Lemak Patin Cilipadi Dengan Pegaga


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM jumaat yang berkat untuk semua ya.
Mesti masa ni ramai yang dah masak kan, apa agaknya menu adik-adik semua hari ni?
Ada tak yang sama dengan kaknoor di Brunei ni, kalau ada yang sama confem sehati sejiwa tu kan.
Resepi ni pun memang resepi ulangan yang tak pernah jemu di makan, asal buat habis, habis buat lagi. Kebetulan belimbing buluh masih banyak jadi kaknoor gantikan asam keping tu dengan belimbing asalkn masam oklah tu. Jom semak resepi ok.






Bahan-bahan:
Patin Masak Lemak Pegaga
  •   1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
  • 1 batang serai diketuk
  •   secekak daun pegaga 
  • 2 biji terung ulam
  • 1 kotak kecil santan 
  •  2 asam keping
  •  air atau secukupnya 
  • Garam dan sedikit gula


Bahan A
§  1 inci kunyit hidup
§  10 biji cili padi
§  3 biji cili hidup
§  1 inci halia

Cara membuat:

1.    Kesemua bahan A di blender kasar
2.    Masukan bahan kisar dan serai dalam periuk dan masukan setengah kotak santan dan air dan masak biar mendidih
3.    Masukan asam keping, terung, garam dan air kacau rata.
4.    Sudah mendidih barulah dimasukan ikan, tutup tudung periuk biarkan ikan masak.
5.   Masukan separuh lagi santan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
6.  Masukan pegaga dan hanya kacau biar rata boleh lah di angkat.
6.    Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas




Kalau masak macam ni mesti nasik habis banyak ni, ada kala nya kena masak dua kali nasi tu sebab terlajak makan. Entah lah kan selera ni adaaaaaaaaaaaaaaaaaa saja kalau masakan berlemak berkrim  macam ni, tapi kalau respi goreng2 je contoh masak kicap ke sup ke memang nasi banyak berlebih hahahaaa, ke kak umah kaknoor je yang macam tu?
Cerita lah kalau ada yang sama dengan umah kaknoor ni?

Lemak Patin Cilipadi Dengan Pegaga Lemak Patin Cilipadi Dengan Pegaga Reviewed by Unknown on February 12, 2016 Rating: 5

21 comments

  1. Yan chop kepala dengan ekor kak...suka tang kulit nya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita serupa yan suka tang kulit yg tak banyak isi tu kan

      Delete
  2. Matilanaakkkkk
    Tengok lemak patin cili padi dgn pegaga..
    Buat air liur menjejes laju kaknoor ..
    Perut dah menendang2 lapor ni kak..
    Pagi tadi makan roti jer huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikkk yatie menendang2 tu ada benda ke tu hahaa
      jgn marah hahhh memang tk dpt tolak tepi kalau patin ni kan
      kaknoor kalau roti je tak jalan lah yatie mesti nak yg berat jugak
      tulah kan kalau badan berat sibuk
      tapi makan tak ingat donya

      Delete
  3. Selama ni tak pernah timbul idea masak lemak ikan dgn pegaga...boleh try satu hari nanti.Anak2 saya kalau semua ada berselera sentiasa kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn tunggu lama sangat saniah nak cuba ni sayang benda sedap ni hehee
      senang masak kalau anak-anak tak tolak makanan macam ni saniah
      tkyah masak banyak jenis

      Delete
  4. Sayangnya kak Zai tak makan ikan patin.Boleh tukar ikan lain kan noor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yekee boleh boleh kakzai, ikan tenggiri ke,kembung ke apa saja fav ikan lah kakzai boleh aje masak dengan pegaga ni

      Delete
  5. Hehehehe...rumah saya pun sama Kak Noor. Kalau goreng2, slooowwww jer menyuap. Kalau sup2 pun, kena ada sambal cili padi, baruuuu jalan sikit. Tapi kalau masak lemak2 macam ni, siap tonggengkan periuk...hahahaha. Ikan patin ni pulak kesukaan saya adik beradik. Kalau ada atas meja, kejap jer langsai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ziela sama lah selera kita nampak nya, suka yang gini2 kan.
      tak pedas tak lemak tak jalan lah kan
      mungkin dari dulu2 dah kena ajar macam tu kot

      Delete
  6. Masakan sama Kak Noor..ikan jew yang lain...saya ikan laut, kak Noor ikan darat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sama ke Mie selera kita hari ni oklah tu janji lemak kan adusss makan nya bertambah2 ni

      Delete
  7. IKAN PATIN MSK TEMPOYAK CAMPUR PEGAGA SEDAP JUGA KOT...TAPI PATIN CARA NOOR MSK NI BOLEH CUBA NMPK SDP SGT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak tempoyak pun sedap P tapi pak aji ni tak suka tempoyak la pulak
      kena masak yang lain pulak kan

      Delete
  8. dana nih peminat msk lemak cili api... perkkh kecur liur nengok msk lemak akak tuh.... mlm nih kene bt jgk msk lemak pds2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa dana buat jgn tak buat lagi pedas lagi best
      sama macam akak tak pedas tak jalan la

      Delete
  9. Menelan air liur kak tengok entri ni... ikan patin tu sangatlah feveret.... tapi paling suka bila buat pais...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum pernah kaknor buat pais ikan patin ni Tun boleh lah try nnt

      Delete
  10. Replies
    1. walikmusalm OZ mmg bertambaj nasik ni klau lauk patin ni

      Delete
  11. Kat rumah saya pun kalau sesekali masak berkuah, tak cukup nasi sebelanga. Eh, bunyi sebelanga tu macam banyak je pulak! Overlah saya ni!

    Saya baru-baru ni pergi restoran ikan patin tapikan KakNoor, orang lain semua sibuk makan lauk ikan patin, kita pi makan nasi gorenglah pulak. Hebat tak? Hehehe!

    ReplyDelete