Mee Udang Cara Ku Yang Simple

ASSALAMUALAIKUM 
Salam manis dan selama berhujung minggu untuk semua nya.
Makan apa agak nya adinda blogger time weekend ni ya.
Kalau kaknoor memang nak yang simple dimple macam ni je
Jom makan mee udang cara kaknoor yang simple
Janji kenyang ya dak!!






Mee Udang Kak Noor Style
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN UNTUK KUAH
1 kilo udang sederhana besar direbus sekejab
4 bungkus perencah mee bandung ADABI yang paling kecil
4 biji telur
1/2 cawan cili sos
1 - 2 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

  • Tumiskan bahan tumbuk dan sehingga layu dan masukan cili kisar dan gorenglah sehingga wangi.
  • Masukan perencah mee bandung dan air rebusan udang dan didihkan * air rebusan bergantung kepada keperluan family sendiri lah ya nak pekat atau sedikit cair.
  • Tambahkan cili sos, garam dan gula
  • Bila dah secukup rasa boleh lah masukan udang dan pecahkan telur dan biarkan sekejab baru lah di kacau, supaya telur tidak terlalu hancur.
  • Kuah dah siap untuk di makan dengan mee.
SEDIKIT TIPS
Masa merebus udang biarlah dengan kulitnya supaya lebih manis.  Bila nak hidangkan barulah di kopek isi udang supaya lebih senang untuk di santap.

BAHAN LAIN
Mee kering di rebus sehingga lembut dan lumurkan dengan minyak bijan
Sedikit daun sup atau daun bawang
Sedikit taugeh
Beberapa biji limau kasturi

Mee udang memang sedap di makan panas-panas, lepas kuah nya siap, masukkan mee dalam pinggan, letakkan perencah yang lain, dan tuangkan kuah di atas mee, memang sedap sangat di tambah cili hiris kalau suka yang pedas.



Mesti ada yang dah menitiskan air liur ni kan, hahaha, saje lah nak tayang-tayang supaya adinda semua rajin ke dapur, jangan lah asyik makan luaw je sesekali masak lah mee udang ni memang marbeles tau terutama kalau udangnya besaw 
Tapi kolestrol pun besaw lah jugak kannnn


Mee Udang Cara Ku Yang Simple Mee Udang Cara Ku Yang Simple Reviewed by Unknown on February 27, 2016 Rating: 5

16 comments

  1. Kak nur Seorang Shep yah, masakannya banyak resepnya bagus-bagus. mantep kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah kang kaknoor bukan chef hanya tukang masak dirumah saja hehe

      Delete
  2. Salam singgah sini kak noor..wahh...ini baru betul2 marbeles....

    ReplyDelete
  3. Insyallah nak juga cuba resepi kak noor ni...terima kasih kak noor sudi kongsi resepi mee udang yang simple tapi betul2 marbeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan mencuba Diana resepi simple sngt pun kan

      Delete
  4. Replies
    1. banyak pun boleh Yan meh kaknoor nak kasi bermangkok2 ni

      Delete
  5. sangat berselera sekali mandang mi udang noor ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee simple mmg sedap P tambahan ada taugeh segar kick kan

      Delete
  6. Anak-anak memang udang adalah kegemaran.
    Menu menarik gak ni bila tibanya musim puasa ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk payah sedia lauk lain kalau ada mee udang ni diana kann

      Delete
  7. Ohhh mee udang ni ada buh perencah mee bandung jugak ye KN....dapat dah bayangkan rasa dia camne tu.

    Ada ke adabi jual pes mee bandung?

    ReplyDelete
  8. simple ke mcm ni..fuhhhh...meleleh air liur..nk masak cara kak noor

    ReplyDelete