Kari Mamak Style Tak Bersantan Sedap Dan Wangi
ASSALAMUALAIKUM
Salam sabtu untuk semua nya, ni kari pagi tadi anak-anak teringin nak makan dengan roti canai, jadi kaknoor buat lah kari takde santan ni, rupa nya yang takde santan ni lebih wangi tau, kalau basuh tangan tu walaupun guna sabun masih terasa rempah-rempah yang terkandong di dalam tu.
Tak percaya kena buat sendiri. Sesekali kita simpan lah santan tu dulu kan, rasa nya the next time kalau buat kari mesti tak mau guna santan lah sebab lebih sedappp dan power, lain kali try buat kari ayam ke, daging mesti lebih sihat tanpa santan kan...
Kebetulan rakan Fb kaknoor baru je buat kari takde santan ni itu lah macam teringin je nak cuba, bila dah cuba memang terlajak sedap.
Ini gambar dari Fb kawan kaknoor tu
Ini jugak gambar dari Maslinda
Ini pun tau
Kari Ayam Nasi Kandar ( tanpa santan)
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - di potong ikut citarasa dan dibersihkan
2 biji bawang besar dihiris (untuk tumis)
2 sudu besar pes bahan kisar~~~ halia (1 inci) + bawang putih (3 ulas) + bawang merah kecil (5biji)
2 biji cili hijau @ cili merah - di kerat 2
2 biji tomato - setiap biji dipotong 12
2 tangkai daun pudina
2 helai daun pandan
4 tangkai daun kari
2 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong 4
1 ekor ayam - di potong ikut citarasa dan dibersihkan
2 biji bawang besar dihiris (untuk tumis)
2 sudu besar pes bahan kisar~~~ halia (1 inci) + bawang putih (3 ulas) + bawang merah kecil (5biji)
2 biji cili hijau @ cili merah - di kerat 2
2 biji tomato - setiap biji dipotong 12
2 tangkai daun pudina
2 helai daun pandan
4 tangkai daun kari
2 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong 4
Air secukupnya (anggaran 1.5liter) atau ikut citarasa kepekatan yang anda diperlukan
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil asam jawa adabi
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Bahan2 rempah
5 sudu besar serbuk rempah kari babas
1 keping kayu manis ( anggaran 2 inci )
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kas2 - optional
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk garam masala
1 keping kayu manis ( anggaran 2 inci )
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kas2 - optional
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk garam masala
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila dah naik bau, masuk daun pandan....perlahankan api dapur...
- Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila dah naik bau, masuk daun pandan....perlahankan api dapur...
- Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih & bawang merah kecil...
- Bila campuran ini mula keluarkan bau wangi, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, serbuk kunyit,jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes)...
- Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah disaluti ketulan ayam dalam 3-4 minit...Proses semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan....
- Masukan bahan perencah bersama sedikit air...Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum...
- Masukan daun kari di ikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah...Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
- Masukkan air dan diikuti ubi kentang dan tomato... Kemudian masukkan juga garam, pati ayam, pes asam jawa & sedikit gula...Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit....
- Kecilkan api dapur dan biarkan kari dalam keadaan mereneh selama lebih kurang 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna...Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya...
-Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air yang panas mendidih...Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
- Masukan tomato, cili hijau @ cili merah dan garam masala dan garam... Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari....
- Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan kari dah siap untuk di hidangkan...
- Taburkan daun pudina di atas kari dan hidangkan..
Tips:
1. Kepekatan kari anda bergantung berapa lama anda masak kari anda dan biasanya faktor yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collagen dalam ayam semasa proses renehan kari....Collagen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher.... Jadi, untuk hasil yg lebih sedap gunakan kaki ayam dan leher dalam masakan kari...
2. Sekiranya anda ingin bubuh santan boleh juga.. Untuk seekor ayam lebih kurang 1/2 cawan santan pekat dah memadai..
Terimakasih banyak untuk Maslinda yang sudi kongsi resepi ni, memang sedap sangat, sesuai bangat untuk di cicah dengan roti canai, capati atau seumpama nya. Anak-anak bagi 10 markah oklah tu memang mama nya kembanglagi dan lagi lah kan...
Kari Mamak Style Tak Bersantan Sedap Dan Wangi
Reviewed by Unknown
on
February 20, 2016
Rating:
Waah semua hidangan nya bikin ngiler....ntar suruh ibunnya masak menu seperti di atas ah...
ReplyDeletehidangan biasa saja TP tapo boleh aja di suruh ibu nya masak ya
Deletewaww masakannya bikin saya laper ka. salam kenal dari saya.
ReplyDeletesalam kenal dari kaknoor jugak Kang
Deletesaya dah biasa masak kari tanpa santan sebab malas nak beli santan ... heheheee
ReplyDeletemmg Vee sihat walafiat ni tanpa santan ksnn
Deletesy memang biasa masak kari tanpa santan..memang kt rumah ni jarang masam menu berasaskan santan..entah sy ang tak berapa suka..jadi anak2 n suami jena ikut la tekak org yg memasak..nasib kt rumah ni jenis yg tak milih..apa kita masak sedap je bg derang.hehe
ReplyDeletenmpk meletop kari kak noor
mesti PK dah lama sihat ni sbb tk suka msk guna santan, bestnyee akak ni pantang tengok santan nak je masak aduhh
DeleteElokkan sekali kala tak pakai santan.
ReplyDeleteDiana biasa bile masak kari ikan je tak letak santan.
mmg sedap Diana tk letak santan kan lagpun lebih la sihat sikit kan
DeleteSaya pun baru buat kari daging tak de santan KN...tp tak delah nampak menyelerakan mcm gambo KN ni, maklumlah chef amatur yg buat katanya hihi...
ReplyDeleteSaya tu kisahnya sebab tak de stok santan kat rumah, tu yg tak buh santan. Tp bagus jugaklah sebenarnya....
kari daging mmg sesuai sngt tkde santan anom sbb daging ada lemak2 dah mcm santan jugak tu.
Deletegambar bukan boleh mkn Anom yf penting kari Anom sedapppp kan
Sedapnya nampak kuahnya tu... encik hubby saya hantu kari.. .hahahha boleh la try yg tak de santan ni...
ReplyDeletesama kt rumah kaknoor ramai yg hantu kari, kalau nmpk lebihan m kari mesti anak2 nak suruh goreng roti canai lagi Nora hantu jugak tu roti canai haha
DeleteDah lama tak masak kari...
ReplyDeletekari yang paling best adalah yang mak saya masak.... nyum nyum...
kari paling tah hapa2 ... kari yg saya masak... hihihi... tp blh lh makan... hahaha
memanglah Huda tk boleh lawan masakan ibu sendiri paling best in the world, tpi bila Huda dah jadi ibu nanti mesti sedap jugak tu kari nya kannnn
DeleteSy mamak ... Sy dulu duk bujang dgn member melayu... Satu hari nk masak.. Dapur bahan2 tak cukup... Sy nmpk ada kicap, kuah rojak, serbuk kari dan lebihan acar dlm peti ais... Sy campur semua bahan tu jadi kari.. Deme mkn kata,sedap dan unik.. Sy masak tk pikir ada bahan jadi laa masakan...
ReplyDelete