Nasi Ulam Kedah Mari Penuh Ulaman Segar Keliling Syurgaku

ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk yang sudi singgah ke blog kaknoor.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi ulam yang dah lama tak buat.
Sesekali buat memang tak cukup sebab anak-anak pun suka.
Dulu-dulu masa anak-anak kecik kaknoor jarang buat sebab anak-anak tak suka sebab kata diaorang nasi tu ada SAMPAH hahaa..dulu kalau buat memang kami berdua je yang makan.
Tak sedar rupa nya anak-anak mama dah besar panjang, dah diaorang semua nya suka pulak makan bila dah besar ni, nampak nya kena buat selalu lah ni kalau dah ramai peminat nasi ulam ni kan.

Resepi nasi ulam kaknoor intai dari blog CIK MILAH tapi kaknoor taklah ikut 100% sebab kita yang buat dia kan sukahati dan ikut selera sendiri lah


Kak noor letak apa saja ulam-ulam yang kaknoor tanam disekeliling rumah je, apa yang ada je lah, tapi nasi ulam ni tak lah semestinya nak yang perfect ikut resepi kan, boleh ikut selera sendiri jugak.


 Ini bahan-bahan yang telah kaknoor hiris dan tumbuk
Yang hitam sangat tu kerisik, serai, kantan, daun ulam, ikan masin dan campuran bawang merah, lengkuas dan lada hitam jugak bawang hiris.

 Ini lah rupa nasi kerabu setelah di gaul dengan segala macam tu.
Biasa nya nasi ulam di makan dengan asam pedas keladi tapi masa nak buat takde lah pulak keladi jadi kaknoor masak asam pedas ayam je oklah tu janji asam pedas ....


Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah

Bahagian nasi: 

Nasi putih secukupnya. 
Tanak dan sejukkan, 

Ulam-ulaman :

pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurangnya 3 jenis
Pilih pucuk yang baik 3-4 helai bagi tiap jenis.
Kesemua ulaman dimayang halus.

Rempah segar :

Setiap satu jenis di tumbuk berasingan
Sedikit lengkuas - tumbuk halus
3 batang serai - hiris halus dan tumbuk
1 susu besar lada hitam - tumbuk halus
5 ulas bawang merah di mayang nipis-nipis

Perasa:

I keping ikan kering yang elok isinya. Saya guna isi ikan talang.
1 cawan kelapa parut

Ikan kering di goreng kemudian isinya disiat atau ditumbuk halus

Goreng kelapa parut menjadi kerisik.



Menyediakan nasi:

Gaulkan semua bahan ulam, rempah segar, perasa bersama nasi hingga bercampur sekata. Masukkan sedikit garam jika perlu. Saya tak letak garam dah, cukup asin dari ikan kering tu...

Asam pedas batang keladi

Bahan-bahan.
1 batang keladi di siang dan di celur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering
2 inci belacan
sedikit udang kering
2-3 keping asam gelugur
Ikan kembung jika suka
Garam secukup rasa

daun kesum


Kisar semua bahan ( kecuali keladi dan ikan!)

Masak bahan kisar dalam periuk bersama secawan air hingga terbit bau
Masukkan 3 cawan air dan asam gelugur, rebus lagi hingga mendidih.
Masukkan keladi dan ikan. Rebus hingga keladi lembut.
Rasa asam garamnya, tambah apa yang patut jika perlu.

Rasanya mesti seimbang masam masin dan pedasnya.


Hidang dengan nasi ulam.


Tak cukup semangkok nasi ni mesti nak tambah hahaha



Apa nak buat masa teringin nak masak nasi kerabu takde keladi lah pulak, jadi asam pedas ayam lah jadi habuan nya.  Ayam pun ayam lah kan, resepi asam pedas ayam boleh klik kat sini ya.

OKlah ya kalau ada yang tergerak hati nak buat nasi ulam meh lah umah kaknoor banyak ulam-ulam segar keliling rumah boleh lah petik je takde yang melarang. 
Sedap sangat nasi ulam ni tau nak sedap letak lada hitam lebih sikit adusss panasss tapi besttt.


