Goreng Ubikayu Berempah




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi,  sesekali layan ubikayu  yang digoreng ranggup macam ni memang sedap, lagipun aroma rempah2 tu sangat wangi membuatkan tangan tak berhenti asyik nak ngap saja, apa lagi kalau cuaca suam2 kuku dan hampir nak hujan ke!! atau hujan dah turun ke kan!! pasti hidangan macam ni akan laris macam ubikayu goreng hahaa



Lagipun sayangkan lebihan ubikayu yang di beli  kalau tak dimasak memang alamat bagi kat Cik Pah lah tu, Cik Pah ni kan bagi lah apa saja pasti senyum je tak pernah menolak hahaa,, lagipun tak susah sangat pun semua bahan2 yang wajib ada kat dapur orang melayu segala rempah ratus tu,jom semak dulu resepi mana tau ada yang teringin....

Bahan

2 ketul ubikayu yang sederhana besar dibersihkan dan dipotong memanjang kecil
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu tepung gandum
sedikit telur putih (kebetulan ada lebihan buat kek utk meranggupkan gorengan)
tapi kalau takde telur pun ok gak rasa nya
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula
minyak untuk menggoreng


Perapkan ubikayu yang dihiris tadi dengan segala rempah ratus yg telah ditumbuk kasar selama 15 minit atau lebih, campur jugak segala bahan2 sampingan lain seperti serbuk  kunyit, garam ,gula dan telur dan goreng lah sehingga kekuningan, angkat dan boleh dihidangkan dengan coffee or tea ikut fav masing2 lah.




Sambil makan sambil santai2 ambik angin memang sedappp sambil sekodeng orang lalu lalang
hahaha...



Kalau ada yang belum mencoba SILA LAH.....
PASTI  SEDAPPPPP...
Goreng Ubikayu Berempah Goreng Ubikayu Berempah Reviewed by Unknown on November 02, 2012 Rating: 5

23 comments

  1. Walaikumusalam Kak Noor,

    memang sedap bersantai sambil mulut tak berhenti menyungah ubi ni. mana ct nak cari ubi waktu ni..sedapnya tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak noor pun yg kat umah tkde ubi terpaksa beli jugak kat tamu mmg sedap buat macam ni makan panasssss

      Delete
  2. Sedapnya kak noor.. ubi kayu goreng... saya biasa makan ubi kayu rebus cicah gula... semenjak kerja kat KL baru belajar makan ubi kayu goreng cicah kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Shidah sudi singgah sini makan ubikayu ni,cicah kicap pun sedap tu kita yg nak makan boleh variasi kan apa saja

      Delete
  3. Assalamualaikum kak noor...
    sedapnya goreng ubi kayu.. pakai resepi tradisional lagi..
    sedap nya kak noor..
    mcm ni nak kena balik kg cepat.. cabut pokok ubi mak lah..
    ehehehehe.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Nani
      kalau tak sempat balik boleh akak hantar kan ubikayu ni supaya cepat Nani boleh makan heeee

      Delete
  4. sedap ni mesti cuba ala2 cam wedges yek !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul KA wedges melayu yg banyak rasa rempah2 gitu loh hee

      Delete
  5. Replies
    1. alhamdulillah Neiza sedap tapi mesti masa panas2 ni kalau sejuk mmmmmmmmm tapi sbb wnagi dia tu boleh lah lagi di ngap..

      Delete
  6. pokok ubi sy x bole nak cabut lagi la kak...x matang !
    sah2 weken nie g pasar cri ubi kayu nie...x tahan mata tgk...lama x mkn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama kt umah ni selalu dok ambik pucuk sampai tk sempat nk besar haha,tulah kena beli dulu bekas beli kat pasar ni last kopek buat gorengan ni Syifa..

      Delete
  7. salam knoor....nyaman ni. selalu saya goreng tempe guna cara ni, pasni blh try wat ubikayu mcm knoor plak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sejak ada maid ni suka jugak goreng tempe berempah sbb ada kawan makan mmg sedap kalau ubi lagi nyamannn

      Delete
  8. Kak noor,saya cnp resepi ni ye,nampak mcm sedap nanti kalau ada ubi boleh cuba.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan Norzie rugi tau tak cuba resepi sedap dan simple ni plus ranggup lagiiii

      Delete
  9. sedapnye kak..mesti wangi sbb ada ketubar tue..kene beli ubi dulu nie baru leh goreng.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Zila yg goreng pasti bertambah sedap dan wangi lagi beli jgn tak beli akak nak hanto pun jauh sngt kena buat sendiri Zila heee

      Delete
  10. Resepi baru ni..biasa buat rebus dan bingka jer..t akan dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish mana ada baru Ros dah lama ni cuma kita je belum buat kotttt...

      Delete
  11. salam ziarah, ubi kayu mmg sedap. kalau kreatif, mcm2 blh buat. tp musim hujan ni, akak n anak2 suka makan ubi kayu rebus cicah sos cheeze. jemput ke blog akak, mana tau berkenan nak cuba serbuk cheeze maz yg bila dicampur air panas menjadi sos yg sesedap cheeze wedge, kfc

    cheezemaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. slm Kak Noor
    lama sggh kak QH xmkn ubi..bile tgk resepi akak..bru la tringat akan kewujudan ubi tu...hehe...
    biase jugak mak QH mgorengkan ubi tu tp jenis brempah xpenah mkn lg..leh cuba wat kudapan musim hujan ni kan...tq

    ReplyDelete
  13. salam kenalan kak noor..tqq folo zila ye folo back..aduh kak jenjalan dapur kak terjumpa ubi kayu ni...sedapnya tu ari teringin nak makan ubi kayu rebus lum dpt lg ni..

    ReplyDelete