Pengat Ubikayu Gula Melaka Sedap & Manis Menawan


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi dan semoga sejahtera hendaknya.
Pagi ni kaknoor nak kongsikan sekali lagi resepi ubikayu, al maklum lah bila dah banjir dengan ubi kayu dah tak tau nak buat apa dah.  Teringat dah lama tak makan pengat ni, maka hari ni jadi lah menu pengat ubikayu manis menawan ni, resepi nya mudah sangat pun...




BAHAN NYA
2 batang ubikayu di rebus sehingga masak, potong kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka, nak kurang atau lebih terpulang selera masing-masing
3 helai daun pandan
sagu secukupnya di rendam dengan air sejuk
sedikit garam

CARA NYA
Masukkan santan cair, daun pandan, sagu, gula melaka dalam periuk. Masaklah sehingga mendidih denga api yang sederhana.  Tambahkan dengan sedikit garam, ubikayu dan santan pekat. Pastikan kita selalu kacau supaya santan tak pecah minyak.  Kalau santan dah pecah minyak pengat kita dah tak cantik dan rasa pun menang kurang lemak sebab santan dah jadi minyak hehe kan. Pengat ni sedap dimakan di waktu bila-bila masa saja yang kita rasa nak makan walaupun tengahmalam takde yang melarang kan....



Ini ubikayu jenis kuning, kata orang Brunei ubi mentega, memang sedap dan lembut sangat.



Dah tersedia sesudu tu ada tak yang minta di suap kan!!!


Memang lemak manis dan sedap sangat pengat ubi ni, lagipun ubi ni baru di korek, pastu terus masak adoiii cakap pun tak guna lah, Jamu mata ok wahai adinda-adinda kaknoor semua.



Pengat Ubikayu Gula Melaka Sedap & Manis Menawan Pengat Ubikayu Gula Melaka Sedap & Manis Menawan Reviewed by Unknown on February 17, 2016 Rating: 5

22 comments

  1. Masyaallah KN....saya mmg tau kelazatan pengat Ubi, tambah ubi baru yg baru di korekkkkk....Kus semangat...... ngences tau ai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni menu zaman saya kecik ni tau KN....mak selalu buat

      Delete
  2. menu yg tk lekang dek ujan dan tk lapok dek panas ni Anom anytime kalau kaknoor boleh mamam ni

    ReplyDelete
  3. kaknor.dulu masa dok kuching mak selalu buat. ni yang nak balik kuching ni. nak makan apa pun mak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Lea hati mak mmg mcm tu cakap je nk makan apa mesti tersedia didepan mata kann

      Delete
  4. Lama sangat dah tak memengat ubi ,padahal ada juga tanam sepokok 2.Anak2 biasanya rebus je tu yg lupa dah nak buat pengat....sedap nyaa teringat dulu2 masa bulan posa pasti ada pengat .




    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg benda mudah mcm ni sering dilupakan saniah ye tak tpi rebus mmg lebih mudah dri segala nya

      Delete
  5. sedapnya anum suka makan sejuk2

    ReplyDelete
  6. ish3 kak... sedapnya... ubi kayu mmg peberet dana...
    meleleh airmata tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun dri ubikayu mmg terbaikkk dana i likee

      Delete
  7. Replies
    1. alolo kesian idzwa kalau berjiran nak jugak bagi semangkok pengat ni pada U lah

      Delete
  8. Uargghhhh...KakNoor! Meleleh air liur nasib baik tak kena tudung tau!

    Ni memang favorite saya sejak kecil tapi jarang makan sekarang. Maklumlah dah urban katanya, makan pun yang international aje. Tapi kalau KakNoor yang masak beri saya makan, kira international jugalah sebab KakNoor duk Brunei ^_^

    Ni, bila KakNoor nak buka restoran? Boleh saya terbang ke sana jadi pelanggan pertama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa kalau kena tudung wajib tukar tudung tu MD kang orang ckp air lain pulak tu nanti kannn
      tidak syak lgi MD kalau MD jenjalan sini dan akak kasi makan mmg kena kira international tu

      Delete
    2. coming restoren tu MD nanti akak jemput ya MD first person yang merasa heheeee

      Delete
  9. sedapnya Kak Noor. Gambar pun chantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. timakasih fidah boleh lah kan tkleh lawan org terer photography lagi tu

      Delete
  10. Kak Noor suapkan utk saya..
    Dah ready nganga mulut ni kak..
    Dah lama tak mkn ubi ni kak..
    Ni lah hidup saya kecik kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii budak yatie nak kena suapkan pulak
      orait nyanya je luas2 sikit kang kena tudung pulak macam MD hahah

      Delete
  11. Terasa lma btul xmkn pengat ubi kayu..nk dpt ubi yg cantik skrg pun susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nur
      kalau dpt yg fresh mcmana berjenis2 resspi kita boleh buat

      Delete