Kebun Tepi Rumah Ku SyurgaKu


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk semua nya.
Semalam melawat kebun tepi rumah yang diusahakan oleh pembantu hehe..
Kaknoor tolong tengok je..
Taklah banyak sangat tanaman nya, untuk hari ni kaknoor tunjuk sikit dulu ya..



Sebenarnya lebihkurang 2 minggu lepas memang nampak timun ni berbunga lebat.
INgat belum ada buah yang jadi.



Sekali bila di sekodeng dekat-dekat menang betul dah agak besar jugak buah timun ni.
Alhamdulillah kali ni baru best dapat makan timun hasil tanaman sendiri lebih sihat kan takde racun segala.



Lagi buah timun yang dah besar memang best terpaksa kaknoor bongkokkan badan untuk mengambil gambar timun ni tau!!



Ini kebun kesum kaknoor, hari tu dah nak mati dan kering, lepas tu kaknoor potong, dan selalu siram dengan air yang banyak-banyak, kalau terendam lagi baik kesum ni, lepas tu tengok lah subur kan kesum ni anytime boleh buat asam pedas, laksa, nasi kerabu dan apa saja yang tergerak nak letak kesum ni kan.



Jagung pun dah tinggi jugak ni, alhamdulillah dapat bibik yang rajin buat kerja luar, sekurangnya hijau lah sikit rumah kaknoor yang dulu nya agak usang haha...
Sekarang ni sana sini hijauuuu....


Mesti ramai yang dah tau bunga telang ni, biasa nya kita ambil bunga telang ni untuk buat nasi kerabu, tapi baru ni ada kawan kaknoor bagitau bunga telang ni boleh buat jus jugak tau, tapi belum cuba lah, jadi biru lah jus ni, tapi kalau ada yang tak suka biru boleh perahkan air limau dalam jus ni dan warna nya akan bertukar pink, kabar nya lah kaknoor belum try lagi.  Jugak boleh buat laksam bunga telang jugak wah banyaknya kegunaan bunga telang ni kan...

Tunggu masa santai sikit kaknoor nak buat laksam bunga telang hehee
Angan-angan dulu mudahan menjadi.

Kebun Tepi Rumah Ku SyurgaKu Kebun Tepi Rumah Ku SyurgaKu Reviewed by Unknown on February 29, 2016 Rating: 5

27 comments

  1. sejuk nyer tangan akak menanam! haishh untung nyer segar dan petik je tepi rumah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bibik yg mula kan dulu idzwa lepas tu kaknoor pun geram baru turun padang jugak

      Delete
  2. Sukanya tgk daun kesum..segar bugar nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas dipotong mmg jdi segar sngt kesum tu cheqda

      Delete
  3. Kalau ruang tanah dah tersedia jgn kata bibik, kakak pun suka KakNoor
    Tengoklah subur bukan main. Puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin dgn tak je kakzakie kita ni kan, bila dh tengok mcm ni mmg nk tanam lagi dan lagi

      Delete
  4. Bila lah nak dapat aura menanam ni. Niat tu dah ada dah. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada niat tk lama lagi lah tu Ain nunggu masa je tu

      Delete
  5. SUBURNYA TANAMAN NOOR...SEDAP TIMUN MUDA DIULAM TU RAPUH MENGUNYAHNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk berani nak ambik lgi timun tu sbb masih ada tajam2 tu P haha

      Delete
  6. Seronok kak zai tengok subur tanamannya terutama daun kesum tu.Kak Zai tanam asyik mati aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesum kena air yg banyak kakzai, dia mati tu mungkin kehausan tk cukup air kot

      Delete
  7. Wah suburnya tanaman di taman Kak Noor. Geram tengok.. Mak Long suka berkebun, tapi terpaksa bergaduh dengan rusa. Tanam bawang dan asparagus jer mereka tak usik. Kak Noor, bunga telang tu bentuknya macam serupa dengan bunga morning glory ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah maklong hobi kita suka dengan hijau ni, eh ada rusa ke maklong kat US tu? syoknya dpt tanam asparagus mahal tu disini.
      lebih kurang jugak sama dgn morning glory maklong cuma bunga telang kelopaknya bersusun2

      Delete
  8. bila agaknya tanah seciput sebelah rumah dapat di manafaatkan macm ciknoor.Seronok tengok hasil kebun yg segar bugar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok bila dh jdi mcm ni mokja, insya Allah ada lah tu tanah ceciput jdi kebun sayur hehe

      Delete
  9. Alhamdulillah..
    Sejuk sungguh tangan bibik kaknoor tu..
    Elok berbuah timun tu kak..
    Geram pulak saya tengok .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bibik ni mmg suka tanam yatie, pernah kerja kat malaysia dulu katanya sampai minta tanah dri majikan nya nak usahakan pelik tapi benar ni yatie haha

      Delete
  10. alhamdulillah rezeki kuar timun ya.. menjadi hasil tanaman tu... buat aca timur sedap ni.. hehe..

    Blogwalking sini..

    Jom dapatkan freebies header background / turial / sedikit ilmu SEO dan banyak lagi..

    Klik link ini Header Bacground Percuma

    ReplyDelete
  11. Bestnya ada kebun tepi rumah.... benda benda asas gitu kalau tanam sendiri senangkan KN. Agak agak nak masak, pergi je tepi rumah.....pergh mmg best tu!

    ReplyDelete
  12. pokok pe x de kat umah kak noor ni..serba serbi ada ni ;)

    ReplyDelete
  13. Bestnya tengok kebun kak noor. Subur-subur belaka.

    ReplyDelete
  14. Bestnya tengok kebun kak noor. Subur-subur belaka.

    ReplyDelete
  15. Bestnya tengok kebun kak noor. Subur-subur belaka.

    ReplyDelete