeleteNak ciked...
ReplyDeleteutk SS nk bg banyakkkkk ni
Deletesedapnya teringin nk cuba juga ni...
ReplyDeletesenang je P boleh cuba asal ada strawberryy tuu
Deleteterliur lah kak Noor... macam nak buat aje..
ReplyDeletekalau Ita buat mesti lebih cantik dari kaknoor sbb Ita dah terbukti mmg dah pro sngttt buatlah Ita kaknoor boleh tengok cara Ita persembahkan tart ni ..
DeleteKak noor...sedapnyaaaaaaa...macam tengok Masterchef Australia je hehehe...lagi satu..sayang nak makan sebab lawaaa sangat2...
ReplyDeletealahaiii jauh sngt Wa bandingkan kaknoor dgn masterchef Australia tu, tu Ita yg atas ti baru setanding rasanya dgn masterchef Australia
DeleteSalam singgah malam kaknoor...sedapnya kak....tengok coklatnya tu buat terliur....
ReplyDeleteslmt pgi Diana..
Deleteboleh try lepas ni Diana tk susah pun sebab no bake
cntik nya kak noor.......nnti nak try lah
ReplyDeleteboleh saja kakruby try lah kt sini kalau buat mesti kejab ja habiss
Deleteterbaik dari ladang..:-))
ReplyDeleteladang mana ni Yan haha
Deletesedapnya, terliur tengok tau ... lagi satu, teknik kak noor tangkap gambar macam pro la, thumb ups :)
ReplyDeletealahaii biasa je pun Zie gmbr tu org lain lg hebat U..apa pun thnx lah diatas pujian ya
Deletep/s: just nak inform, setiap kali buka blog kak noor kan ... "thread has been detected"
ReplyDeletethanks Zie nnt akak bgtau anak2 sbb akak pun bkn pandai nk settle benda ni tau jalan je
DeleteAlhamdulillah jerebu dah beransur baik kan Kak...
ReplyDeleteohhh.. guna biskut marrie pun menjadik ye kak... sedap nampak tu....nyum...
boleh saja guna biskut merie Atie cuma agak rapuh mesti lebihkan mentega
DeleteSooo delicious Kak Noor :)
ReplyDeletethanks dear Lys
Deleteassalamualaikum kak noor..sy selalu baca blog kak noor :)
ReplyDeletenak tnya kalau kak noor guna biskut marie tu bakar or freeze ja?
thanks :)
waalikumuslm Maira, sama jugak kita freeze je tpi kalau guna marie kena lebihkan sikit mentega nya sbb marie tu kering jd nya dia mudah jd cam crumble tu jd pandai2 adjustlah gaul butter n marie sehingga betul dpt di tekan dlm acuan ya
Deletethanks Maira coz sudi baca blog kaknoor ya
Deleteterima kasih kak noor..will always support ur blog :)
Deletesedapnyaaaa
ReplyDeletekak noor...JM ni rajin makan je huhhu...tgk pun dah tahu sedap...ishhh..kalau lah kita berjiran kak kak noor...
ReplyDelete