Homemade Burger Ala Man vs Food




ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi jumaat yang mulia semoga kalian didalam sihat dan walafiat hendaknya disamping tugasan yang tak pernah henti nya ni kan..

Pagi ni nak kongsi resepi homemade burger, hari2 anak2 dok tengok tv TLC, AFC jadi ketagih dengan menu yang disediakan, mama yang jadi sasaran, jadi nak tak nak terpaksa cuba buat burger ni, memang sedap lah buat sendiri, lagipun banyak dapat makan heee jom lah tengok resepi yang mudah ni..


1 kg daging atau ayam cincang dicuci dan toskan 
1/4 cawan bawang putih cincang
1 sudu halia cincang
1 cawan breakcrumbs
2 biji telur
1 sudu lada hitam kisar
Serbuk rempah lima secukupnya
2 sudu serbuk paprika *boleh kurang kalau tak suka pedas
Garam dan gula sikit serta serbuk perasa
Kebetulan ada lebihan cheese mozarella kak Noor masukan sikit
* Boleh jugak kurangkan jumlah daging tu untuk percubaan, sebenarnya yang ni kedua kali buat, first time buat sekali hadap saja confirm tak cukup, jadi kedua kali nah amik sampai 1 kg haha, memang puas makan budak2 ni..

Gaulkan semua bahan2 diatas dan perapkan adunan dalam  bentuk fav masing2 dan masukan dalam frezer untuk mudah kita potong nanti, bila dah agak keras sikit senang dipotong ikut ketebalan sendiri, tapi kalau lebih nipis lebih bagus dapat banyak dan daging tu pun mudah masak bila di gorengkan nanti
Dah siap potong boleh terus panggangkan di atas pemanggang ajaib dengan letakan sedikit minyak, boleh jugak salutkan dengan breakcrumbs utk meriahkan burger tu.
Selesai memanggang atau menggoreng boleh lah dimakan begitu saja ke atau di buat sandwich tingkat2 macam fav anak2 akak ni,  siapa sakit mulut tak boleh makan ni sebab kena nganga besar hahaha, tapi berbaloiii sedap sangat sebab ikut citarasa sendiri nak lebih ke nak kurangkan benda2 fav kita

SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI




YANG BENTUK  TIGASEGI NI UTK ANAK DARA MAMA HEHE
\



YANG NI PULAK UNTUK SATU2NYA BOY MAMA LEBIH BESAR
MEMANG TAKDE UTK MAMA SEBAB MAMA RATAH JE SEKEPING BURGER
DAH CUKUP KENYANG..

Homemade Burger Ala Man vs Food Homemade Burger Ala Man vs Food Reviewed by Unknown on November 30, 2012 Rating: 5

9 comments

  1. assalam kak noor, rajinnya...dagng burger pun home made.Lagi sedap sbb dibuat dengan kasih sayang dan mengikut taste kite sndri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmslaam Lina..
      anak2 yg menggalakkan mama nya rajin sbb tak tahan tengok man vs food tu, diaorang nk jugak rasa yg macam tu haha, so kena merajinkan diri walaupun sebenarnya kureng rajin hee

      Delete
  2. slm syg Kak Noor....
    wahbresepi ni QH suka sgt2... mesti sedap n btmbh sedap klau semua dibuat sdri..leh cuba nti ni..tq kak resepi

    ReplyDelete
  3. Hai kak Noor! ari ni saya datang jenguk dapor kak Noor. Dah sihat dah! hmm buat burger ye...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak noor,wah2 rajinnn sungguh daging burger pon homemade..nmpk pon sgt2 sedap,mmg pastilah lagi sdp dari bli kan..wat burger bako tingkat2 best nih..

    ReplyDelete
  5. whoah this weblog is excellent i like reading your articles.
    Keep up the good work! You realize, lots of people are looking around for this
    info, you could help them greatly.

    Here is my weblog - http://www.egoldbars.com (gojini.com)

    ReplyDelete
  6. I'm extremely inspired along with your writing abilities as neatly as with the format in your blog. Is this a paid theme or did you modify it yourself? Either way stay up the nice high quality writing, it is uncommon to look a nice weblog like this one today..

    Feel free to surf to my blog post; finance Advise

    ReplyDelete