Nasi Ulam Kedah Mari Penuh Ulaman Segar Keliling Syurgaku Nasi Ulam Kedah Mari Penuh Ulaman Segar Keliling Syurgaku Reviewed by Unknown on February 10, 2016 Rating: 5

34 comments

  1. sedapnya kak nor nasi ulam tu, ini memang menu wajib ada masa berbuka puasa dikampung dulu-dulu, tapi sekarang takde siapa yang nak membuatnya sejak arwah mak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh sedihnya kaknoor dengrAzra
      kalau U dkt dgn kaknoor nak jugak kaknoor kirimkan sepinggan dua ni

      Delete
  2. Assalam kak noor, saya suka sangat nasi ni..versi utara..makan dengan asam pedas keladi..kalau bulan puasa mesti nak makan nasi ni..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalam Sue, betul tu nasi ulam mmg berkwn rapat dgn asam pedas keladi baru lah naik selera siapa yg mkn kan

      Delete
  3. Replies
    1. org utara mmg tk tahan ni tengok nasi ulam ni Siti kannn

      Delete
  4. Replies
    1. Eyda suka jugak nasik ulam ni ? confem selera utara ni

      Delete
  5. Adui... sedapnya nasi ulam tu kak noor... teringat dulu pernah buat sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Cheqsu pernah buat jugak? rasa nya yg peenah mencuba nasik ni mmg banyak kerajinan kan sbb banyak songeh jugak nasi ni dari penyediaan nya tu

      Delete
  6. Sedapnya...nasi pun harum aje ada bau bunga kantan. Tak lepas peluang klau pergi Pantai Timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok nya kakzai kan kalau nk mkn ada je boleh beli tpi disini apa saja tingin nk mkn kena godek2 sendiri lah

      Delete
  7. Replies
    1. sangt harum dgn ulaman segar tu Rai mcm nk buat lgi lah

      Delete
  8. Saya tak pernah makan nasi ulam kak noor..
    Nanti nak cubalah..
    Tengok resepi senang ajer tu cuma banyakan ulam2 tu ye kaknoor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish yeke ni yatie, rugi tau kalau tk pernah makan mmg sedappp ni boleh cuba nnt kalau tk caya haha

      Delete
  9. wah org kedah yg xlupa dgn nasi ulam kedah ini...di rumah tunggu bulan puasa baru mak kak buat heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah P org kedah pi tang mana pun nk jugak masak sytle kedahan dia tu kan

      Delete
  10. Eeemmmm... sah mesti sedap ni KakNoor
    Kakak suka nasi ulam ni. Lagi banyak ulamnya laaagi sedap
    Tak payah lauk lain pun tak apa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kak zakie alhmdulillah so far ao good, klau ikut veteren mmg nk letak bnyk ulam tpi mikirkan budak2 ni trpaksa kurangkan sikit ulam ty

      Delete
  11. saya first time makan nasi ulam ni masa gi alor setar tahun lepas...mak member yang buatkan...mmg sedap...
    tapi pada yang tak reti makan sayur mesti tak suka nasi ulam ni kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu Ida kalau tak makan sayur mmg diaorang ckp nasi tu ada sampah hahahaa
      penggemar sayur mmg the best menu ni lagipun berkhasiat jugak dgn segala bahan2 serai lengkuas fresh tu

      Delete
  12. dh lama xjenguk sini...pe kabar kak noor??? harap2 sihat laa yee hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kabar baik je deanna apa kabar, kaknoor pun lama jugak tak jenjlan kesana hehee
      alhamdulillah kaknoor sihat walafiat tambahan dok mkn nasi ulam ni

      Delete
  13. nasi ulam memang rasa segar selepas makan, biasa bulan puasa dapat makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat snediri tak bulan puasa pun boleh kan BabyP hehe

      Delete
  14. Menitik tik tik tik ayaq lioq... terlioq
    Tak boleh jadi ni... nak kena pi caqi daun-daun ulam nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah FHA takyah nak tunggu bulan posa kalau ada daun ulam2 kat umah nooo buat sendri lagi best

      Delete
  15. Apa???? Ayam asam pedas......sedap ratah ni

    ReplyDelete
  16. Cikna pun orang utara tapi xpernah pun tau pasal kewujudan nasi ulam ni... Febret "si dia" ni,klu "si dia" request blh wat rujukan kat sini

    ReplyDelete
  17. cikna orang muda lagi maka nya tak tau sangt
    anak2 kaknoor wlaaupn masih muda2 tapi diaorang dah pandai makan nasi ulam ni tau hehee
    silakan rujuk sini kalau nak buat nanti ya

    ReplyDelete