Sambal Hitam Pahang DiBrunei Nyaman Sekali
Assalamualaikum dan salam isnin untuk semua nya.
Dah habis cuti ke belum ni ??
Kami kat Brunei dah lama habis cuti tau, Cny kat sini hanya 1 hari saja haha
Jangan gelak pulak tau..
Hakikat nya Negara Brunei Darussalam gitu lah
Tak kisah lah tu kan jom hari ni nak belanja sambal hitam Pahang ni.
Kalau ada yang bekenan boleh try resepi ni dari kawan Fb kaknoor
Sambal Hitam Pahang
Bahan2:
1 mangkuk belimbing buluh yg dah rebus- ( cara2 merebus ada tulis kat bawah ye)
3/4 mangkuk cili padi - saya suka guna cili api yg masak/merah.. (ikut kepedasan masing2 kalau suka pedas boleh lebihkan)
2 mangkuk ikan bilis yang telah dikopek - basuh bersih2 & tos keringkan
25 ulas bawang merah ( 7 ulas ditumbuk, 18 ulas dihiris nipis )
garam secukup rasa - jgn letak banyak2 sangat dulu, sbb ikan bilis dah masin, manakala belimbing dah terasa garamnya..
gula secukup rasa
Pak aji - optional
3 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan Belimbing Hitam:
-Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok...Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok...
-Saya biasa buat banyak juga rasanya lebih dari 3kg belimbing buluh segar... Saya ambil masa lebih kurang 5 jam merebus belimbing sehingga dapat hasil belimbing yg bewarna kehitaman... Saya pernah rebus belimbing sebanyak 11kg..dan ambil masa 14 jam untuk dapatkan hasil belimbing hitam...
-Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR , bubuh garam kasar segenggam ( untuk 3-4 kg belimbing ye..) dan rebus dengan menggunakan api yang PALING KECIL.....
- Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit....Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang paling kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap/hitam....
PERHATIAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 20biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan...
Cara2 penyediaan Sambal Hitam:
- Tumbuk/kisar cili padi sehingga halus...
- Tumbuk/ kisar 7ulas bawang merah sehingga lumat...selebihnya di hiris nipis2..
- Tumbuk/ kisar juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat... ( biasanya saya gunakan chopper machine untuk kisar ikan bilis sambal hitam ni..sbb saya suka hasil kisaran chopper machine yg sedang elok hancurnya, tak terlalu lumat)
- Tumbuk/ cincang belimbing buluh juga separa lumat...
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris & juga bawang yg telah di kisar, sehingga wangi @ separuh garing..
- Masukkan cili api.. Kacau2.. Diikuti ikan bilis & seterusnya belimbing hitam.. Kemudian tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga)...sekali sekala harus di kacau ye.. Takut sambal hangit di bahagian tgh.. Api perlahan ye..
- Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (agak2 hampir seperti serunding gitu)...
- Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
- Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati... Sedap yang teramat... Dengan telur mata kerbau buh kicap je pun sedap..dan sekiranya nak buat sedikit sahaja sambal pun takde masalah.. Buah belimbing yg telah di rebus boleh disimpan dalam peti sejuk beku.. Bila nak guna lagi keluarkan dan defrost je.. Then boleh masak sambal hitam mcm biasa..
Masa belimbing sedang banyak ni boleh lah buat, sebab dapat di simpan lama dalam petiais
Bila-bila nak makan ambik je kan takyah nak buat lagi sebab proses membuat ni taklah mudah sangat, jadi kalau kita buat banyak sekali berbaloi lah sikit kepenatan tu kan.
Agak-agak ada tak yang tak kenal buah belimbing ni?? hahaha
Tu kaknoor dah close up sikit tu mesti ramai yg dah tau kan.
Memang sedap sambal ni dapat makan dengan nasi, ubi, roti ke atau apa saja yang terlintas dek fikiran kita tu cicah je dengan sambal hitam pasti sedappp.
