Telur Terubok Masin Lemak Cilipadi
Assalamualaikum dan salam isnin untuk yang masih sudi singgah di blog kaknoor.
Hari isnin yang agak busy dengan macam-macam aktiviti hari ni.
Alhamdulillah pepagi ni dapat berkongsi menu yang tak lekang dengan selera melayu.
Lemak lemak lemak kan................
Tak kisahlah janji sedap dan menepati selera haha
Yang berminat dengan menu ni boleh lah cari telur terubok masin hari ni.
Kalau tak de telur terubok boleh saja guna telur ayam atau itik.
Tak payah lah nak terbang ke Sarawak sekadar nak mencari telur ni ya.
Rasa nya telur terubok ni sangat famous dan banyak kat Sarawak je dan di Brunei ni pun kekadang ada jugak terselit kat supermarket, kaknoor kalau ternampak kat supermarket kat sini memang tak lepas peluang tetap beli sebab dah untung takyah gi Sarawak lagi hahaa walaupun harga nya agak mahal cikit...
BAHAN NYA
- 1 kotak kecil santan *kes nak cepat santan fresh lebih sedap
- 7 biji cili padi hijau kisar
- 3 biji cili padi merah di kisar
- 1 inci kunyit hidup kisar
- 3 ulas bawang merah kisar
- 2 keping asam keping
- 1 batang serai di titik
- secukupnya telur ikan terubuk di rendam dulu
- daun selasih secukupnya
- garam dan sedikit gula
CARA NYA
- Masukan santan, serai dan asam keping dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
- Bila santan mendidih masukan telur ikan.
- Masaklah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan telur lembut
- Akhirnya boleh lah masukan daun selasih
- Tambah garam dan sedikit gula ikut selera sendiri
- Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkatSANGAT !!!!
Hari-hari makan makanan bersantan bila nak kuruih tak tak lah.
Tapi yang berlemak tulah yang sedap sangat tu kan.
Takpe lepas ni kita makan nasi kosong je ..
Atau nasi dengan ikan masin je kan tkyah lemak-lemak haha...
Jom layan mata jangan marah hahh....
Telur Terubok Masin Lemak Cilipadi
Reviewed by Unknown
on
February 01, 2016
Rating:
sedapnya.. xpernah lg makan terubuk masin lemak cili api
ReplyDeletesekali mkn mmg nk lgi dan lagi Ela sedappp ooo
Deletesedapnya, saya memang minat telur ikan
ReplyDeletetelor apa pun fav kan Rai terutama telur ikan yg fresh lg bestt
DeleteSedapnya kak noor..
ReplyDeleteconfem sdp Ita mkn nasi pun brtambahhh
DeleteTerliur kak zai dibuatnya.
ReplyDeleteMasa kak Zai pergi Sarawak pun ada beli telur terubuk masin ni. Harga dia memang mahal tp sebab nak rasa beli jugalah.
betui kakzai kdg bila dh teringin mesti nk beli jugak sbb dok teringt2
DeleteAdusss... Sedapnyeee...
ReplyDeletesngt sdpppp SS boleh try
Deletekat mana lah nak cari telur terubuk måsin ni kaknoor ooiiii. nak sikit lahh.
ReplyDeletesebelah borneo ni msih ada telor ni yan, cuma nya very the mahal ahha meh lah melancung belah sini pulak
DeleteSedapnye kak..nak sikit..hehe
ReplyDeletemesti cikceria akan ceria sngt bila mkn telor ikan ni kann
DeleteHaitu mummy Zarif pergi Sarawak...adalah dia bagi Bunda 2 keping telo ikan terubuk masin ni...tapi Bunda buat goreng pastu campur bawang ngan cili potong goreng sekali...perah asam limau.. sedap jugak Noor...
ReplyDeletegoreng pun sedap jugak Bunda, biasalah selera orang tua ni kalau tak berlemak2 tak sah, tapi kalau nak cepat saya goreng jugak ni biar masam-masam sikit perah limau banyak besttt
DeleteWah siap dengan belimbing buloh tu. memang meletop.
ReplyDeleteapa yg ada je diana, sementra ada belimbing guna lah lgipun sdp kalau ada belimbing..
ReplyDelete:'-C sedapnya...mana nak cari telur terubuk
ReplyDelete..
Memang telan air liur .. mana nak dpt telur ikan masin kat sini?
ReplyDeleteSaya tak pernah masak lemak masuk daun selasih ni KN...sedap ek? Nanti boleh cuba.
ReplyDeleteJarang sangat jumpa telur terubuk masin kat KL ni...
ya allah sedapnya makan telur ikan
ReplyDeleteWah, sedapnya KakNoor! Saya ni peminat ikan terubuk, ikan terubuk masin dan juga telur ikan. Lama betul tak merasa makan telur ikan tau!
ReplyDeleteBetullah, KakNoor. Lagi lemak berkrim, lagi disukai ramai. Macamanalah nak kurus. Eh, tu untuk sayalah. KakNoor ni saya tengok kurus aje, nak kurus apanya lagi!