Sambal Hitam Pahang DiBrunei Nyaman Sekali
Reviewed by Unknown
on
February 15, 2016
Rating:
Sambal ni suami yang rajin buat kak.Tapi ambik masa 2-3 hari juga. Balik kerja baru dia buat
ReplyDeletewah rajinnya suami Lea buat sambal yg rumit ni mmg memang sngt kot dgn sambal ni
DeleteSaya dah save resepi sambal hitam ni kak noor,teringin juga nak buat kalau dapat belimbing buloh banyak nanti.
ReplyDeletekdg sayang belimbing yg berjatuhan tkde yg peduli kalau buat sambal hitam ni mmg ramai yg peduli ni saniah kan
DeleteSekarang musim belimbing tengah ranum KakNoor
ReplyDeleteTapi kakak ni tak buat pun sambal hitam. Masa petik hari itu konon nak buat tapi tak juga.
Makan suka tapi masak rajin. Kalau dpt yg KakNoor masak ni kakak hendaklah:)
nak buat sambal ni kena ada kesungguhan yg banyak ni kakzakie, dgn bawang hiris, tumbuk, rebus belimbing yg lmaa kdg bg takde mood jugak ni
Deleteaaa sedap nyer makan pulak dgn nasi panas-panas!
ReplyDeletetukang masak nasi ssjuk pin menjdi jugak idzwa
DeleteSedapppp!!!!
ReplyDeleteingtkan SS tak reti makan sambal podeh ni
Deleteakhirnya PC berjaya juga baca entri akak..sebelum ni buka blog akak tak boleh nak baca*sedih*...wah kak sedap ni..makan dengan nasi panas..
ReplyDeleteohhh tak tau pulak kaknoor PC alhamdulillahhh selalu lah singgah sini bila dh boleh dtg tu ya
DeleteHahaha, KakNoor ni! Kita tengah stress tau sebab cuti panjang dah habis! Bulan lima nanti baru dapat cuti lagi! KakNoor takpalah, Brunei takda public holiday pun, KakNoor tetap dapat cuti ^_^
ReplyDeleteNasib baiklah saya kenal belimbing tau, KakNoor. Sambal hitam Pahang ni kalau saya makan pun, kat restoran kakak ipar Dato Siti jerk.
Kalau KakNoor dah kata renyah nak buatnya, lebih baiklah saya tak payah buat yerk. Kah3x.
waduh lama lagi tu MD kalau bulan 5 tpi masa tu kaknoor pun bercuti jugak pokpk nya mmg rkde kt Brunei or Malaysia suspennn je kN
Deletesdp sambal hitam nih kak noor.... layan ngn nasi pns je pun dh terangkat....
ReplyDeletedulu penah la buat tp sekali tu lah... tak sabo nk msk nyer nk rebus berejam2....
betul s gt dana tang merebus buat bg malas nk buat tpi kalau nak seribu daya ye dak haha
DeletePANDAI NOOR BUAT SAMBAL HITAM PHG YA..SEDAP TU...LA NI MUSIM BELIMBING BERBUAH..BANYAK KAT RUMAH KAK.
ReplyDeletesayang tu P kalau tk buat sambal Pahang ni sedappp oo
DeleteSambal ni makan sedap tapi proses nak merebusnyer tu lama kan...
ReplyDeleteMasa rebusnyer tu tak payah bubuh air langsung yer K.Noor...cuma keringkan ngan air belimbing tu ajer yer?....
Diana ni kan bab yang nak merebus tu lah liat prosesnya lama.
ReplyDeleteTapi memang sedap bila kecut rasa kemanisan semula jadi belimbing buloh tu.
Elok untuk mereka yang nak travel lama ni sebab tahan lama.
kecur air liur menengoknya...sedapnya...mntak copy resepi ye kak..
ReplyDeleteSaya pernah buat sambal hitam ni KN....tp sekali tu ajelah hihi...Sebab terliur blog org punya pasal hihi...
ReplyDeleteBagi saya masam sangatlah KN tp mmg sedaplah...